assalammualaikum dan salam sejahtera
kolin masih dalam mood sibuk nak beraya lagi. Sabtu lepas tu kolin sempat lah ke TTDI rumah Izzat meraikan ulangtahun kelahiran Hanna yang setahun !!! Happy Birthday Hanna !!
Comel sangat anak pak jatt dan laila...terima kasih atas layanan korang berdua suami isteri.
Memang meriah sangat majlis hari lahir Hanna..
Makanan pun sedap-sedap. Paling kolin suka daging salai masak lemak cili api tu.
Terbaik lah....Semoga Hanna membesar dengan sihat dan gembira ya..
Saja tak tepek gambar baby Hanna kat dalam blog kolin. Bagi privacy sikit pada mereka. Yang penting majlis ulangtahun kelahiran plus open house ni meriah habis. Selesai TTDI, kolin ke Shah Alam hadiri meeting pulak. Dah selesai meeting, ingat nak pergi Rawang rumah BFF lama tapi jalan punyalah sesak tak ingat. Dengan hujan pulak tu, terus kolin balik Jinjang lah. Dua tempat sahaja lah sempat singgah.
Ahad pula, kawan-kawan datang rumah. Kita jamu makan nasi putih berlauk lah kan.
Antara lauk yang kolin masak, masak lemak cili api cendawan sisir, kambing bakar, cencaru bercili. Selain itu kolin masak rendang daging, paru dan limpa siap ketupat palas yang di import dari Kedah.
Puas hati tengok kawan-kawan datang beraya rumah kecik kita.
Terima kasih korang sudi datang beraya. Happy sangat weiii !!!
Ini Saiful dan Zaila sekeluarga, kedua-dua kawan kolin masa bertugas di Shah's Village Hotel dulu. Dari tahun 2001 sehingga sekarang kami masih berkawan baik. Dema laki bini ni baik sangat ngan aku tau.
Yang ini huda dan anis macam biasa mereka ini dah macam family dah.
Tapi yang paling happy ada kambing bakar ialah Ali Imran lah macam biasa.
Setakat ini adalah dua tiga kawan-kawan datang beraya. Kolin tak ada plan nak buat open house. Tapi pintu rumah kecik kolin sentiasa terbuka untuk korang semua datang. Bagitahu sahaja, Insya Allah boleh lah beraya kat Jinjang kan.
Kepada yang teringin nak beraya ke Jinjang, call ok
nak email pun boleh jugak.
Love,
Kolin Zainal
Seronoknya..tahun ni umah SA tertutup sbb beraya kat spital...insyaallah tahun depan kalau allah permudahkan...
ReplyDeleteha ah..semoga dipermudahkan. banyakkan bersabar ya SA
Delete