assalammualaikum dan salam sejahtera
Baru-baru ini kolin sekeluarga telah dijemput oleh Seeties dan O'Briens untuk merasai sendiri bagaimana sambutan Hari Natal di O'Briens bersama keluarga. Tapi hubby pulak sibuk pada sabtu tu, jadi kolin dan anak-anak sahajalah ke O'Briens, Menara UOA, Damansara Height hujung minggu yang lalu.
Buat makluman korang, O'Briens ada sijil halal dari JAKIM. Jadi tak perlu ragu-ragu kerana semua yang dihidangkan di sini adalah halal. Tapi pada kolin semua hidangan menu di sini adalah berkhasiat tau. Sesuai untuk seisi keluarga dari yang muda sehingga yang tua. Pendek kata memang menu yang lengkap di O'Briens. Siapa yang tak pernah cuba makan di sini memang lah rugi. Go and try ok!
Ianya ditubuhkan pada tahun 2002 dan banyak sangat menu yang ada. Bukan setakat sandwich, kopi, teh tapi memang banyak seleksi yang korang boleh pilih. Jom kita tengok menu yang ada di O'Briens.
Cukup tak? Haa.. ini sebahagian menu yang ada. Kalau nak share gambar semua menu memang panjanglah entri ini kan hahaha. Bahan yang mereka gunakan untuk filling sandwich pun banyak tau. Memang masa sesi nak buat sandwich sendiri tu kolin rambang mata nak makan mana satu. Last sekali kolin pilih nak tuna.
Pilihan roti ada Facaccia Shambo untuk pengemar herba, Ciabatta cara Italian, Multigrain kaya dengan fiber, Wrappo khas untuk yang berdiet. Kalau yang utama tu, filling tengah tu kan ada telur, ayam, daging, salmon, tuna dan banyak perisa tau. Nak yang pedas ada, tak mahu yang pedas pun ada. Salad dan sos pun pelbagai variasi yang boleh korang lihat sendiri di O'Briens. Memang kualiti dan kuantii menang di sini. Terliur tengok 6 jenis keju yang ditawarkan di O'Briens. Kalau Salad pulak memang bersusun lah pilihan yang ada, tambah pula sos mereka ada cream cheese, cranberry, honey mustard, aran island dan banyak lagi.
So sekarang sesi kolin buat sendiri sandwich kolin di O'Briens. Excited giler siap pakai apron tau.
Excited giler nak buat sendiri sandwich wei. Kolin pilih Facacia Shambo bread yang ada herba tu, tuna, brinjal yang digoreng dengan minyak zaitun, sos aran island dan banyak lagi. Jom tengok macam mana selama ini O'Briens buat sandwich yang sedap dan berkhasiat ini.
Inilah roti pilihan kolin....Facacia Shambo
Lihatlah kesegaran bahan-bahan yang disediakan di sini. Alisa pun excited nak tengok kolin buat sandwich kolin sendiri. Memang macam masuk kelas memasak balik lah! Jom belajar sama-sama ok.
1. Mula-mula potong dulu roti kepada dua bahagian kann
2. Kemudian sapu butter kat kedua-dua permukaan roti yang telah dipotong dua tu kan.
3. Letakkan filling tuna yang kolin dah pilih. Tuna with Mayo yer. Nampak tak penuh roti tu kolin sapu hahah
4. Selepas tu kolin susun brinjal yang telah digoreng dengan minyak zaitun. Aturkan Swiss Cheese atas roti kolin dan seterusnya proses toast kan sandwich yang telah kolin sediakan.
Bila dah siap toast ini lah rupanya...
Selepas itu kolin letak chicken crisps, daun salad dan juga sos yang kolin dah pilih tadi. Sapu dengan penuh hati-hati, maklumlah bukan yang pakar kan.
Dah pun siap!!! Boleh posing bersama sandwich yang berjaya kolin sediakan sendiri di O'Briens. Seronok sangat sebab dapat peluang macam ini. Barulah tahu bagaimana semua makanan berkhasiat dan enak O'Briens disediakan. Selepas ini boleh lah datang lagi dan try macam-macam variasi sandwich yang ada di O'Briens kan. Senang aje layari website ini sahaja untuk lokasi O'Brien yang terdekat dengan korang.
Tiada yang lebih penting apabila melepak di sebuah cafe atau restoran tapi sekeluarga boleh makan bersama kan. Cubalah sendiri ok. Alisa pilih ayam dan Ali memilih sandwich daging, memang licin pinggan kami bersarapan di O'Briens di hujung minggu.
Terima kasih Seeties dan O'Briens sebab sudi menjemput kolin sekeluarga.
We have a great time at O'Briens and we shall see you again!
O'Briens Christmas Special II : Great time with family
Love,
Kolin Zainal