Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Travel: Hotel Rosa Passadena

Untuk yang ingin menginap di Brincang, Cameron Highland tu,
Kolin cadangkan Hotel Rosa Passadena kerana lokasi yang strategik untuk kemana-mana di kawasan pekan Brinchang. Nak ke pasar malam pun hanya perlu berjalan kaki, sebab kalau drive susah nak parking kan. 
Hotel bertaraf tiga bintang ini sangat sesuai untuk bercuti. Sorry gambar yang sempat kolin snap tak berapa cantik sebab sesampai sahaja kat hotel kepala dah berdenyut-denyut sakit. 


tu my room partner dah start mengemas beg huhuh...
satu katil queen dan satu single...


ada dressing table dan juga kerusi dan meja untuk kita bersantai.
TV pun dah flat skrin ok..karpet pun baru


Gambar toilet sahaja kolin terlupa, but overall hotel ini sudah cukup memuaskan hati. 
Jangan lupa untuk cuba makan stimbot set di hotel ini...nyummy sangat



#hotelrosapassdena #cameronhighland #brinchang

Travel: Bharat Tea, Cameron Highland

assalammualaikum

Bharat Tea memang sangat-sangat terkenal di Cameron Highland. Sekarang Bharat dah ada banyak sangat cawangan di Cameron. Pilih sahaja station yang mana kita nak singgah. Untuk kali ini kami memilih tempat yang lama sebelum turun ke Ringlet.


Sesampai kolin dan kawan-kawan di sini, kami terus rasa nyaman sangat. Bersih, segar dan rasa macam nak duduk sini terus. Hijau saujana mana memandang..tetiba kolin rasa nak bersyair pulak hihih


acara wajib adalah posing posing di ladang teh. Dah ada amaran tak boleh petik daun teh. So kami menumpang bergambar dan feeling feeling ala hindustan hehe


Selain daripada bergambar di ladang teh, di sini juga kita boleh melepak di cafe yang disediakan. Berbagai jenis teh yang dihidangkan di sini. Ada juga cheese strawberry cake, oreo cheese cake, american chocolate cake dan banyak lagi. Harga yang dikenakan agak tinggi pada kolin. Tapi once a while melepak di kehijauan begini dan menghirup secawan teh yang panas it sooo priceless!


Dah bergambar, dah minum teh panas serta kek, kita juga boleh membeli sedikit buah tangan di sini. Apa saja jenis teh ada di jual di sini hasil keluaran Bharat Tea. Pendek kata sediakan RM sahaja. Teh Strawberry ada, teh lemon, teh blackcurrant, teh serai, teh hijau berbagai lagi lah, teh masala pun ada. Mungkin teh masala tu rasa sedikit berempah dan pedas, agaknya lah. Kolin sendiri tak pernah cuba, mungkin lain kali.


gigit jari wei masuk tea shop ini, sebab semua yang dijual murah-murah dan macam sedap belaka.



sila abaikan muka kat tepi tu, sebab setiap kali aku snap gambar si lalat ini menyibuk hahaha

So jangan lupa enjoy di sini kalau ke Cameron Highland ok.


jom petik strawberry

assalammualaikum

Minggu ini akan penuh sesak kan. Maklumlah cuti hari buruh bersambung dengan cuti hari wesak. Dan disebabkan itu lah kami bercuti pendek minggu lepas. Tempat yang menjadi kegemaran keluarga kolin selalu ialah Cameron Highland. Cuaca sejuk, buah fresh!..nice



Macam biasa alisa maisara ini kaki shopping. Pantang nampak orang berjualan memang akan beli. Topi yang dia posing tu RM13 di Pasar Malam Brinchang. Aktiviti kami yang pertama ialah memetik Strawberry. Selama ini kami hanya beli yang disiap petik. Kali ini anak-anak teringin nak petik sendiri. RM25 sahaja untuk seorang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Dan strawberry yang boleh dikutip ialah setengah kilo. 



Anak-anak lah paling excited! Mereka berdua cari yang besar-besar dan gemuk-gemuk untuk dibawa pulang. Lagipun macam biasa strawberry kalau bawak balik cepat lembik. 
So nanti kolin plan nak buat aiskrim strawberry. Nak resipi nya..tunggu!!!


So dah siap petik!! dah siap bayar..jom kita ronda-ronda Cameron Highland.
Kalau nak tahu, hari ahad pagi di pekan brinchang ada pasar tani heheh..
meh perabis RM huhuhu



 orang yang berdiri tinggi di atas gunung selalu bongkak 
sebab melihat orang lain di bawah kaki gunung itu kecil dan kerdil, 

tapi jangan lupa orang yang melihat dari bawah kaki gunung juga, 
melihat orang di atas gunung  kecil dan kerdil

manusia sama sahaja

#travel #bercuti #alialisablogspot

Taman Tema Dalam Genting Highland

assalammualaikum

Untuk makluman semua taman tema luar di Genting Highland sedang di dalam pembinaan. Kepada sesiapa yang ingin lari dari ibu kota dan bergembira di Genting Highland sambil menikmati udara sejuk boleh lah main taman tema dalam di Genting Highland.


Untuk one day unlimited harga untuk dewasa adalah RM29.70 dan kanak-kanak RM31.80.
Manakala kalau nak naik single ride, maknanya naik satu permainan pada satu masa harga yang dikenakan ialah RM8.50 sahaja. 

Untuk Snow World yang nak bermain dengan salji tu, dewasa RM31.80 dan kanak-kanak RM26.50 sahaja. Untuk family yang macam kolin kan, ada dua dewasa dan dua kanak-kanak harga yang ditawarkan adalah RM106.00. Boleh lah merasa main salji di sini kan.

Jadi buat semua yang inginkan percutian yang ringkas boleh lah berkunjung ke Genting ok!


menyahut seruan #fitmalaysia

assalammualaikum

Demi menyahut seruan untuk sihat, kolin dan suami pun ajak lah anak-anak untuk beriadah di pagi hari ahad. Tak jauh dari rumah pun, di Taman Metropolitan Kepong atau dikenali sebagai taman layang-layang. 

Punya lah excited pepagi tu pergi dengan tak bersarapan pun. Sebab macam terasa awal sangat jam 8.00 pagi tu. Terus kami ke taman nak berbasikal bersama-sama.


Di taman ini menyediakan perkhidmatan menyewa basikal tau. Boleh naik yang berdua, nak bawak anak kecil pun ada tempat duduk khas atau pun single rider. Harga untuk satu jam hanya RM10.00 sahaja. So sesiapa yang tidak memilikI basikal dan kenderaan pun tak sesuai nak berangkut bagai. Boleh lah sewa saja kat sini  macam kolin. Senang kan! So tak de alasan nak bermalas-malasan ok. #fitmalaysia


Sebelum nak kayuh tu sempat lah kami berdua selfie. Yang boys dah laju ke hadapan meninggalkan kami. Maklumlah kolin nak ambil angin pepagi tu. Menghirup udara segar katanye ihihi



Gambar ni di snap dua kali..cuba tengok ali imran pose
aku pun tak faham kenapa pose aku boleh sama. Nampak tak kemodelan aku terserlah hahahha
statik kan dalam dua gambar. Mana stalker yang tak suka tu boleh muntah hijau hujung sana ye.
Atau pun tak payah lah jengah blog I, buat tambah dosa you aje. Dah tengok mengata, dapat dosa. I dapat pahala, Insya Allah. So tak suka..tak payah baca and stalk cerita kehidupan orang lain lah ye. 
Kasihan awak..NO LIFE (#blogakukaupulaksakithati)
Dapat juga kami anak beranak berbasikal keliling taman yang super besar ini. Sesiapa tak pernah datang, sila lah ke sini. Taman ini memang besar dan sure penat sebab kawasan jogging dia yang luas sangat.

Akibat dari itu kami pun telentang anak beranak di atas rumput.
Peluh pemalas kami berjurai-jurai pada hari itu. Sedih sampai tak larat berkayuh tapi tolak basikal hahah.
Paling tak terasa apa ialah alisa maisara sebab jadi MEM duk belakang orang lain kayuh.



basikal terdampar..makhluk kayuh basikal pun terdampar
penat giler wei..sesekali beriadah macam ini. 

Dah habis satu pusingan, kami terus pulang balik basikal dan balik.
Tak larat sangat wei...sampaikan hari tu dari pagi ke malam tak masak hahahha
Makan kedai jawab nya!! Tapi tetap kami tak serik dan akan teruskan aktiviti sihat ini selalu. 

Demi Kesihatan, Demi Fit Malaysia

Chaiyookkkk!!!!

#fitmalaysia


Product: Cetaphil - Gentle Cleanser untuk kolin yeay



assalammualaikum

Sangat berterima kasih kepada Cetaphil yang hantar kolin produk ini. Kolin memang dah tahu kebaikan Cetaphil ini lagi-lagi untuk kolin yang memang kulit bermasalah. Senang naik jerawat dan kadang-kadang berminyak. 
Kalau mengikut dari kawan-kawan yang kolin google memang ramai yang syor pakai Cetaphil. Malah pakar-pakar kulit pun cadangkan brand ini untuk kulit bayi yang sensitif. Lepas ini pasti masalah kulit kolin akan berkurangan.



 Cetaphil Gentle Skin Cleanser adalah lembut, formulasinya yang bagus dan membersihkan kulit serta mekap yang ada atas muka.. Ianya juga sesuai untuk bayi yang memang ada alahan sabun. Disediakan untuk semua jenis kulit dan semua peringkat usia. 

Melembutkan tanpa menyebabkan liang roma tersumbat. Lagi bagus pembersih muka Cetaphil ini tidak mempunyai bau. Kolin memang tak tahan kalau pencuci muka yang ada bau wangian yang kuat. Memang beruntung dihadiahkan pembersih ini. 




 Dapatkan Cetaphil anda di farmasi yang terdekat sekarang. Dengan harga RM21.90 (watson), pencuci muka ini akan menjadi milik anda. Target kulit cantik bebas jerawat menjelang syawal nanti..yeah!!
 





pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh alialisakreatif.blogspot.com untuk Cetaphil

Friends

It is just like the days. 
An old day passes, a new day arrives. 
The important thing is to make it meaningful: 
a meaningful friend - or a meaningful day.
 




Syria Satin Hijau

assalamualaikum

Tudung syria satin ini dibeli siap dan kolin cuma tambah crumble pada kedutan yang telah sedia ada pada syria ini. Untuk menambahkan lagi seri dan tampak efek mahal pada tudung. 
Dah siap untuk pakai sendiri. Kita tengok nanti ek..majlis apa kolin akan pakai hihihih




*marilah komen sikit...asyik stalker aje heheheh

Crumble Biru

assalamualaikum

Terima kasih menempah!...



haaa..kepada yang selalu tanya "kolin, tak buat manik ke sekarang?" marilah tempah ye..hahahah
Kekadang terleka tak update saja. Alhamdulillah, masih ada yang sudi menempah hasil kerja manik kolin. 

terima kasih ambil berat pasal kolin!! sayang korang ketat-ketat


kolin zainal

Event: NIVEA MEN Triple Shield Challenge

Baru-baru ini berlangsung acara NIVEA Triple Shield Challenge 2015 di Blue Concourse, Sunway Pyramid Petaling Jaya. Pihak media dan blogger dijemput bagi memeriahkan lagi majlis. Kempen yang dijalankan samada di lapangan atau digital dari Januari sehingga April 2015 ini, adalah untuk menyakinkan bahawa Nivea Triple Shield mampu menentang peluh, bakteria dan bau badan semasa bersukan.

"The Triple Shield Game" dimainkan dengan 2 pasukan yang mempunyai 3 orang ahli setiap pasukan harus membaling bola satu sama lain. Macam main bola beracun masa kita kecik-kecik dulu. Tiga tong bola yang diletakkan adalah mewakili peluh, bakteria dan bau badan. Dan setiap pasukan disediakan penghadang untuk menangkis setiap bola yang dibaling. Pasukan yang paling pandai "defend' yang menang lah kiranya.


Mr. Ng Hock Guan, Country Manager of Beiersdorf Malaysia and Singapore

Permainan "The Triple Shield" ini dibuka peryertaannya secara umum samada menerusi digital atau pun dilapangan. Permainan ini boleh dimainkan melalui NIVEA MEN Malaysia Facebook di www.apps.facebook.com/tripleshield/ di mana hadiah RM80,000.00 ditawarkan kepada pemenang.

Blogger nanie, ayu dan kak ella in action

Untuk penyertaan di lapangan pihak NIVEA telah menerima sebanyak 217 pasukan dari pelbagai kolej melalui kempen yang diadakan sepanjang 10 Mac sehingga 9 April 2015. Permainan terakhir mengambil tempat di Sunway Pyramid, Blue Concourse dimana hadiah sebanyak RM50,000.00 untuk dimenangi. 64 pasukan telah bertanding di perlawanan kalah mati pada 11 April dan dari situ 32 pasukan ke semi-final dan seterusnya hanya 8 pasukan yang akan ke pusingan akhir untuk layak menerima tiga hadiah utama.


Semasa pelancaran 12 orang wakil media yang bertuah telah diberi peluang untuk bermain permainan "The Triple Shield" melalui perlawanan persahabatan. Setiap dari mereka akan menerima satu jemputan istimewa sebagai 'pilot'  yang akan terbang di sekitar Kuala Lumpur dan pasukan yang menang juga akan memenangi NIVEA Hamper yang bernilai RM300 serta baucer NIKE yang bernilai RM100.00. Tahniah kepada Pasukan Mr. Jocko yang menang hari tu. Memang sporting habis team 3M ini.

kredit gambar di FB Mr. Jocko

Acara ini dirasmikan dengan perkenalan produk NIVEA yang terbaru iaitu Cool Kick

Tak cukup dengan itu majlis ini diserikan lagi  dengan nyanyian dari underground group yang sangat berbakat, permainan drum yang mengamatkan lagi suasana di Sunway Pyramid dan tidak lupa juga persembahan dari pom-pom girl yang penuh dengan aksi merbahaya dari mereka. Malah pengunjung juga diberikan ruangan bergambar bersama keluarga. Apa yang bestnya, lepas kita snap gambar kan, upload di Instagram dengan hastag #niveatripleshield. Kemudian mereka akan print gambar kita sebagai kenang-kenangan. Cool kan!






NIVEA MEN yang hebat ini boleh didapati di Watson dengan harga yang sangat berpatutan. Nivea Man Cool Kick Deodorant Spray 150ml RM15.90, Nivea Men Cool Kick Deodorant Stick 40ml RM11.90 dan Nivea Man Cool Kick Deodorant Roll on 25ml RM4.90 atau 50ml pada harga RM9.80 sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai NIVEA MAN Cool Kick sila lah layari www.NIVEAMEN.com.my 
dan Facebook mereka di  www.facebook.com/myniveamen.












pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh alialisakreatif.blogspot.com untuk NIVEA