Monday, December 8, 2014

Malaysia vs Vietnam

assammualaikum

Perlawanan ini telah pun berlalu semalam dan Vietnam mengatasi Malaysia dengan 2 gol berbalas 1 gol.
Pada kolin lah kan, memang salah penyerang Malaysia yang kurang menyengat, Setiap kali bola sampai ke gawang pihak lawan mesti berjaya dipatahkan. Tetapi apabila melihat penyerang pasukan lawan memang senang dan terus mara untuk jaringkan gol Sedihnya semalam di depan ribuan para penonton harimau malaya yang berhabis, berhempas pulas, bersesak, berhujan tapi kita tak berjaya menguasai perlawanan ini. Kolin rasa kita perlukan lebih ramai penyerang. Sebab apabila kita keep on serang dan menyerang. Tak lah teruk penjaga gol asyik nak selamatkan gol, tak lah teruk pertahanan kita. Ini penyerang lemah gemalai sedih kolin tengok. Anyway it was a good game, cuma tergores luka sedikit apabila ada yang membuat aksi ganas. 
Come on lah penyokong Malaysia, tingkatkan semangat kesukanan bukan keganasan. Semoga kita bangkit melawan Vietnam di Hanoi nanti.


kami bersiap ke stadium!!!
seawal 5.00 petang kami dah sampai sebab takut parking susah nanti

kolin berangan selfie kejap hahahha
go Malaysia!!






haaa mesti nyampah kan kolin posing anak beranak heheh. Alah sesekali kami turun berkampung untuk game yang sebesar ini. Memang sangat teruja dengan gelagat semua penyokong yang hadir. Kolin sengaja ambil di bahagian tingkat atas kerana faktor keselamatan. Maklumlah bawak anak-anak kecil kan. Cuti sekolah memang nampak banyak ibubapa bawa anak untuk menyaksikan perlawanan ini. Nasihat kolin, bawalah anak-anak yang 5 atau 6 tahun ke atas. Yang ke bawah tu baik duduk kat rumah tengok TV dalam keadaan selesa dan teratur. Sebab kat stadium ini sangat tak best fasiliti dia. Tandas wanita pun jauh dan gelap..adess..ngeri akak


saksikan lah sendiri dah macam semut
memang stadium gamat dengan kehadiran semua penyokong bola sepak Malaysia



stadium penuh peminat
tapi kami pulang hampa dengan kekalahan

semoga harimau malaya mengaum di bumi hanoi

chaiyookkk

#harimaumalaya
#pialaAFFsuzuki2014
#semifinal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you