Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Pengorbanan Opah Hasnah

Assalammualaikum

Kolin terbaca cerita pengorbanan opah Hasnah ini atau nama sebenar beliau Hasnah Binti Mohd Rais, Sukarela Kebajikan ini dah pun berusia 74 tahun. Beliau sanggup membela serai 18 orang kanak-kanak yang berumur dari enam ke 17 tahun semenjak 2005 selepas kematian anak lelakinya. 10 orang kanak-kanak yang dipelihara adalah cucu opah hasnah sendiri. Manakala selebihnya kanak-kanak ini diserahkan kepada opah hasnah ada yang masa merah dan yang paling membuatkan kolin tersedu, anak kecil berumur setahun setengah yang ditinggalkan begitu sahaja di depan pagar rumah opah hasnah.

kata opah hasnah "biar ditawarkan sejuta ringgit sekalipun opah tidak mungkin melepaskan anak yang dibela ini kepada orah lain". Perasaan tak tahu nak cakap apa kalu kolin di tempat opah hasnah.

anak adalah anugerah

opah hasnah menyifatkan anak-anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT. Opah menjaganya dengan penuh kasih sayang tanpa ada beza walaupun lapan daripada mereka bukan darah dagingnya. Malah setiap wang yang disedekahkan kepada anak-anak ini disimpan udalam akaun masing-masing untuk keperluan masa depan mereka. Bagi menjamin kehidupan mereka, opah sanggup turun naik pejabat pendaftaran bagi memastikan anak-anak ini mempunyai dokuman yang sah. Sakit pening opah hasnah memang mengambil berat membawa anak-anak terus ke klinik atau hospital. 

Adoiyai..sedih nya hati dan besarnya jasa mu opah hasnah terhadap anak-anak ini. Semoga Allah Taala saja lah yang dapat membalas jasa mu ini. Bagi yang ingin membantu opah boleh lah menghubungi opah di alamat di bawah

Opah Hasnah 017-2850576 atau 03-33432397
Alamat rumahnya di Nombor 20, Atas Jalan Dato Sidin,  
Taman Ros, Kampung Bukit Kuda Klang 




Well..kisah ini dibawakan oleh Project Listen Prudential. Projek ini adalah saluran supaya orang ramai boleh berkongsi kisah dan pengalaman mereka. Sekiranya ada yang ingin berkongsi cerita atau membaca kisah orang lain boleh layari www.prudential.com.my mana lah tau ada kisah yang boleh kita ambil sebagai iktibar.

Setiap kali anda berkongsi kisah atau video daripada Project Listen, Prudential akan mendermakan RM1 kepada PRUKasih  iaitu projek tanggunjawab Sosial Korporat Prudential yang memberikan perlindungan kewangan kepada golongan miskin di bandar.

Bersama kita boleh melakukannya!!

p/s: kredit pada akhbar Berita Harian bertarikh 13 September 2012...

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you