assalammualaikum
hujung minggu sabtu lepas punya cerita ni, tapi dah nak masuk sekali lagi sabtu baru kolin nak update. Anyway, hubby beriya-iya nak pergi ke hulu yam berkelah. Kolin yang pada mulanya memang tak nak pergi terjebak jugak. Apa tak nyaa..musim hujan kan..takut kepala air. Pikir yang buruk sahaja tau.
Nak dijadikan cerita siap hubby masak nasi, siap buat kuah nak BBQ siap dengan perkakasan semua kami pun pergi piknik. Singgah dulu di Sri Ternak Selayang untuk beli udang, sotong, ikan dan ayam untuk BBQ. Tapi kolin dan imran malas nak turun. Apa lagi..verangan lah bergambar..
selesai dah lisa dan hubby shopping kami terus gerak ke destinasi...
Malangnya sampai sahaja kami, hujan turun dengan lebatnya..adess
memang kolin dah mengamuk-amuk suruh patah balik sebab buang masa ok
aku ni baju banyak gila nak manik tau..tempahan tak putus. Crazy!!
hujan ok..tapi hubby nak jugak piknik..
dua beradik yang berpayung (sila abaikan payung itu ye..hahahah. Its free)
melihat kepada papan tanda ini lah yang buat kolin risau sangat
nasib dia kata saja nak melepak dan BBQ
takut 'kepala air' weh..putih mata aje karang
ok..sila baca sendiri!
siapkan bara api untuk bakar sotong dan udang
muka seronok hujan totally stop!!..
chef of the day...bakar hotdog dulu heheheh
gambar blur giler tapi tetap nak share
abis makan, 3 beranak ni terus turun mandi sungai, dah ler lepas hujan dan sejuk
kolin malas nak mandi walaupun ada tandas disediakan. Leceh pulak rasanya nak bertukar pakaian dan mengemas lagi. Tapi memang weekend getaway yang best sangat. Semua lepas stress..
Dan kolin pun macam rasa fresh sangat bila balik dari simple piknik nih..
so sesiapa yang pergi simple weekend nature getaway
sila lah ke hulu yam ye...
oi...dari duk saje tu awat xbawak baju tuk bermanik kat situ..hahahhaha...
ReplyDeletekelas ko..bbq bawak pemanggang ajaib...
aku bawak tau ..tapi tak menjahit hahahh...
Deletepemanggang ajaib ok LANGKAWI sangat hahahha