Thursday, December 25, 2014

XES Christmas Glam Rock Party 2014

assalammualaikum

Kolin berterima kasih kepada nanie pemilik blog http://kitepunye.com/ yang membawa kolin ke majlis XES baru-baru ini. Kali ini pihak XES menganjurkan "Rock & Roll Christmas" di Quill City Mall Kuala Lumpur dengan mempamerkan koleksi Christmas glam rock festive decor.


XES adalah satu produk kasut yang sesuai dimiliki oleh seisi keluarga tak kira tua atau pun muda. Dibawah naungan Shellys Marketing Sdn. Bhd. dari tahun 2002 telah berjaya menjelajah di seluruh Malaysia. XES kini memiliki lebih 80 cawangan di semua pusat membeli belah seperti di AEON, Giants, Tesco dan AEON Big dan beberapa pusat membeli belah yang terkemuka. 


Jenama XES juga menawarkan kasut yang sesuai untuk lelaki, wanita dan juga kanak-kanak.  Di butik XES juga menawarkan beberapa jenama sepergi Scholl, Barbie, Ben 10, Cavando, Bum Equipment, Scorpion dan Neckermen untuk menambah pilihan kepada semua pelanggan. Ia sangat tepat untuk slogan XES pada tahun 2015 iaitu Valuable, Durable & Remarkable Style.



Majlis ini bermula jam 12 tengahari, kolin sangat excited terasa VVIP sebab ini adalah acara tertutup untuk yang dijemput sahaja. Best gilerrrrr



Cuba cari mana kolin heheh. Sempat kolin tinggalkan memori di papan Christmas Glam Rock Party by XES ini. Suasana agak meriah sangat dengan makanan yang dihidangkan semua sedap-sedap.

red velvet cupcake

antara buffet yang ada


Awal-awal lagi kolin dah tawaf butik XES ini, melihat-lihat koleksi terbaru oleh mereka. Apa yang menariknya mereka menawarkan koleksi kasut mengikut zodiak. Menarik dan semua rekaan yang selesa.



mata kolin memang dah terpandang kasut merah tu. Lagi pulak memang zodiak kolin virgo...meleleh air liur wei tengok kasut ni.


kasut lelaki pun banyak pilihan di butik ini. Kolin ingat nak ambil satu untuk hubby


kasut untuk anak kecil pun ada, kira one stop centre lah kalau nak mencari kasut buat sekeluarga kan. Bukan kasut sahaja yang ada tau, beg tangan wanita pun ada. Memang lawa dan cantik sangat...


Kolin dah pun pilih satu, yang warna putih tu..hehhehe
u will be mine white bag!!! 

Acara dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Ms. Sabrina Quigley Chin, PR Manager XES

opening speech by sabrina

acara sudah pun bermula

kami seterusnya di beri seorang sepasang sandal untuk dihias dengan hiasan yang telah disediakan. Memang seronok sangat acara ini. Kolin memang tak tau yang kita boleh hias sendiri sandal yang selalu kita pakai tu. Memang tampil lain dan menarik, good job XES.

 sebelum dihias

antara hiasan yang disediakan


contoh hiasan yang telah siap di atas sandal dan inilah hasil hiasan atas sandal kolin. cantik tak?

 setelah dihias

Semua media dan blogger diberi tawaran yang sangat menarik pada kali ini. Beli satu dan percuma dua, memang berpusu-pusu lah kami memilih kasut yang menjadi pilihan hati. Terima kasih XES yang bermurah hati kepada blogger-blogger seperti kami ini.

 antara blogger yang hadir

 semua berpusu-pusu memilih pilihan hati

semua kasut pilihan kami di balut rapi sebagai hadiah hari krimas

nampak tak berkotak-kotak kat tangan tu, time ini tengah tunggu kasut pilihan hati hehhe

selfie time!

kolin with ms. sabrina

nampak tak muka gembira kolin tu heheh

selfie bersama Ms. Emmy from Malay Mail


terima kasih banyak-banyak XES untuk semua buah tangan ini. Murah betul hati pihak XES kepada blogger-blogger. Jasa baik mu dikenang sampai bebila hehehhe. Jangan lupa melawat XES Shoes premium di Quill City Mall Kuala Lumpur. Sila layari laman web di bawah untuk maklumat lebih lanjut


jangan lupa like fb XES https://www.facebook.com/xesshoes

jangan lupa hashtag #xesshoes di instagram ok


#bloggerevent #alialisa #xesshoes #blogger



2 comments:

  1. hi, nice to meet you before :) Banyak nye shopping! Anis pun berkenan heels merah tu ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi anis..nice meeting u tooo
      unfortunately..heels merah tu no size ler..huhuh..

      kalau jumpa lagi tegur tau!!

      Delete

loving me..loving you