Monday, September 24, 2012

Medan ~ Part 5

Assalammualaikum

Well hari ni hari ahad, so kami bangun dalam pukul 7 pagi..tapi di medan masih jam 6 pagi sebab mereka lewat sejam dari Malaysia. Siap aje..sarapan pun sampai, di Hotel Kesawan sarapan boleh di hantar terus ke bilik lagi mudah kan. So kami pun order lah nasi goreng satu dan mihun goren satu. Semua nya ada 4 pinggan, siap teh O sekali. Tapi yang amat pedas ok. Sedap memang lah sedap tapi pedas mengiler. Siap hubby kuar ke restoran Garuda beli murtabak mesir yang sedap takut perut kami tak bole terima makanan yang terlalu pedas tu pagi-pagi. 

murtabak mesir di Restoran Garuda

Siap bersarapan, kami dah ready nak ke Istana Maimon yang famous di Kota Medan. Kami ke sana menaiki 'bechak' di sini memang banyak sangat warga Medan mencari makan dengan menaiki kenderaan ini. Kenderaan ini sama dengan beca di Malaysia cuma mereka di sana mengunakan motor. Pada mulanya kami ingin menyewa 2 bechak ke sana. Rupanya kami silap dengan menaiki satu bechak sahaja kami berlima (3 dewasa 2 kanak-kanak) boleh kemana sahaja dengan menaiki bechak ini. Waa anjatt boboi...!!!

bechak ini lah yang kami naik tu...

3 generasi...bersempit sempitan...

Cara menaiki bechak ini ..kami berempat di dalam tempat yang disediakan tu....dan hubby duduk dibelakang dia. Believe me! Scary ok..selamba kodok aje tukang bawak bechak ni ..dengan melawan arusnya...adoi..memang kalu kat Malaysia ada pengangkutan begini memang sangat membantu kut...mengelakkan jem. Tambang kami dari Hotel Kesawan ke Istana Maimun ini sepatutnya RP10,000 sahaja. Tapi disebabkan muatan yang terlebih dia minta RP15,000 ..so kami setuju. Kalu tidak RP20,000 sebab kami plan nak mengunakan 2 bechak kan...

jalan masuk Istana Maimun

tangga menaiki Istana

kawasan hadapan istana

singgahsana yang masih dikekalkan


Yuran yang dikenakan bagi setiap pengunjung ialah RP5,000. Kami difahamkan yuran ini dikenakan untuk maintenance kawasan istana. Kesultanan Medan ini telah dimansuhkan sebaik sahaja medan memasuki Republik Indonesia. So bila kami interview penjaga nya adalah cucu cicit kesultanan yang masih tersisa ini, seramai 25 keluarga yang masih menghuni kawasan istana ini. So maknanya mereka tinggal di bilik-bilik yang disediakan didalam istana lama ini. Lagipun di sana penginapan adalah sangat sukar kerana penduduk mereka yang ramai. 

di balkoni istana

kami melepak adalah dekat setengah jam kat istana tu..saja pusing-pusing tengok peninggalan. Dan kebetulan pada masa kedatangan kami ada sekumpulan mat saleh tengah cuba baju pakaian diraja. Waah ketawa besar mereka, siap lepas pakai duduk di kerusi untuk tangkap gambar. Tak pasti berapa sewaan yang dikenakan. Perasan juga ada anak-anak gadis pakai pakaian tu dah siap bergambar di taman. Mama ada suruh kolin try..but i dont want hahah sebab masa tu cuaca agak panas ler. 

Selesai tour di sekitar kawasan istana, kami ternampak souvenior shop di sekitar compaund. Memang di sini lebih murah berbanding di tempat lain. Kalau nak beli tshirt, keychain dan lain-lain, baik tunggu ke sini. Lebih bagus untuk berjual beli dan minta murah. Berbanding di pajak ikan sebelum ini tshirt yang kami beli agak mahal. Tu lah tak beli banyak masa tu. Tapi di sini kami membeli siap-siap apa yang bole diberi kepada kawan-kawan buat ole-ole. 

Selepas dah beli-belah tu..sekali bechak yang sama menghantar kami siap tunggu rupanya. Patutlah dia tanya selepas ini ke mana...kami kata ke sun plaza. Sekali masa nak naik bechak tu...kami kene bayar RP2000 untuk parking bechak. Aaiikkk...macam pelik tapi itulah mereka di sini apa saja mampu dibuat asalkan mendatangkan duit. Sedangkan kami tak suruh dia tunggu pun kerana kami boleh menahan bechak yang lain. Tapi takpelah dah terlanjur kami terus ke Sun Plaza. 

entrance sun plaza

di dalam sun plaza

Semasa kami sampai ke sun plaza..baru lah perasan tempat ini macam shopping complex yang bertimbun kat KL. Kami saja pusing-pusing dan terus hilang minat. Tapi masa tu teringat nak tukar duit, tapi disebabkan kami sampai terlalu awal money changer pun tak bukak lagi daa...So terus keluar teringat nak beli kek lapis medan yang terkenal tu. So misi menahan bechak laa yee

 sekitar di Sun Plaza

gereja besar-besar di medan ni

disebabkan hari ni ahad ..banyak kedai ditutup

bechak!!

So kami pun dapat tahan bechak dengan harga RP10,000 ke Kedai Kek Lapis Zulaikha. Sesampai di sana memang ramai lah orang ooiii. Semua duk nak borong kek ler...kami pun sama lah memborong so hasilnya membeli 2 kek besar dan sampai nak kami bahagikan. Sebab satu kek dah 3kg so takut beg kami berlebihan KG di airport nanti. Lagipun banyak-banyak sapa lak nak makan kan..benda manis-manis janji ada. Hubby lak sibuk borong dodol memang dia dan anak-anak aku suka makan dodol. Murah dong!


Selesai beli belah kami pun terasa nak balik hotel. Sebab anak-anak pun dah mengeluh kepanasan. Hadoiyai..nasib baik kami dah plan nak lepak kota medan saja. Kalau kami ke brastagi dan lake toba, tak tahu lah karenah anak-anak macam mana. Penat rasanya...

muka budak-budak konpius naik bechak hahahhaha

So berakhir sudah perjalanan separuh hari kami di kota medan..sambung part 6 ye..banyak sangat nak dikongsikan buat bekalan kawan-kawan lain yang akan berkunjung ke sana kelak...adios

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you