Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

XES Hi Tea Party - Pengumuman Pemenang bagi peraduan "Be Stylish with XES"


Kolin bertuah dijemput ke Majlis Hi Tea XES yang bertempat di The Place, One City Subang Jaya  bersama rakan media dan bloggers. Tema baby blue dan putih mewarnai hiasan taman pada acara kali ini. Acara ini dihoskan oleh PR Manager of Shellys Marketing Sdn Bhd (XES), Ms. Sabrina Quigley Chin.

Acara Hi Tea kali ini adalah untuk mengumumkan pemenang bagi contest yang telah diadakan baru-baru ini semasa XES Chinese New Year Luncheon 2015 di XES Premium Boutique di Quill City Mall Kuala Lumpur. Contest yang bermula dari 17 Februari sehingga 17 Mac ini telah dipilih melalui undian yang paling banyak di Facebook.


Majlis yang sungguh meriah ini dengan adanya band undangan iaitu "busking group" yang diberi nama "From Heart to Human" (FHTH) yang sangat berbakat menghiburkan kolin dan semua rakan media pada hari tersebut. Paling kolin suka lagu "All about That Base" siap goyang kaki dah tau. Boleh follow mereka di Instagram. Huge talent!!



Tak cukup dengan dendangan lagu merdu di petang hari, majlis Hi Tea ini diserikan lagi dengan dua artis karikatur yang sangat berbakat iaitu En. Napie (Intagram: @akunapie) dan En. Firdaus. Semua muka kami dikartunkan secukup rasa oleh kedua mereka. Berbakat sangat wei..kolin bagi 5 bintang!!!




Haa beginilah muka kolin yang dikartunkan..jangan nak mengada cakap tak sama ye hahahha
Ini hasil tak sampai 10 minit tau, bersungguh si napie ni lukis muka kolin sebab kolin request nak comel-comel. Sekali napie sound laaa "kalau nak comel saya lukis kucing'. 
Haipppp..kucing ko samakan dengan aku napie...tak guna!...hahahah

Selain itu temporary tatto pun ada juga tau, kiranya tak rugi hadiri Majlis Hi Tea XES 
ini memang meriah dengan pelbagai aktiviti. 


Paling yang tidak boleh dilepaskan, bergambar di photo booth XES yang penuh dengan design keluaran mereka yang terbaru. Semua lawa-lawa, cantik-cantik dan memang kolin akan dapatkan untuk bergaya di Syawal nanti. 





Nampak tak gambar-gambar kami yang bertanding di gantung di setiap pokok yang ada disini. How sweet!!


Buat semua kawan-kawan kolin nak ucapkan ribuan terima kasih kerana sporting mengundi kolin. Semua kerjasama tuan/puan kolin dahului dengan ucapan terima kasih. Sayang korang ketat-ketat.

Dalam semua majlis ini makan pun ada juga, itu lah paling tidak dilupakan. Terima kasih XES kerana menyediakan makanan Hi Tea yang sedap-sedap untuk kami semua. Musik, karikatur, makan..apa lagi yang kami mengadu ..semua ada!


Dan kini tiba masanya pemenang diumumkan oleh Ms. Sabrina. Kami semua berdebar setelah sebulan meraih undi di Facebook kan. Untung-untung mana lah tahu kalau menang. Chaiyokkk


Pemenangnya adalah Ms. Jane Chua, mommy blogger yang sangat glamor. Hadiah kemenangan disampaikan oleh Duta XES iaitu Ms. Miko. Hadiah yang berupa wang tunai dan barangan XES telah menjadi milik beliau. Tahniah!!!...

Terima kasih XES atas jemputan ke Hi Tea yang penuh aktiviti dan meriah ini. Ada masa kita jumpa lagi.



"BE STYLISH WITH XES"





kolin zainal 

pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh alialisakreatif.blogspot untuk XES

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you