Assalammualaikum semua dan semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera ya. Terima kasih buat TIGER BISCUIT MY yang telah meraikan Hari Kanak-Kanak bulan lalu. Jemput tengok video unboxing dari Alisa ya korang. Jangan lupa subscribe, nanti kolin balas balik tau. Kali ini kotak istimewa ini ada kit untuk menanam pokok. Segala diberikan siap tau, mana lah tak happy budak tu terima kotak istimewa ini kan. Satu lagi siap bagi biskut, kalau korang nak tahu, memang lah biskut ini kegemaran anak-anak. Jangan kata mereka, kolin pun suka hahha. Sedap kan..lemak-lemak gitu.
JOM TEROKAI ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI PARK
Assalammualaikum semua. Selagi tak tamat cuti sekolah sempat lagi kut kolin kongsikan mengenai pengalaman kami ke Zoo Taiping & Night Safari Park. Kebetulan kami balik ke Kedah minggu lalu, dalam perjalanan balik tu, hari isnin minta en. suami masuk Taiping. Memandangkan masa tu baru jam 3.00 petang. Sempat lah kolin google masa tu, tengok buka atau tidak. Mana lah tau 'under renovation' ke apa kan. Tapi memang rezeki percutian cuti sekolah, dapat juga anak-anak pergi Zoo Taiping. Nak ke Night Safari lain kali lah. Tapi nanti kena cari homestay lah di Taiping. Dan kolin dapat tahu, Taiping banyak sangat tarikan yang tersembunyi. So nanti explore!
harga tiket murah aje. Untuk 2 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak cuma RM56.00 sahaja.
Dari tol Taiping ke Zoo Taiping tu ambil masa lebih kurang 20 minit. Jalan kampung agak slow la sikit dan ada lampu isyarat kan. Itu yang buat lambat sikit. Tapi korang tak akan boring lah masuk town Taiping, macam-macam benda boleh tengok. Kolin dan suami dan teringin durian dah masa tu. Rupanya durian batu kurau dah mula laaa. So yang itu aim masa nak balik nanti!
AEON MEMPERKENALKAN KOLEKSI EKSLUSIF YEAR OF MOUSE & MICKEY SEMPENA TAHUN BARU CINA
Assalammualaikum korang semua. Buat kali ini AEON memperkenalkan Koleksi Eksklusif kolaborasi magik antara AEON dan Disney bersempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelma Januari 2020 nanti. Bertemakan Disney kini sudah menanti para pengunjung ke AEON Mid Valley, AEON Bandar Utama dan AEON Taman Maluri. Para peminat karakter ikonik Disney iaitu Mickey Mouse akan mendapat peluang memiliki barangan kesayangan mereka di cawangan AEON yang terpilih. Masa ini lah kalau korang yang minat Mickey nak tambah koleksi. Pelbagai corak dan design ada untuk korang pilih. Jangan rambang mata ye.
Ghaibkan Jerawat Serta Parut Jerawat Seawal 7 hari Dengan Charcoal Clay Mask By Le.Lab Routine.
Assalammualaikum semua! Semoga sihat selalu ya. Ramai wanita mengimpikan kulit yang wajah sihat, cerah dan mulus. Jadi, tidak hairanlah ramai wanita yang sanggup melakukan apa sahaja rawatan kecantikan bagi mendapatkan wajah idamannya.
Melakukan perawatan atau penjagaan wajah sangat penting. Dengan merawat serta menjaganya dengan baik, kulit wajah akan terhindar daripada jerawat serta masalah-masalah kulit yang lain. Salah satu penjagaan kulit wajah yang kerap dilakukan adalah dengan penggunaan masker wajah!
Dengan kajian dan nasihat dari pakar kecantikan Le.Lab Routine mengeluarkan masker wajah Pertama di Malaysia yang mengandungi Orange Essential Oil. Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine merupakan produk penjagaan wajah yang berupaya memberikan manfaat dan merawat kulit wajah yang bermasalah. Penggunaan Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine secara rutin membuatkan wajah menjadi sihat dan cantik semulajadi.
ANCASA ROYALE HOTEL PENGINAPAN TERBAIK DI PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR
Assalammualaikum semua! Cuti sekolah sudah tentu semua mak ayah pening nak kemana laa nak bercuti tahun ini kan. Buat kolin sekeluarga kami dah bosan nak Melaka, Penang atau Port Dickson. Dah la sesak, kereta banyak tambahan pula kalau cuti sekolah tempat destinasi popular ini memang tiba-tiba naik harga. Kedai makan pun mahal aje mereka caj. Kalau korang perasan lah kan. Kolin sekeluarga kalau pergi tempat-tempat terkenal ini memang berhabis betul duit. Tapi kali ini kolin sekeluarga terus bercadang ke Negeri Pahang Darul Makmur iaitu Pekan. Haaa...ini lah satu daerah dalam Pahang yang belum kolin jejak lagi tau. Siapa tau, Pekan adalah Bandar Diraja (sumpah kolin tak tahu!). Kalau Kuala Kangsar memang tau, tapi masa pergi tau itulah bandar diraja terus rasa wow sangat! So korang kalau nak pergi Pekan kena cari dulu penginapan kan. Kalau kat sini yang mampu milik, yang selesa dan yang paling terbaik penginapan buat kolin sekeluarga ialah HOTEL ANCASA ROYALE PEKAN yang terletak sebelah aje dengan sungai yang mendamaikan tu.
BILIK DELUXE YANG LUAS
Masa sampai agak lewat, kami disambut mesra oleh pengawal keselamatan yang ada. Masa tu kolin terus ke Front Office untuk check in, syukur semua smooth dan senang. Masuk bilik terkejut sangat! Bilik Deluxe tu cukup luas dan besar untuk kami berempat. Uolss bayangkan punya laa luas bilik ni sebab antara katil ke tv tu ada ruang untuk anak-anak main. Macam anak kolin siap main bola hahahahah...Jadi yang anak-anak kecil tu kalau datang menginap di Ancasa Royale Hotel boleh lah bawa mainan mereka siap-siap. So tak lah mereka boring kan. Lagipun tv tu semua channel ada, siap kartun tu. Ada 24 saluran yang ada, for sure tak boring kan.
Ayam Brand™ Memperkenalkan Tiga Pilihan Saba Mackarel Flakes Dalam Sajian Sedia-Untuk-Dimakan Yang Menyihatkan, Mudah & Enak
Ayam Brand™, satu jenama sardin
yang sinonim di Malaysia dengan tin ikonik berwarna kuning dan merah serta
kepelbagaian sajian tuna di pasaran, kini menambah Saba Mackerel Flakes dalam
senarai hidangan sedia-untuk-dimakan yang juga menyihatkan, mudah dan enak.
Saba merupakan ayat dalam
bahasa Jepun yang memberi makna Mackerel Pasifik. Ia merupakan hidangan
ruji masyarakat Jepun, popular kerana nilai khasiat, harga yang berpatutan dan
kekayaan rasa. Manakala di Malaysia, ikan saba panggang menjadi hidangan
kegemaran di restoran-restoran Jepun.
Anda kini berpeluang untuk menikmati keenakan
rasa eksotik ikan saba mackerel di rumah, tempat kerja atau ketika beriadah dengan
Ayam Brand™ Saba Mackerel Flakes yang didatangkan dalam tiga pilihan rasa iaitu
Cili, Minyak Zaitun Dara dan Mayones. Ayam Brand™ telah memastikan ketiga-tiga
pilihan berkenaan menepati cita rasa tempatan, tanpa berkompromi terhadap
kehebatan rasa dan kualiti kepingan ikan saba mackerel.
PENGINAPAN SATU MALAM DI AVILLION PORT DICKSON
Assalammualaikum korang semua, semoga sihat dan dah nak habis tahun 2019 dah kan. Untuk bulan Disember ini kolin sure korang ramai yang nak holiday kan. Kali ini kolin berkongsi dengan korang semua penginapan yang dekat aje dengan Kuala Lumpur dan terletak di Batu 3, Port Dickson! Haa inilah dia percutian romantik di Hotel Avillion Port Dickson
Tengok view ini pun dan menenangkan, betul tak?
Masa sampai tu rasa seronok sangat sebab hotel ini dekorasi landskap dia memang mengugat jiwa. Jadi kalau yang nak mencari tempat honeymoon or babymoon yang dekat boleh lah consider hotel ini untuk getaway.
Tengok view ini pun dan menenangkan, betul tak?
Masa sampai tu rasa seronok sangat sebab hotel ini dekorasi landskap dia memang mengugat jiwa. Jadi kalau yang nak mencari tempat honeymoon or babymoon yang dekat boleh lah consider hotel ini untuk getaway.
Subscribe to:
Posts (Atom)