Thursday, July 14, 2016

Makan ketam lembut di Kuala Gula, Perak

assalammualaikum dan salam sejahtera

Perjalanan balik dari kampung, kolin sempat singgah ke Penang lah sekejap. Daripada melayan kesesakkan luar biasa kat atas jalan raya tu. Baik kami selekoh masuk Penang. Saja nak Check In Hotel bawa anak-anak bercuti. Tahulah bebudak kan, dapat masuk hotel, padahal tidur dan tengok TV aje pun dah happy sangat dah. Family bonding katanye..

 
Tengok lah mereka berdua ini, selesa bebenar tidur kat hotel. Maklumlah kat rumah memang tak ade penghawa dingin. Sebab rumah kolin tak panas pun. Bila dapat hotel, katil dan bilik selesa memang pulun habis-habis la.  Ala hotel pun tengah bandar, cukup selesa. Maklumlah raya kan, semua hotel almost penuh, Hotel Malaysia ini cuma RM190 sahaja semalam. Murah sahaja, pemandangan pun lawa ye. 
Siap breakfast untuk dua orang, kanak-kanak kolin top up RM10 setiap seorang. Berbaloi juga lah. Bilik lawa, sebab baru renovate. Bilik air siap bath tub, so setakat nak relak kat Penang, boleh lah korang cuba Hotel Malaysia ini. Staff pun semua peramah sangat.


Pemandangan dari bilik kolin, aras 9 


Kemudahan air panas, kopi dan teh pun ada. Peti sejuk pun ada, nak iron baju pun ada. Kiranya Hotel Malaysia ok sangat dah kalau nak menginap di sini. 

Lebih kurang jam 12. 00 tengahari kami keluar dari Hotel dan niat memang nak tuju balik ke Jinjang. Kami guna jalan lama, sebab awal-awal dah tahu jalan besar semua jem. Laluan jalan lama Butterworth - Ipoh membawa kami ke Kuala Gula. Kami pernah tengok keindahan Kuala Gula di dalam Majalah Tiga sebelum ini. Terus trip balik rumah bertukar arah hahahahah

Inilah makanan tengahari kami Restoran Terapung JS Muara 
Dari jalan lama lebih kurang 30-45 minit masuk ke dalam. Kolin waze tempat ini, kalau tidak memang tak jumpa. Sepanjang perjalanan memang ladang kelapa sawit dan getah sahaja tau. Sunyi




Memang terapung atas laut, bergoyang-goyang lah bila berjalan wei..
Dengan aku sekali seram, nasib baik tak pakai kasut tinggi. 


Rupanya kat sini ada Chalet lah boleh kita menginap dan memancing di balkoni. Tanya orang tempatan lebih kurang RM170 semalam. Nanti boleh lah melepak kat sini, angin kuat. Nampak gak burung helang sekitar sini. Sini terkenal dengan Santuari Burung Opeh.


Ketam Lembut Goreng (3 ekor ini)
 

Maggie Ketam Lembut
 

Nasi goreng udang
 
 Nasi Goreng Sotong


Nasi set ikan bawal goreng

Masakan biasa sahaja, tapi yang sedapnya makanan laut mereka segar. Udang dan ketam memang elok sangat. Cuma nasi goreng tu, biasa-biasa aje lah kan. Tapi cadangan kolin, lain kali korang nak datang. Order lauk dan makan dengan nasi putih ya. Sure meletops..!!! 

Semua hidangan ini termasuk air yang kami order dalam RM66 sahaja. Bagi kolin ok jugak kut. Berpada lah dengan apa yang kita order kan. Kenapa segar, sebab ada yang mereka bela sendiri. 


Nampak tak...semua memang atas laut. 
Seronok sangat melepak kat sini wei...boleh tengok bot nelayan turun dan naik.



Pasti kolin akan datang kembali melepak kat sini.
Disebabkan nak cepat, tak sempat nak pergi merata tengok apa lagi yang ada di Kuala Gula. 
Mungkin lain kali boleh explore kan.

So dah lepas makan, kami lewat dekat 3 jam dari waktu patut sampai ke KL.
Sesak sangat, guna jalan dalam pun agak sesak juga. Tapi guna highway ada yang tak bergerak langsung.
Siapa yang tak pernah merasa jem apabila balik kampung, cari lah jodoh orang jauh ye hahahha

Terima kasih hubby ....!!! Merasa orang bandar balik kampung ya.
 Udah...jom balik Jinjang

 

4 comments:

  1. wow! ketam lembut tu cmne upenya? kulit ketam yg keras tu jadi lembut ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua kulit ketam tu lembut..boleh gigit terus kunyah aje. Sedap!

      Delete
    2. kalau tak silap ketam lembut tu masa ketam berubah/bertukar kulit..hahahaha :P

      Delete

loving me..loving you