Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Event: NIVEA MEN Triple Shield Challenge

Baru-baru ini berlangsung acara NIVEA Triple Shield Challenge 2015 di Blue Concourse, Sunway Pyramid Petaling Jaya. Pihak media dan blogger dijemput bagi memeriahkan lagi majlis. Kempen yang dijalankan samada di lapangan atau digital dari Januari sehingga April 2015 ini, adalah untuk menyakinkan bahawa Nivea Triple Shield mampu menentang peluh, bakteria dan bau badan semasa bersukan.

"The Triple Shield Game" dimainkan dengan 2 pasukan yang mempunyai 3 orang ahli setiap pasukan harus membaling bola satu sama lain. Macam main bola beracun masa kita kecik-kecik dulu. Tiga tong bola yang diletakkan adalah mewakili peluh, bakteria dan bau badan. Dan setiap pasukan disediakan penghadang untuk menangkis setiap bola yang dibaling. Pasukan yang paling pandai "defend' yang menang lah kiranya.


Mr. Ng Hock Guan, Country Manager of Beiersdorf Malaysia and Singapore

Permainan "The Triple Shield" ini dibuka peryertaannya secara umum samada menerusi digital atau pun dilapangan. Permainan ini boleh dimainkan melalui NIVEA MEN Malaysia Facebook di www.apps.facebook.com/tripleshield/ di mana hadiah RM80,000.00 ditawarkan kepada pemenang.

Blogger nanie, ayu dan kak ella in action

Untuk penyertaan di lapangan pihak NIVEA telah menerima sebanyak 217 pasukan dari pelbagai kolej melalui kempen yang diadakan sepanjang 10 Mac sehingga 9 April 2015. Permainan terakhir mengambil tempat di Sunway Pyramid, Blue Concourse dimana hadiah sebanyak RM50,000.00 untuk dimenangi. 64 pasukan telah bertanding di perlawanan kalah mati pada 11 April dan dari situ 32 pasukan ke semi-final dan seterusnya hanya 8 pasukan yang akan ke pusingan akhir untuk layak menerima tiga hadiah utama.


Semasa pelancaran 12 orang wakil media yang bertuah telah diberi peluang untuk bermain permainan "The Triple Shield" melalui perlawanan persahabatan. Setiap dari mereka akan menerima satu jemputan istimewa sebagai 'pilot'  yang akan terbang di sekitar Kuala Lumpur dan pasukan yang menang juga akan memenangi NIVEA Hamper yang bernilai RM300 serta baucer NIKE yang bernilai RM100.00. Tahniah kepada Pasukan Mr. Jocko yang menang hari tu. Memang sporting habis team 3M ini.

kredit gambar di FB Mr. Jocko

Acara ini dirasmikan dengan perkenalan produk NIVEA yang terbaru iaitu Cool Kick

Tak cukup dengan itu majlis ini diserikan lagi  dengan nyanyian dari underground group yang sangat berbakat, permainan drum yang mengamatkan lagi suasana di Sunway Pyramid dan tidak lupa juga persembahan dari pom-pom girl yang penuh dengan aksi merbahaya dari mereka. Malah pengunjung juga diberikan ruangan bergambar bersama keluarga. Apa yang bestnya, lepas kita snap gambar kan, upload di Instagram dengan hastag #niveatripleshield. Kemudian mereka akan print gambar kita sebagai kenang-kenangan. Cool kan!






NIVEA MEN yang hebat ini boleh didapati di Watson dengan harga yang sangat berpatutan. Nivea Man Cool Kick Deodorant Spray 150ml RM15.90, Nivea Men Cool Kick Deodorant Stick 40ml RM11.90 dan Nivea Man Cool Kick Deodorant Roll on 25ml RM4.90 atau 50ml pada harga RM9.80 sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai NIVEA MAN Cool Kick sila lah layari www.NIVEAMEN.com.my 
dan Facebook mereka di  www.facebook.com/myniveamen.












pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh alialisakreatif.blogspot.com untuk NIVEA




2 comments:

  1. Hai Kolin.. wah.. dah update.. eyza dok terkial-kial lagi karang ayat.. hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah..kita tak banyak event..
      boleh la update cepat weiiii

      Delete

loving me..loving you