Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Glam Nite with QisLovers di Sani Hotel Kuala Lumpur

assalammualaikum dan salam sejahtera

Berbesar hati sangat dapat hadir bersama di majlis gilang gemilang ini sebagai salah seorang tetamu media. Kolin memang teringin nak berjumpa sendiri wanita yang berjiwa kental memperkenalkan jenama hijab beliau di serata Malaysia. Buktinya malam itu Ilham Qaseh Official telah ada pengikut dan peminatnya yang tersendiri. Dengan bertemakan Barbie Doll, majlis Glam Nite with QisLovers ini memang tampak meriah. Kalau nak lebih info boleh tengok di Instagram mereka dengan hashtag #qislovers

 kredit gambar kpd http://mohdzarin.com

Kolin rasa bertuah dapat hadi bersama dengan rakan-rakan blogger/media yang lain. Terima kasih banyak-banyak kepada http://mohdzarin.com/blog/ yang sudi snap gambar kami dan share. Sebelum bermula kolin sempat posing-posing kat wall dulu. Maklumlah dah lama tak ber 'event' hihihih


Majlis Glam Nite with QisLovers ini di adakan di Sani Hotel yang terletak dekat Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Majlis yang dijadualkan bermula dari 8.00 malam sehingga 11.00 malam ini memang meriah dengan kehadiran agen-agen jualan hijab Ilham Qaseh Official dari seluruh negera. Pengasas Ilham Qaseh Official iaitu Pn. Rosnizan Md Nawi ini telah berjaya menambat hati para pengemar hijab yang stylo. Menampilkan hijab yang senang digayakan dan tidak perlu digosok ini sememangnya menjadi impian wanita yang sibuk.

Banyak rona warna yang boleh korang pilih dan padankan. Klik sahaja link kat bawah ini.
Senang sahaja, kalau nak ada soalan nak tanya boleh email atau call sahaja nombor yang disediakan. 

www.facebook.com/ilhamqaseh
www.instagram.com/ilhamqaseh_official
ilhamqaseh709@gmail.com
atau hubungi sahaja nombor ini 019-3006399 atau 018-3516505


Malam itu acara di mulakan dengan peragaan fesyen hijab dari Ilham Qaseh Official. Meriah dengan warna-warni hijab yang digayakan oleh model-model malam tu. Banyak yang korang boleh lihat kalau terjah Instagram Ilham Qaseh Official.

Dimulakan dengan bacaan doa dan gimik penampilan pengasas Ilham Qaseh Official dan ucapan alu-aluan dari beliau. Tampil dengan busana merah dan hitam terserlah keanggunan wanita gigih ini.

  kredit gambar kpd http://mohdzarin.com
  kredit gambar kpd http://mohdzarin.com

 kredit gambar kpd http://mohdzarin.com

Tidak lupa penghargaan kepada semua agen-agen QisLovers di seluruh Malaysia. Kiranya malam itu macam award night untuk semua agen Ilham Qaseh Official lah kiranya. Banyak anugerah yang diberikan, di antaranya the best seller, baju barbie tercantik dan berbagai lagi.

kredit gambar kpd http://mohdzarin.com

 kredit gambar kpd http://mohdzarin.com

Sepanjang acara kami bersantai dengan hidangan dari Sani Hotel. Terima kasih untuk hidangan yang enak dan simple sepanjang majlis Glam Nite with Qislovers.
Ada juga cabutan bertuah untuk semua tetamu yang hadir.

kredit gambar kpd http://mohdzarin.com

Semoga QisLovers akan terus maju dan sukses di dalam industri hijab tanahair.
Tak sabar nak tengok apa lagi kejayaan yang mampu dihasilkan oleh wanita gigih ini.

Love,

Kolin Zainal












Selamat Tahun Baru Cina 2016

assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat semua kawan-kawan kolin yang menyambut perayaan ini. 
Kolin ucapkan selamat tahun baru cina dan semoga anda bergembira
semasa perayaan ini. 

Yang balik kampung tu memandu dengan berhati-hati ok. 
Nanti kalau buat open house jangan lupa jemput kolin tau!!

Gong Xi Fa Chai!!



Love,

Kolin Zainal

Pengalaman naik Malindo Air

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kolin memang tak pernah naik Malindo Air sebelum ini, kepada korang yang dah naik, nak baca boleh aje. Tapi yang belum pernah naik lagi Malindo Air, kolin nak share sikit apa beza dengan AirAsia dan Firefly. MAS tak payah lah cerita kan, bukan tak nak cuba tapi kurang best nak pergi KLIA 1 sebab transportation tak friendly sangat. Kalau KLIA 2 senang, bas ada RM12 sahaja tau, terus sampai.

Inilah tempat duduk Malindo Air.  Semua belakang tempat duduk ada TV


Ini ruang kaki kalau kita duduk tegak dan elok-elok. Untuk orang tinggi macam kolin selesa jugak laa


Rugilah kalau tak selfie dalam flight kan. Sangat memuaskan!
Lain kali travel boleh cuba fly yang ini pula. Tak sabar nak bawa hubby dan anak-anak tau.
Mana boleh selfie sensorang kan..kita ajak rakan sebelah jugak.


gambar yang sempat snap masa Malindo Air terbang tinggi. Kolin tak dapat nak snap gambar makanan dalam flight sebab agen yang booking flight buat salah. Habis kasihan kawan-kawan seramai 38 orang termasuk kolin naik flight seawal jam 7 pagi tak dapat makan breakfast. Tapi bersyukur sebab flight attendant Malindo Air ini membantu kami. Flight OD1002 ke Kota Kinabalu pada 21 Januari 2016, terima kasih banyak-banyak. Seorang demi seorang dia tanya dan serve apa yang ada. Kasihan sangat. Minta maaf kawan-kawan ya. Tak sangka aturan jadi macam ini. Next mungkin kolin kena lebih berhati-hati.

Inilah flight attendant pagi tu yang banyak membantu kolin. Jasa baik dan keikhlasan mereka membantu kolin amatlah kolin hargai.


Thank you Malindo Air !!!

Semoga kita bertemu lagi ke destinasi yang lain pula.
Kepada yang belum pernah cuba, boleh lah tempah tiket Malindo Air. Memang berbaloi!!


Pemandangan dari atas Negeri Sabah Di Bawah Bayu, Alhamdulillah selamat sampai setelah 2 jam 30 minit di udara. Permulaan yang baik untuk 2016, semoga tahun ini kolin mampu terbang lebih jauh dan tinggi.
Doakan ye...

Love,

Kolin Zainal

Telekung Pastel dari Calimilan Empire

assalammualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah rezeki!!! Ini lah masa kolin cakap masa terima parcel dari CaliMilan Empire ini. Masya Allah lawa sangat telekung dusty pink ini. Siap ada pouch bag yang super comel, sesuai untuk digunakan hari-hari bersolat atau pun travel. Kolin percaya ada yang jadikan telekung ini sebagai hantaran juga. Sebab kalau tengok pada seleksi yang ada pada CaliMilan Empire memang semua sweet sangat. Berpegang kepada tema telekung pastel sudah pastinya mereka dapat memenuhi taste wanita masa kini. 


ini pouch bag telekung 


Diperkemaskan dengan kain tebal dan cukup menutup dahi dan dagu. 
Memang tak jarang langsung! Kolin suka sangat material yang digunakan...heavy!!!


Diperincikan lagi dengan lace comel ini dan juga kain yang belainan jenis tu bagi menampakkan betapa ekslusif design telekung dari CaliMilan Empire ini. Tapi apa yang kolin nak puji adalah labuh nya kain telekung ini. Kolin dah sedia maklum tinggi untuk kaum wanita 165cm. Dan bila pakai memang labuh giler!
Terletak aje bila kita sarung telekung ini tau. Nampak tak....


Kemas aje nampak kan dari tepi dan depan. Macam biasa kolin ulang SELESA sangat telekung ini.
Warna pula dusty pink memang kolin suka lah sangat. Tapi kalau lah ada antara korang tak suka pink banyak lagi warna lain yang boleh di miliki. Jangan risau ok. Follow dan klik kat bawah ok.
www.facebook.com/CaliMilanEmpire atau www.instagram.com/calimilan_empire

So jangan risau kalau nak warna ikut tema untuk  buat hantaran kawen pun. Kalau tema biru, hijau, kuning, semua ada janji PM atau DM sahaja mereka. Semuanya ada tau. Tapi kalau stok habis jangan marah yee. Sebab kolin tengok jualan telekung pastel dari CaliMilan ini laku laris. Tak percaya pergi tengok lah page mereka sendiri. Ada yang dah sold out uoolssss...

 Labuh kan! Nanpak tak kain tu flowy, labuh dan juga tak jarang langsung.
Happy sangat dapat jumpa telekung macam ini. Tak payah nak pergi Bandung dah nak cari telekung kualiti tinggi, kat Malaysia pun dah ada. Lagi bagus support ekonomi negara sendiri kan.

Terima kasih CaliMilan Empire sebab sudi share dengan kolin telekung ini. Selalu pose #ootd sahaja kan, kali ini kolin pose #telekungpastel. Amacam?

Bersyukur dipertemukan dengan Telekung Roselle dari CaliMilan Empire ini.
Korang kalau ada bajet lebih nak ganti telekung baru tu, boleh lah consider try yang ini.
Mesti rasa berbaloi sangat. Nak pergi surau berjemaah pun happy aje, sebab sejuk material nya.

Tak sabar nak pakai pergi terawih nanti... *wink

Love,

Kolin Zainal





#Green24Challenge by AirAsia

assalammualaikum dan salam sejahtera

Jom selamatkan bumi kita!!! Haa..inilah kempen yang sangat bermakna untuk menyelamatkan bumi. Untuk ini AirAsia telah mengadakan satu pertandingan bagi semua aabc yang ada. Kolin pun tak nak lepas peluang nak menyumbang sesuatu kepada kempen ini. Kempen yang baik ini harus diteruskan dan "save the earth" patut dipraktikkan di mana-mana sahaja. 

Banyak sangat aktiviti yang telah AirAsia dan kawan-kawan kolin lakukan. Ada yang bersihkan kawasan air terjun, mengutip sampah di tepi pantai, menanam kembali pokok paya bakau, mengamalkan membawa beg sendiri ketika membeli belah, membawa bekal sendiri ketika membeli makanan dan banyak lagi. Korang boleh lihat sendiri kempen ini di Instagram AirAsia bagaimana kempen ini dijalankan dengan sukses. Malah ada website yang boleh korang lawati http://www.airasia.com/green24/


Untuk menyertai cabaran ini pemenang yang dipertaruhkan adalah sangat berbaloi. 24 seat pergi dan balik kemana-mana destinasi pilihan tau. Dan yang paling penting sumbangan kita kepada bumi yang bakal diwarisi oleh generasi baru kelak. Inilah salah satu gambar yang kolin dapat google. 


Ianya di Kanching Waterfall, di mana kumpulan ini telah bergotong-royong mengadakan aktiviti bersama-sama bagi menrealisasikan lagi #Green24Challenge ini. Macam biasa kolin pun join juga.
Ini yang ada di pejabat kolin. 3R - Fikir dulu sebelum buang.



Tak menang, tak pe. Janji kolin dah cuba sumbangkan sesuatu. Hasil kerjasama dan kesedaran dalam pejabat pun penting juga kan. Pastikan kertas yang tidak dipakai lagi dikumpul dan diserahkan untuk kitar semula. Jangan buang dalam tong sampah ok! Semua ini untuk bumi kita.

So good luck buat semua yang masuk pertandingan ini. Yang penting sumbangan dan hadiah no. 2. 
Chaiyookk....

#Green24Challenge


Love, 

Kolin Zainal

Kepsi Berjemaah

assalammualaikum dan salam sejahtera

Seronoknya kalau makan berjemaah kan.
Manis sangat kepsi tu rasanya...ini lah kawan-kawan sepejabat kolin.
Kadang-kadang kami makan sesama
Jadilah seperti kami hahahha

Terima kasih sebab belanja
Semoga murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan

#muahcikeddd



Love,

Kolin Zainal