Assalammualaikum
Raya dah lepas bro hihih..tapi kali ini kolin tetap nak bercerita pada raya yang lepas. Balik ke ke kampung suami di kedah memang banyak lah tempat kolin beraya. Tapi yang kali ini kolin memang gatai nak kongsi cerita sangat.
Kami mendapat jemputan dari sepupu belah suami. Dapat tahu lokasi rumah yang bakal kami pergi ini di Sik, Kedah. Well macam malas kan!! tapi semangat raya kolin membara ok..kami berombongan pergi beramai-ramai. Gerak dari Sg. Petani dan sampai di Sik lebih kurang jam 2 petang.
Masa sampai di Sik tu memang kalau tak sesat bukan kolin lah namanya kan. Nak diringkaskan cerita sepupu hubby collect kami tepi jalan. Haa perjalanan ke rumah dia bermula. Ingatkan rumah yang bakal kami kunjungi ini adalah rumah biasa yang selalu kami pergi. Jangkaan meleset !!
Jalan sahaja sudah menyeramkan, tidak berturap, sempit, kiri kanan hutan...kami semua dalam kereta diam aje. Last sekali aku tanya " ada orang ke tinggal dalam hutan ini". Laki aku menjawab.."ntah".
mata aku dan memandang keliling dah oii..hutan ni
Sekali bila dah sampai ...wahhhhhh
besar kut banglo setingkat ni....
lagi teruja dengan pokok buah-buahan di sekeliling rumah kut...
memang menakjubkan bagi orang bandar seperti aku hihih
Korang tengok aje pokok dukong belakang kami
Mau tak seronok...rumah dalam dusun kutt
Mama kolin pun seronok
Kami semua beraya tapi duk keliling rumah orang haha
Ada itik, angsa, ayam, lembu...amat best weiii
Anak anak teruja mengejar ayam dan itik ..
Alisa dengan ezani
Posing posing keliling rumah sampai lupa nak bergambar dengan tuan rumah. Teruja ko!!
Rumah banglo setingkat di tanah lot yang luas ini memang membuatkan kolin seronok. Terasa macam nak dah pencen nanti kena beli tanah dan buat rumah lah. Tanam semua sayur dan amalkan pemakanan lebih sihat kan. Sepupu suami kolin siap bela ayam, itik dan lembu tau. Semua tu kan boleh mendatangkan duit dan juga boleh makan sendiri. Seronok duk kampung, tapi buat masa sekarang kolin suka tinggal di bandar.
Terima kasih kepada tuan rumah sudi melayan kami semua yang datang ramai-ramai ini. Rumah cantik dan layanan best. Ada rezeki kami datang lagi ye.
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you