Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

oh my ferrari !

assalammualaikum

kereta kolin rosak!!
well kereta ferrari dah 10 tahun pun, sayang giler kat kereta ni. Dulu nak beli kan mahal almost 40k dah tu memang laa sayang nak let go. Nak dijadikan cerita, lampu bateri kereta mula menyala dan seterusnya tempreature naik. Kejadian hari khamis lepas kolin tersadai nasib baik dah dekat dengan pejabat. Dan bernasib baik juga kawan-kawan sepejabat yang datang membantu. Seperti biasa pendekatan nya adalah buh air hahahha

Malangnyer balik kerja jadi lagi..kali ni kolin tersadai tepi nkve. Ya Allah lori besar-besar lalu bergoyang ferrari ku. Sejam kemudian suami ku datang rescue..syukur boleh berjalan balik ke rumah. Dan seperti biasa, tambah air dan tambah air bateri. Dan try pusing-pusing kereta ok aje..tak ler pergi bengkel sebab ingat masalah air bateri.

Hari rabu nan indah selepas bercuti 4 hari...hrmmm kereta kolin berasap lagi. Adoi..tepuk dahi lah kan. Nasib kali ini ngam-ngam sampai rumah. So declare esok hari cuti ..sebab nak ke bengkel.


haaa ini lah rupanya ferrari kolin
firstly dia cek bateri tu charging atau tidak...
well bila tak charging..pulling belt dynamo tu rosak ler katanyer
memang nampak belt tu jalan perlahan dari sepatutnya dan disebabkan itu, bateri tak caj dan air mengelegak tempreture pun naik ler.



pukul 10 pagi kolin ke bengkel
dekat pukul 1 tengahari siap ferrari ini dibaiki, dan kos pada bulan yang sesak ini ialah:

RM120 tuk pulling dynamo
RM75 brake pad

jeng..jeng..jeng...pitam


akhir sekali snap lah muka aku yang benggang kene keluar duit!
kena cuti kecemasan!
kelam kabut berkejar ke majlis anugerah anak!
 oh my ferrari!!

2 comments:

loving me..loving you