Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

HI -TEA DI HOLIDAY INN KUALA LUMPUR GLENMARIE

Terima kasih bangat lah dengan cik roza yang beriya organize minum petang ni. Sebenarnya kolin sendiri tak tau Holiday Inn ada buat promotion untuk hi-tea. Dan surprisingly, sangat murah iaitu RM55 untuk 2 pax. Kalau korang nak pergi kena booking dulu ye. Korang terjah lah instagram mereka dan booking. 

 
HI-TEA DI HOLIDAY INN KUALA LUMPUR GLEMARIE


Inilah dia hi-tea atau minum petang di ruang lobi hotel. Suka hotel ini sebab parking senang. Satu lagi tak sendat dengan ramai orang dan sangat memenangkan. View swimming pool dan padang golf tu macam terlupa kita masih di tengah bandar kan. Ikutkan kami hi-tea berempat, tapi kak anie ada hal lain masa tu. So kami bertiga sahaja lah. Lain kali kita pergi berempat okay. Baru lah meriah nak laga-laga gelas hahaha...



Objektif nak celebrate birthday kolin lagi hahaha. Iye dah 18 September pun..syukur ada lagi kawan sudi nak sambut. Dah 18 hari berlalu (bday i 31 ogos lerr) tapi tak apa..niat tu penting. Inilah baru kawan sejati hahaha..geytuh..

Memang bersembang dari jam 4 petang sampai hampir maghrib baru jumpa jalan pulang. Seronok juga rupanya sesekali hi-tea dengan kawan-kawan. Korang kalau ada hotel lain buat promo macam ni, roger lah! Boleh juga bantu jana ekonomi para hotelier kan. Kasihan juga mereka selepas musim pandemik ini. 

Di ulangtahun ini tiada apa yang kolin inginkan. Cuma kesihatan dan keluarga yang baik-baik. Korang ada masa jenguklah 2 baby kolin www.instagram.com/alisa.sara.boutique  dan www.instagram.com/cekkolinofficial Semoga dengan support dari korang kolin akan kekal strong in #smallbusiness yang dijalankan.


Untuk 2 orang sahabat manis, bergula dan demi Allah kawan dunia akhirat ini!! Kolin doakan dedua sihat selalu, murah rezeki dan semoga persahabatan kita ini terjalin sampai mati!! I lap u both!!!

Thank you for reading this!
 



4 comments:

  1. Seronok kan sesekali dapat lepak dengan kenkawan macam nie. Kak Sue dah support tau.. nanti InsyaAllah nak cuba juga produk baru dari Kolin tu hokay..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thk you kak sue! kolin nak order 10 paket laksa kak sue. Nanti kolin wasap

      Delete

loving me..loving you