Tuesday, April 14, 2015

Product Review: Bourjois - Rouge Edition Aqua Laque

Lip Balm, Lip Gloss, Lipstick semua mesti korang ada kan. 
Paling-paling mesti ada berbatang-batang dalam beg mekap kita.  
Bagi kolin bosan lah kalau satu warna aje, maklumlah working ladies.
 Terima kasih Bourjois Malaysia untuk hadiah kecil ini.
Kali ini jom kita review rangkaian terbaru dari Bourjois iaitu keluaran Rouge Edition Aqua Laque




Kolin try warna pink No. 08 iaitu Babe Idole. Bekas yang comel dengan warna shocking pink.

Rouge Edition Aqua Laque by Bourjois ini tidak berbau, teksturnya ringan dan sangat senang diratakan. Bibir kelihatan berkilat apabila disapu untuk kali pertama. Warnanya kekal walaupun selepas makan dan minum. Yang paling kolin suka bibir rasa natural macam tak pakai gloss. 

Nampak kan  elok aje sapuan gloss ini atas bibir kolin tu. Bibir pun tak kering dan berkeping macam selalu. Warna yang berkekalan faktor sangat penting bagi kolin yang bekerja sepanjang hari memerlukan mekap yang selalu nampak kolin fresh. Lagi pulak pink kan, memang warna kegemaran kolin lah. 
Feeling remaja purba!! pink is girls BFF heheheh
Untuk kawan-kawan yang nak try rangkaian Bourjois ini bolehlah dapatnya dengan harga RM45.45. Tapi ada berita baik buat semua pengemar Aqua Laque sebab pihak Bourjois ada menawarkan harga pengenalan iaitu RM42.80 di outlet Watson dan Bourjois Kiosk yang terletak di Sunway Pyramid Mall.

 Jangan lupa follow dan like page mereka ok. Kalau dah beli boleh selfie bersama Aqua Laque dan tag  #bourjaismy atau #bourjoisaqualaque di Instagram.




Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh alialisakreatif.blogspot.com untuk Bourjois

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you