assalammualaikum dan salam sejahtera
mesti semua dan bersiap-siap untuk pulang ke kampung halaman masing-masing kan. Nampaknya kolin beraya kat kampung halaman sebelah hubby tahun ni . Kali ni tak beraya bandar lah nampaknya. Setiap kali raya mesti anak-anak lah yang paling seronok.
Kolin pun seronok gak weii hahaha.
Baju sampai 4-5 pasang siap dah. Alhamdulillah rezeki lebih tahun ini. Yang paling best main
bunga api bersama anak-anak laaa.. pastikan korang tengok tau sambil mereka bermain.
time ini dah siap baju dalam beg, sambil mengemas sambil update blog ini. Takut sampai ke kampung kolin tak sempat nak update apa-apa dah. Memang seminggu jugak lah karang bersarang blog kolin ini. Janji lepas raya semua job review dan event kolin buat balik ya.
Sebelum balik kampung jangan lupa keselamatan rumah yang kita tinggalkan ok.
pastikan semua berkunci, plug off dan apa sahaja barang berharga jangan di tinggalkan.
Lagi cantik kalau kita dapat maklumkan jiran tetangga yang kita nak balik kan.
Mana tahu mereka boleh tengokkan sepanjang kita bercuti balik kampung.
So jumpa korang lagi dalam blog ok
Inilah semua cucu perempuan mama kolin @cik timah.
Seronok dapat kami berkumpul adik beradik berbuka puasa semalam.
Kalau nak tahu semalam 2 Julai dah 22 tahun arwah abah pergi meninggalkan kami.
Dan kami berkumpul bersama dan makan bersama. Sermoga arwah abah tenang di sana.
Jumpa korang lepas raya ok. Nanti jemputlah datang ke teratak kecil kolin beraya.
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin
Love,
Kolin Zainal
singgah ramadhan
ReplyDeletehye ...
Delete