Assalammualaikum dan salam sejahtera
Bersarang lelabah sudah blog kita hahahha. Masa bercuti hari raya, beriya bawa laptop, pendrive semua balik kampung. Sampai kampung tak on pun lappy tu. Buat hiasan aje lah weiii..
Selamat hari raya korang semua ye...
Tahun ini kolin bangun awal-awal pagi, dari kota kuala muda kami terus ke kampung halaman hubby yang terletak di Yan, Kedah. Alhamdulillah, solat raya mulai pukul 9 pagi. Sempat kolin sekeluarga solat raya kat sini. Happy giler !!! Paling ketara muka hubby lah kan.
Dapatlah juga kami sekeluarga pose di depan rumah lama hubby ini. Insya Allah tahun depan kami dapat beraya kat sini kut. Rindu sangat ngan rumah pusaka ini.
Sebelum beraya, sempat salam-salam, peluk cium dan dapat duit raya juga yeay !!
Tahun ini beraya begini aje lah kami sekeluarga.
Baju pun dah tak sedondon, memasing dah ada minat memasing.
Takpe, janji baju raya kan !!! Hari raya kan anugerah selepas puasa sebulan.
Mana boleh kita tak sambut kan, tak perlu bermewah-mewah, sederhana cukup dah.
Sambung beraya kat Jinjang pulak lepas ini. Memang tak ada plan nak buat open house, tapi
kepada yang nak datang beraya, jemput lah datang ye.
Rumah saya kecik aje, tapi sebesar stadium bukit jalil saya tadahkan.
Buat blogger Sally Samsaiman...terima kasih laa atas kad raya comel ini.
Tahun 2016 ini lah SATU-SATUNYA kad raya yang aku terima hahahhahah
Terubat rindu zaman mengepos kad raya dulu weii...terima kasih banyak-banyak tau !!!
Selamat hari raya korang dan maaf zahir batin ye.
Love,
Kolin Zainal
singgah syawal
ReplyDeletehttp://belogs.blogspot.my/