Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

ANAK MAMI DAH KERJA

Assalammualaikum korang

Buat yang tahu anak kolin kan dah habis SPM. 27 Mei 2024 keputusan pun bakal diumumkan.

Dan kalau korang nak tahu, ali imran dah mula kerja tau. Kerja part time kat cafe berdekatan rumah. 

Dah sebulan dia kerja, dapat gaji baru lah kolin pergi  melawat hahahah. Excited wei..seronok tengok dia berdikari kerja. Pada masa yang sama mami ni sayu hati sedih pulak. Dia kerja penat susah payah  mencari duit. 

Apa pun kolin doa  yang terbaik untuk anak-anak. Semoga mereka sukses dalam apa jua bidang yang diceburi.

Gambar ini ajelah sempat snap hahahha. 

NAIM GULAI SEMBILANG

Gerai makan ni kolin try masa trip balik kampung. Kebetulan masa tu nak ke Tanjung Dawai shopping ikan kering. 

NAIM GULAI SEMBILANG ni terletak di sebelah kiri jalan kalau korang dari Yan. Kalau dari Tanjung Dawai terletak di sebelah kanan. 

Dia ada set atau boleh order ala carte. Kami 4 orang dewasa ambil lah set.


Dan ternyata portion lauk pauk tu banyak lah tuk 4 orang kami makan lunch kat situ. 

LAMANMOK DI KG. SRI KETUMBIT KERDAU, TEMERLOH PAHANG

Salah satu tempat yang korang boleh food hunting ialah LAMANMOK yang terletak di daerah Temerloh.  

Menjanjikan hidangan yang terbaik untuk peminat manisan dan pastri, ini lah tempatnya. 

Tempat yang dirias ringkas untuk para tetamu dan tak susah pun nak cari. Kalau dari tol Temerloh, selepas traffic light ke kanan dan terus sehingga jumpa Kg. Sri Ketumbit, Kerdau. Dalam perjalanan nanti akan jumpa replika buah manggis dan sekolah agama rakyat. 

LamanMok terletak di seberang jalan tau, kalau perhatikan ada lampu-lampu cantik tu, itu lah tempatnya di hadapan laman rumah. Sempena laman rumah emak, pemiliknya menamakan LamanMok. Pada hemat kolin, memang manis sangat!


LAMANMOK

Kami sampai dah agak lambat. Rasanya banyak pastri yang dah habis.



Tapi disebabkan lapar, kami semua makan nasi lemak. Dan inilah harga yang ditawarkan di sini.