assalammualaikum dan salam sejahtera
Sempena nak menyambut Syawal baru-baru ini, kolin sempat menghadiri event Raya ini Mesti Cun dari Watsons. Mesti korang semua dah tengok iklan kat tv banyak kan. Watsons melancarkan kempen hari raya dengan tayangan muzik video "Raya Ni Mesti Cun' yang dibintangi lebih daripada 20 orang personaliti terkemuka tanah air tau.
Bertempat di Menara Kuala Lumpur, hidangan berbuka puasa dari Restoran Rebung hasil tangan Chef Ismail sudah tentunya sangat membuka selera. Hidangan masak lemak cili padi dari Nogori memang tak pernah mengecewakan, betul tak. Sambil berborak, dengar Chef Ismail ini membebel-bebel sempat jugak lah kolin selfie dengan dia. Chef yang sangat merendah diri orangnya. Suka !!!
Tak lupa jugak selfie dengan orang yang meneman kita pergi event. Cik Sally Samsaiman ini, terima kasih lah sudi ajak kita. Lepas ini tak boleh lah komen 'tak hajak' hahahhahaha
Muzik video ini terajui oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Mawar Rashid, Sari Yanti dan Raja Ilya, dimana mereka memegang watak Limah Skemah, Kiah Selfie dan Siti Tudung. Ketiga-tiga mereka menjalani transformasi di Watsons untuk menjadi lebih cantik dan menarik tau. Muzik video ini diarahkan dan dihasilkan bersama Urban Ads bersama-sama dengan bahagian pemasaran Watsons Malaysia. Pengambaran muzik video ini dilangsungkan pada bulan April 2016 di Lembah Klang.
Selain itu, ada juga personaliti berbangsa lain pun turut sama. Antaranya Amber Chia, Arja Lee, Dayah Bakar, Kit Mah, Monika Sta Maria, Nadia Heng, Nadine Ann Thomas, Nomad, Shuk SYJ dan Wafa de Korte. Sure korang semua dah tengok muzik video ini masa menyambut syawal hari tu kan. Lagu dia sangat comel, raya ini mesti cun tu. Kolin pasti muzik video ini masih di mainkan di stesen TV terkemuka tu.
Sure korang dah tengok lah video ini. Kalau belum terjah lah FB Watsons Malaysia tu.
Majlis yang dilangsungkan di Menara KL ini juga menyaksikan Watsons Malaysia melancarkan #KoleksiCun kepada sidang media - cadar dan kusyen edisi terhad yang direka oleh Dr. Eric Leong dengan kerjasama Akemi. Rekaan edisi terhad ini boleh didapati di semua kedai Watsons semasa tempoh penebusan siaitu dari 16 Jun sehingga 31 Ogos 2016. Sempat lagi lah kalau korang nak redeem kan.
Untuk setiap perbelanjaan RM20 di kedai Watsons dan secara onlin,e pelanggan menerima satu setem. Dengan setem itu lah korang boleh dapatkan cadar dan kusyen edisi terhad ini tau.
Kempen Hari Raya Watsons sudah pasti menarik weii. Maklumlah Jualan Hebat sehingga 50% di semua kedai Watsons dari 16 Jun di Semenanjung dan 23 Jun di Sabah dan Sarawak. Siapa yang tak suka Watsons kan. Semuanya ada, dari alatan mekap sehinggalah penjagaan diri.
Pengemar barangan teknologi boleh juga muat turun aplikasi mobil Watsons Malaysia yang baru di Google Play Store atau Apple App Store tu. Banyak promosi raya korang boleh dapatkan. Ahli-ahli VIP kad Watsons pun jangan lupa layari www.watsons.com.my/myrewards atau www.watsons.com.my/rayanimesticun untuk lebih banyak lagi promosi tau.
Kalau shopping tu boleh lah #RayaNiMestiCun #WatsonsMalaysia
Barulah korang CUN !!! hihih
Love,
Kolin Zainal
pahal flawless gila muka!
ReplyDeletehahaha..mesti cun..mesti cun...raya watsons mesti cun...stuck dalam kepala otak lagu tu tauuu!