Thursday, September 13, 2012

Adat Merisik

Assalammualaikum

Well hari sabtu 8 September malam tu...sampai lah rombongan adik perempuan kolin yang terakhir yang belum menikah lagi. So bersiap lah rumah kami seadanya, masak lah lauk pauk, potong lah buah, air buat lah panas dan sejuk. Semua tu bagi meraikan tetamu yang memang kami senangi..Tak sabar ok!

So lebih kurang jam 8.30 malam rombongan pun tak sampai. Adat merisik ni datang lah ibu dan ayah sahaja kan...ada lah anak-anak buah dia sekali. Bagus..kita bagi pendedahan kat budak-budak muda ni apa dia adat merisik.

Of cos...sebelum apa bicara..kami menjamu tetamu dulu. Tetamu ni rezeki, tetamu ni lah penyeri rumah kami. Kami jamu lah makan semampu kami dan berborak lah. Kami senang sekali apabila ayah nya sangat peramah dan suka bercerita, meriah rasa rumah kami pada malam tu. 

Anyway, kedatangan mereka merisik ni siap bawak lah sebakul buah tangan. Ada buah-buahan, biskut raya dan juga air. Macam biasa anak-anak aku dah siap menunggu tak sabar-sabar nak langsaikan ole-ole itu..tak menyempat!


bakul ole-ole

ini lah budak 2 orang tuu

selesai saja makan, kami pun berborak lah seperti biasa. Kami ni sebelah perempuan, jadinya menunggu kata-kata dari pihak lelaki lah kan. Memandangkan arwah abah kami sudah tiada, mama lah yang menyelesaikan semuanya. Dan ibu nya memula bicara datang nak pangkah adik si kolin iaitu Sharifah Azuin Shah Binti Syed Zainal...setuju atau tidak setuju? Mama pun kata SETUJU...yelah dema memang bercinta pun. Ni namanya adat merisik..so kene lah ikut adat. Kita kan melayu kaya ngan adat budaya..budi bahasa budaya kita!!!!

Anyway...selepas setuju maka berlaku lah sesi berbincang. Hantaran, mas kahwin, bla bla bla. Dan aku tentunya tanya tarikh tunang bile hahahah. Sebab aku nak sibuk majlis orang...ye lah pak dah takde..adik beradik yang tinggal ni lah kene bantu membantu sama lain kan. Anyway tarikh yang tak confirm memang dah ada 21 Januari 2013. Waaaa tak lama lagi lah kan...kami dah boleh buat persediaan seperti hantaran dan goody beg tuk tetamu. Alah target makan tak lebih 100 orang, nak buat makan pun simple-simple sekadar berjamuan. Tapi niat di hati nak buat tahlil sikit tengahari tu..tengok lah macam mana. Sebab kami ingat nak buat tunang jam 5.00 petang. Tak lah panas dan kelam kabut sangat kan...

So tahniah achik awen, semoga jodoh di diberkati Allah SWT. Jangan bercakaran selalu, cari jalan penyelesaian secara matang, selalu bertenang jangan panik, doa lah selalu moga semua dipermudahkan. 

ini lah seadanya...~

makan makan

Bila dah selesai semua ni..Alhamdulillah..aku sebagai kakak cuma nak adik-adik aku bahagia dan sentiasa berada dalam keadaan terbaik. 

tahniah aween


p/s: tak sabar nak kenduri kendara weeee

2 comments:

loving me..loving you