Monday, June 5, 2017

Koleksi dari Mis Claire untuk wanita plus-size di Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Mesti korang semua yang mana badan 'sedap & gebu', ingat susah nak cari pakaian bergaya kan. Padahal sekarang ni korang tak tahu ke ada koleksi untuk wanita plus-bergaya. Ini sebabnya kalau korang nak tau. Adanya Mis Claire semua dah boleh bergaya dah. Bukan macam dulu kalau ramping kurus aje boleh kan. Dari koleksi baju kurung, blouse, active wear, jacket dan pelbagai lagi koleksi. Bersempena dengan Aidilfitri yang bakal menjelma nanti, Koleksi Raya 2017 telah pun di lancarkan buat tatapan semua. Kalau korang tengok koleksi mereka yang berkualiti mesti ingat mahalkan !! Padahal murah sahaja dan tidak lebih dari RM150 tau. Jadi jubah yang harga RM100 pun ada. Terpulang lah kepada citarasa masing-masing bergaya di Hari Raya nanti. 

Mis Claire adalah salah satu jenama baju wanita plus-size (saiz besar) dari Malaysia. Reka bentuk dan fesyen yang dihasilkan oleh mereka tertumpu kepada gaya yang kemas dan anggun. Pemilihan material yang berkualiti dan terperinci dipastikan bagi memenuhi keselesaan si pemakai plus-size. Jadi ianya memang antara yang terbaik buat si pemakai yang berbadan besar. Bagi koleksi Raya tahun ini, mereka mengeluarkan koleksi yang mempunyai corak, gaya dan warna yang menawan dari saiz 2XL sehingga 7XL. Haaa...siapa cakap sekarang badan besar susah cari saiz. Ada aje kalau korang ke website Mis Claire ini. Banyakkkkk sangat pilihan, sampaikan blouse ala-ala Neelofa pun ada di jual tau. Jadi bukan laa orang bertubuh kecil aje boleh berangan bergaya ala artis kan. 

baju plus size

Ini SET KEBAYA MINIMALISTIK 
Baju kebaya labuh ini memang pakaian tradisi. Tak pernah lapuk pun di telan zaman. Oleh itu, tahun ini dalam koleksi raya ini menjadi salah satu busana pilihan. Warna yang digunakan polos, lebih menarik dan menyerlahkan sisi kewanitaan buat si pemakai. Ditambah pula dengan kerongsang pilihan korang sendiri kan. Kolin pasti korang akan lebih tampil menarik dan selesa dengan set kebaya ini. 

baju kurung plus size

KURUNG MODEN STAIL 'NEELOFA'
Inilah yang kolin cakap tadi. Walaupun sangat minimal tapi cantik kan !! Set kurung ini tampil dengan gaya moden di inspirasikan gaya artis terkenal. Itulah kolin cakap, yang berbadan besar selepas ini boleh bergaya dah. Jangan sekat gaya korang ok, banyak lagi rekaan kolin nak kongsi ni.

baju kurung plus size

KEBAYA RIAU ini dikemasi dengan tenunan keemasan yang sudah tentunya menampilkan gaya anggun si pemakai. Buat korang yang teringin nak pakai kebaya, tapi kat luar tu banyak yang tak ada saiz korang, sekarang dah ada eh. So raya ini boleh lah berubah selera pakai Kebaya Riau kan. Lagi pula, kalau warna hitam ni dengan tenunan emas memang nampak manis dan elegan sangat. 

baju kurung plus size

Yang masih suka pakaian yang longgar dan ayu, Mis Claire ada juga koleksi KURUNG PAHANG untuk korang gayakan masa Aidilfitri nanti. Baju kurung pahang yang berdasarkan potongan pesak, klasik dan sopan semestinya pilihan utama setiap tahun kan. Sebab selesa dan senang digayakan. Buat koleksi ini ada 4 warna yang boleh korang pilih ye. 


baju moden plus size



KURUNG MODEN RENDA ini nampak cantik sangat kan. Koleksi yang di inspirasikan dari watak Warda yang sangat minimal dan tampil ceria. Rufah yang dihasilkan memang nampak comel sangat digayakan. Banyak sangat warna pilihan dan sesuai digayakan dengan skirt Suraya atau pun seluar. Pendek cerita memang ringkas untuk digayakan.


baju kurung plus size



PEPLUM BERSILANG stail kurung moden yang berunsurkan ala rekaan klasik iaitu peplum. Gigit jari lah kalau beraya tahun ni tak pakai peplum kan. Itulah kelebihan mereka, baju bergaya ini semua saiz besar-besar bagi memenuhi kehendak pasaran. Tak membataskan gaya seseorang itu hanya dengan bentuk tubuh besar tau. Yang penting korang pandai memilih dan pilih lah baju raya tahun 2017 dari koleksi mereka. 


koleksi mis claire

Kalau koleksi yang kolin kongsi tadi semuanya warna polos, korang yang suka flora atau corak bunga-bunga janganlah risau. Koleksi Graland dari mereka pasti membuatkan hati korang tertambat. Ini kurung moden peplum, comel dan cukup labuh. 




Tengok lah sendiri, koleksi flora ni pun ada pelbagai warna dan corak yang boleh korang pilih. Saiz yang ditawarkan dari 2XL sehingga 6XL. Jadi sekarang kalau rasa nak belikan untuk sesiapa yang berbadan besar bukanlah susah nak cari pun. Koleksi mereka ini dah lah cantik, selesa dan rekaan semua yang terkini mengikut trend semasa. Kalau tak nak kurung moden atau peplum, nak yang selesa. Boleh lah cuba jubah ini. Selesa, cukup lebar untuk keselesaan pemakai.



KOLEKSI GRALAND di inspirasikan dari corak floral yang unik dan romantik. Rekaan dan potongan koleksi ini membuat pemakai nampak lebih langsing walaupun dengan corak bunga yang padat. Jangan terkejut kalau kolin cakap harga jubah ini cuma RM100 sahaja !!!! Cepat beli untuk mak korang okay, kalau sebelum ini susah cari saiz besar. Sekarang dah senang dah, tiada alasan nak hadiah baju raya kat mak dah tahun ini. 

KOLEKSI FLORAL pula menampilkan sisi anggun rekaan dari mereka. Rekaan bunga yang segar dan baru memang korang boleh tampil ekslusif di Aidilfitri. 



Kebarung Floral ini gabungan dua rekaan klasik, kebaya dan kurung yang menjadi pilihan ramai pada tahun ini. Set Kebarung moden rekaan bakal menyerlahkan lagi penampilan si pemakai. Comel kan !! Ada hitam dan putih tau. Pilih aje, harga berbaloi sangat. 



Kurung Moden Babydoll potongan 'babydoll' yang menjadi trend semasa digubah menjadi kurung moden. Sesiapa yang nak feeling comel aje beraya nanti boleh lah cuba koleksi raya terbaru dari mereka ini. Kalau rasa tak puas tengok kat laman web, korang boleh ke Showroom Mis Claire di:

35, 1st Floor, Jalan SS 23/15
Taman SEA Petaling Jaya
Selangor 
Selasa - Sabtu sahaja (11.00 pagi - 5.00 petang)
Waze 'MIS CLAIRE'
Tel: 03-7887 6008
(mohon call bagi temu janji dahulu)


Kurung Moden Peplum pun ada juga yang menjadi fenomena dalam fesyen muslimah pun ada. Ini semua untuk wanita plus size untuk tampil cantik dan menarik di Aidilfitri. Kolin rasa dah tiada alasan buat korang semua lagi dah nak cari baju raya bagi yang berbadan besar atau plus size ni. Nak beli pun senang sangat, kalau rasa nak tengok sendiri boleh lah ke showroom mereka tapi kalau nak lagi senang klik sini MIS CLAIRE dan korang boleh pilih sendiri. Saiz yang ditawarkan adalah dari 2xl sehingga ke 6xl. Warna dan rekaan pun banyak untuk korang pilih. Pilih dan masuk dalam cart, seterusnya bayar. Tunggu sahaja lah parcel baju raya korang sampai nanti. Happy kan !!!
Buat yang dah bergaya dengan koleksi dari mereka jangan lupa #hashtag mereka di #misclaireraya2017 dan #iwearmisclaire. Untuk yang nak tengok lebih banyak pilihan dan informasi terkini sila ke www.facebook.com/plussize.misclaire dan www.instagram.com/plussize_misclaire


Jadi mana kawan-kawan yang badan besar sikit jangan lah risau tak dapat bergaya ala artis tu. Dengan Mis Claire korang pun boleh tampil menarik dan elegan di Hari Raya nanti. Yang penting harga mereka mampu milik dan berpatutan sangat. Dan kualiti yang disediakan pun sudah pasti buat korang semua terpikat. Puasa dah 10 hari dah ni, cepat-cepat beli dan tunggu aje parcel korang. Takut nanti dah habis melepas pulak kan. Happy shopping korang !!!!


Love, 

Kolin Zainal 









2 comments:

  1. Wow menarik ni...boleh cuba!

    ReplyDelete
  2. So, kepada kakak-kakak, adik-adik yang chubby kat luar sana...walaupun kita berbadan besar...comel dengan isi terlebih ni...masih ada ruang untuk kita melawa, untuk tampil anggun macam orang lain...yang penting kena la usaha cari...

    ReplyDelete

loving me..loving you