Assalammualaikum korang semua
Pertama kali kolin memang tak sangka pes serbuk ni sedap rupanya. Nak dijadikan cerita, kolin beli pes ini kat salah satu booth kat KL Sentral bulan puasa yang lalu. Kasihan kat adik-adik yang meniaga tu sebab tak ada siapa membeli. So macam kolin nak support, beli lah satu pes masak hitam ini. Lepas beli simpan terus dalam almari.
Maklumlah bulan puasa kolin kurang memasak. Baru-baru ini teringat kat pes ini. Terus beli udang dan sotong nak masak. Jadilah menu di hujung minggu Sotong Udang Masak Hitam.
Sejujurnya kolin tak perasan pes ini SERBUK! Masa nak masak tu buka..tuang..eh serbuk!!! Bagus betul..korang mak-mak ni wajib cuba!
Kenapa bagus? Bagus sebab kalau pes basah dia melekat-lekat kat plastik dia. Lepas tu berminyak-minyak itu sudah tentu kan. Ini serbuk..bersih kita tuang semua dalam kuali. Jom kolin ajar cara masak guna pes masak hitam serbuk dari Chef's Taste. Harga dia kolin beli cuma RM7.00 sahaja, seingat kolin lah.
CARA MASAK GUNA PES SERBUK
Mula-mula panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, bawang merah, kayu manis dan bunga lawang. Tumis sampai naik bau. Selepas dah layu semua, masukkan air dalam secawan. Biarkan mendidih.
Dah cukup naik bau dan layu, korang buka paket dan masukkan pes masak hitam serbuk tu. Kacau rata-rata. Selepas itu masukkan udang dan sotong yang telah dibersihkan.
Kacau kena rata-rata, masukkan kerisik, gula merah dan garam. Kalau kering kan, korang tambahkan lagi air okay. Tunggu sehingga sotong dan udang masak, korang boleh masukkan cili hijau dan cili merah. Ikut pilihan lah....macam kolin ada cili merah sahaja, pun boleh.
Dah pun siappppp...senang kan!
REVIEW JUJUR
Senang nak masak wei
Sedappp...tak tipuuuu. ikut arahan kat paket tu sahaja. Memang berbaloi. Dan kolin rasa kalau masak daging guna pes serbuk ini memang meletupppp...Memang win sangat...So misi kolin seterusnya pergi beli lagi hahahahaha
Nak beli kat mana tu..tak tahu lah. Cari kat IG tak ada, kat fb ada try tengok sini FB Gourmet by Chef's Taste
Dikilangkan oleh Perniagaan Wafada Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh Kekal Barokah Resources Sdn. Bhd. Korang boleh google kut. Disebabkan kolin review ini bukan lah dibayar, seikhlas hati memang agak kurang informasi yang boleh diberikan. Try cari dan cuba nanti okay.
REVIEW: PES MASAK HITAM SERBUK DARI CHEF'S TASTE
Inovasi macam ni lah yang patut diperbanyakkan. Memudahkan urusan dan tak renyah.
ReplyDelete