Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

5 in 1 Essence Stick - CHRISZEN

Assalammualaikum korang semua. Semoga sihat selalu di samping yang tersayang. 

5 in 1 Essence Stick dari CHRISZEN ni memang best betul lah. Satu stick siap ada 5 fungsi dan kolin paling suka sebab jimat ruang beg kalau nak travel atau ke tempat kerja. Sebab dia ada berus sekali tau. Sempoi giler...

Yang kolin cuba ni color Natural Beige. Senang nak blend tau. Dan paling penting 'light weight' so tak lah rasa tebal kat muka. Tuk pengunaan hari-hari pun sesuai juga. 

BELI TILAM SECARA ATAS TALIAN - KATIL & TILAM - ZINUS

BELI TILAM SECARA ATAS TALIAN - KATIL DAN TILAM DARI ZINUS MALAYSIA


Bila tiba masa nak tukar tempat kita tidur memang nak yang terbaik kan. Ada jenama terbaru yang kolin nak kongsi dengan korang. Baru sahaja 2 bulan showroom Zinus di buka di Bandar Puchong. Memang teruja sangat sebab selama ini dengar kebaikan tilam dan katil ini dari US, Indonesia atau Singapura. Sekarang dah ada di Malaysia!


ZINUS MALAYSIA

Alamat showroom:

No. 1-1 Jalan Merbah 1, Bandar Puchong Jaya, Selangor Darul Ehsan(sebelah ioi Mall)

Contact No.: +603-8082 3359 (Office)  +6011-3129 9882 (Customer Service)

Showroom Hours: 10am to 8pm (Mon to Fri) 12pm to 8pm (Sat/Sun/PH)

Instagram mereka https://www.instagram.com/zinusmy

Facebook www.facebook.com/zinusmalaysia

Zinus adalah "World's #1 Online Matress and Furniture Brand". Kalau korang nak tahu keunikkan nya ialah semua packaging dia dalam kotak dan semua dipasang sendiri ataupun DIY. 



ISLAND HOPING DI YAN KEDAH - PULAU SONGSONG DAN PULAU TELOR

 Assalammualaikum korang semua!

Tak sangka kat Yan, Kedah pun ada ISLAND HOPING! Selalu ke Pangkor, Langkawi, Perhentian...nah kat Daerah Yan pun ada lerrrr

Rezeki syawal ke 4, kolin sekeluarga dapat merasa memancing di Tuas, Yan Kedah. Sambil memancing dapatlah island hoping sekali. (baru sempat nak up story ni wei..dari raya hari tu)

Inilah dia bot yang akan bawa kami Island Hoping dan memancing. Nama pemandu pelancong kami Chu'en. Memang ramah dan kalau korang nak booking boleh terus call dia 0195299227 Chu'en

Serius terbaik servis Chu'en ni.


Disebabkan air agak surut masa tu, masa nak turun kat bot tu agak 'thrill' sikit. Tapi jangan risau nanti Chu'en ajar macam mana nak turun. 

RANTAI MUTIARA DARI HABIB JEWELS

 Hey korang semua..Assalammualaikum

Kali ini kolin nak Racun Shopee korang dengan pembelian terbaru kolin dari Habib Jewels. Semua tahu habib jewels kan jual barang kemas, berlian pertama, emas putih, kuning dan segala-galanya. Tapi jangan tak tahu mereka pun jual rantai mutiara tau. Lawa..siap dalam box 


ROTI CANAI SARANG BURUNG VIRAL

 Assalammualaikum korang semua.

Kalau korang teringin nak rasa ROTI CANAI SARANG BURUNG ada satu tempat yang korang boleh cuba. Terletak di Medan Selera Raja Muda Abdul Aziz berdekatan dengan Hospital Besar Kuala Lumpur sahaja. 

Kawasan medan selera memang agak usang dan lama. Tapi kat sana banyak betul hidangan sedap-sedap yang boleh kita cuba. 

Antaranya Gerai Julia Azliza(korang boleh follow FB dia okay). Kat sini boleh lah try roti canai sarang burung viral. Ada ayam atau daging dan harganya RM6 untuk sekeping. 

Harga tu kena lah, sebab nak buat sarang tu kan 2 keping roti canai, satu lapisan bawah, satu keliling. Lepas itu 2 biji telur pulak, dia tambah pulak daging atau ayam cincang berempah atas roti canai tu dengan cili dan daun bawang.


AIDILADHA HI-TEA BUFFET DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITES, SHAH ALAM

 Assalammualaikum korang dan Salam Sejahtera. 

Hari Raya Aidiladha bakal menjelma hari ahad nanti pada 10 Julai 2022. Buat korang yang ingin meraikan dengan cara lebih istimewa bersama keluarga boleh lah ke Royale Songket Restaurant, Mardhiyyah Hotel & Suites bersama-sama menjamu selera dengan buffet istimewa dari mereka. 


Royale Songket menghidangkan menu Hari Raya Aidiladha pada harga RM115nett untuk dewasa dan RM65 untuk kanak-kanak berumur 6 - 12 tahun.