Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Percutian singkat bersama keluarga di AnCasa Residense Port Dickson

assalammualaikum dan salam sejahtera

Selesai berbuka di sini, kolin terus menginap kat sini.
Tak semesti bulan puasa kita tak boleh pergi holiday kan.
Sementara tu, nak refresh apa menu mereka bila berbuka boleh link bawah ini


Kolin dapat menginap di apartment dua bilik, Blok A di tingkat 8. Parking banyak juga, jangan risaulah bab parking. Bilik pun senang nak cari. Sebab semua tunjuk arah mereka jelas.

Inilah penginapan kami untuk malam ini. 

Bahagian ruang makan. Besar sungguh apartment dua bilik ini. 
Cukup selesa untuk keluarga kecil kolin. 


Tengok lah Alisa happy giler merasmikan ruang tamu. 
Dekorasi pun lawa sangat, warna putih dan merah tu. 






Luas kann....lapang sangat kan..
Balkoni apartment ini mengadap jalan dan boleh nampak laut juga. 
Seronok melepak kat sini. Sesekali puasa berholiday kan. Tukar angin.
Kalau kat rumah tak boleh nak berehat ada saja kerja nak buat. 

Ini pula ruang dapur, walaupun tak masak saja kolin nak kongsi. 



Siap ada pencuci pinggan mangkuk. Sesiapa datang sini tak perlu lah angkut. 
Bawa bekal dah boleh siap basuh kat sini.

Bilik air pula ada dua. Satu kat luar, satu dalam bilik. 



Bilik tidur pun ok sangat, dedua berhawa dingin.
Ada 4 katil super single dan siap lengkap dibekalkan tuala. 
Bersih dan wangi aje apartment kat Ancasa Residences Port Dickson.





Romantik aje lampu nya hahahhaa
Selesa dan sejuk, so malam ini kita boleh tidur dengan nyenyak dan cuba tengok apa ada untuk sahur. 
Lawa kan penginapan kolin malam ni, datang sini ok.


Best giler, bila pergi bercuti tak perlu fikir nak hidang sahur apa. Kalau nak tahu di sini 
dihidangkan secara buffet. Nak makan cereal ada nasi berlauk pun ada.









 Banyak kan pilihan makanan untuk bersahur. Kalau dah berbuka pun pelbagai pilihan. Apa lagi untuk bersahur. AnCasa Residences bertaraf 4 bintang ini ada kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Jalan nak ke pantai pun dekat sahaja. Malah sebelah-sebelah dengan Telok Kemang. 

Untuk menginap sepanjang bulan puasa ini ada promosi. Korang boleh call 
06-662 7288 untuk penempahan tau. Tak silap kolin RM198 nett untuk apartment satu bilik siap berbuka dan sahur sekali. Haaaa....boleh lah cuba kan. 

Terima kasih AnCasa Residences kerana sudi menjemput kolin ke sini.
Selepas raya sure nak datang balik sebab nak try swimming pool di sini yang sangat cantik tu. 
Sementara itu layari www.ancasahotels.com untuk semua rangkaian penginapan yang ada. 
Pastinya ada satu yang korang suka kan. Selamat bercuti korang !!!


Love,

Kolin Zainal

Bukan senang nak jadi senang

assalammualaikum dan salam sejahtera

Ronda-ronda media sosial dan jumpa gambar ni.
Ini lah kolin rasa setiap kali orang cakap. Sebenarnya orang tak tahu betapa gigih, berani dan 
gila nak menyempurnakan hidup sendiri dan keluarga. 

Yang tahu..kolin selalu terima ayat macam ni.....

"wah berjalan aje ko ye"
"makan sedap sahaja ko"
"relak nampak"
"tak de keja lah tu"

Siapa yang create quote kat bawah ini, kolin nak ucap terima kasih banyak-banyak.
Well said and so true. 
Orang tak pernah tahu kita bertungkus lumus mengejar apa yang di impikan.
Orang tak tau apa halangan kolin tempuh untuk sampai tahap ini. 

Nak buat luahan perasaan sikit heheheh
Begini ceritanya tau...Bukan senang nak senang tau.

Kolin bukan anak orang senang, abah meninggal umur 15 tahun.
Belajar kat UiTM tak ada mohon PTPTN pun. 
Mama bagi RM100 sebulan, duit itu lah kolin cukupkan pakai. Dengan nak beli macam-macam.
Tahan aje tengok kawan-kawan mewah makan kat Cafe,
Kolin makan dekat dining hall aje, apa yang ada. Sedap atau kotor atau busuk 
semua kolin tanggung. Hadap !!!

Belajar tingkatan 3 dan buat part time banquet di Hotel Hilton PJ. Sampai 2.00-3.00 pagi buat kerja.
Balik rumah, tido, esok sambung ke sekolah balik.
Tak ada siapa tau betapa kerja kerasnya kolin nak duduk di tempat kolin sekarang.
Setiap kali cuti semester, pergi kerja kat Petaling Street. Tempat gangster kolin masuk minta kerja.
Nak buat macam mana, yuran UiTM nak kena bayar setiap semester kan. 

Buku...tak ada langsung !
Semua kolin pinjam kawan atau pun photostat sahaja.
Nak hidup dengan RM100 korang ingat senang.
Nak beli shampoo pun beli yang 30 sen tu aje tau.. punya nak jimat
Nak dijadikan cerita, orang last semester mak dan ayah datang ambil.
Penuh barang-barang dalam bonet kereta.

Kolin bawak semua naik bas. Mana tak boleh bawak tinggal laaa..
Sedekah...

Gagal satu paper semester ketiga, carry semua paper semester ke empat.
Tekad nak habiskan sebab tak mau extend semester.
 Mama kolin sorang, anak 7 orang nak di bela...
tekad....nak grad on time tau. 

Umur 21 dah mula kerja..dah beli kereta pertama kancil
Umur 25 beli rumah, tak nak duduk menyewa. Sebab kolin duduk setinggan, bukan tanah dan rumah sendiri. Tak nak menyewa dah, memang nak rumah sendiri. Arwah abah tak belikan rumah untuk kami, sebab dia pergi awal kan. So pepandai lah kami cari tempat berlindung selepas rumah terbakar pada 2002. Duduk dewan orang ramai berbulan, sampailah duduk rumah transit kat kota damansara.

Alhamdulilah sekarang mama ada rumah sendiri, kolin pun ada rumah sendiri.

Itu grad DiPloma dan kelam kabut cari keja.
Tengok kawan-kawan lanjut buat Degree, hati memang teringin.
Tapi tak ape lah kolin nak tolong mama dan keluarga.
Korbankan..hatta siapa yang tak nak belajar lebih tinggi kan.
 Kolin bukan orang senang macam orang lain, mak pak support. 
Sedar diri orang susah, peluang dah dapat buat DiPloma pun dah untung.

Semua ini memang kolin rancang. Semua diperkenankan..syukur

Alhamdulilah ada rumah, walaupun tak besar mana.
Alhamdulillah syukur sangat ada kereta walau tak semewah mana. 

So buat korang yang tengok life kolin macam seronok dan senang ini. Bukan senang nak jadi senang !

Entri ini bukan nak minta simpati korang. 
Inilah kehidupan kolin yang sebenarnya.
Anak yatim yang kerja kuat nak mengubah nasib keluarga. 
Anak yatim yang satu ketika dahulu dicemuh di keji.

Bukan macam sekarang, anak-anak yatim dibela di perjuangkan nasibnya.
Percaya tak, mama kolin anak 7 orang...tiada bantuan pun
Berbekal gaji kerani mama kolin, kami adik beradik membesar.
Gaji kerani itu lah kami semua jadi orang. 

So baca laaa ayat-ayat dalam gambar bawah ini.


Orang tak nampak...orang tak nampak

Hakikat itu lah realiti kehidupan. 
Syukur sangat apa yang ada sekarang ini. 

Kepada orang-orang yang selalu cakap kat orang lain macam ini. Berubah laa...

Korang tak tau life dia, tak tahu kesusahan dia. Sedih tau...

Love, 

Kolin Zainal

Ternyata Maria Miracle berkesan untuk kolin yeay !!!

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kalau ingat lagi kolin pernah post pasal event lantikan duta bagi produk ini kan. 

Masa dapat produk ini kolin memang nekad nak cuba.
Siapa yang kenal kolin, sememangnya kolin ada masalah jerawat yang non stop tumbuh tau. 
Setiap kali pakai skin care elok-elok dah muka, sekali datang lagi jerawat. 
Dan pastinya meninggal kesan. Tapi teringin juga nak kulit muka bersih kan.


So kolin try Maria Miracle kotak pertama yang ada 15 sachet kat dalam tu. 
Setiap kali sebelum tidur malam, kolin pastikan kolin kemam serbuk sedap strawberry tu dalam mulut. 
Dah consume memang kolin pastikan kolin minum air masak banyak-banyak.
Sebab memang dia galakkan minum air yang banyak kan. 

Hasilnya sangat memberangsangkan setelah kolin makan kotak kedua. 
Kulit makin lembab, elok, parut-parut lama makin pudar. Yang paling penting setiap kali datang haid, 
jerawat dah tak naik dah !!!!!

 Haaa ..nampak tak berkesan sangat tu, parut kat tepi dah kurang. 
Yang mana pori terbuka tu dah mula mengecil dan makin lembab aje kulit muka bila bangun pagi.
Dan kalau nak tahu, kolin baru sahaja order kotak ketiga. 

Tak sabar nak dapatkan kulit muka yang lebih bersih dan tak kusam lagi.
Paling best sekarang tak perlu nak mekap tebal-tebal nak tutup parut kolin. 
Bersyukur sangat dipertemukan dengan produk yang sesuai dengan masalah kulit yang ada ni.

Nanti kalau masa raya boleh la kolin tampil flawless ...Insya Allah


Inilah Maria Miracle yang kolin makan tu
Mana yang nak cuba boleh juga order dengan kolin tau.
Nanti mana yang ada nombor tu call or whatsapp ye
Jangan risau, rasa dia strawberry dan sedap sangat. 
 

Dah tepek mekap pun senang aje. Calit dan calit dah siap!!!
Lepas ini kolin pakai blusher, lip gloss dan eyeliner dah rupa Uqasha Senrose tau hahahahah

So jangan nak kehji dan kecam kolin lah sangat..
baik uolss pergi tengok kulit muka ok tak..
kalau tak ok, jom lah order 

Order kat kolin pun boleh...


Beli dan cuba !!!! Tak salah nak cantik kan...
Thank you Maria Miracle 

Love, 
Kolin Zainal

Jom Buka Puasa di Pretz n' Beanz Cafe di Bangsar

asssalammualaikum dan salam sejahtera

Kepada yang suka nak cuba makan di tempat baru, boleh lah cuba makan di Pretz n' Beanz Cafe yang terletak di Jalan Telawi 2, Bangsar. Ada pelbagai makanan timur dan barat untuk korang cuba. Yang penting selesa dan bersih. Percaya lah cakap kolin, memang bersih. Siap dekorasi yang sangat fresh tau. 


Kunjungan kolin dan keluarga kali ini untuk mencuba menu dan berbuka puasa di sini. Ada pakej Jom Buka Puasa RM38 tau. Order apa sahaja dari menu ala carte mereka, yang penting makanan tu kenalah habis. Kalau membazir mereka akan caj RM5 setiap 100 gram. Bagi kolin sangat adil !! So jangan berbuka puasa tamak-tamak sampai tak habis makanan yang kita order tu. Contoh nak makan spaghetti dulu, dah habis dan masih belum kenyang, boleh lah order pizza atau pretzel mereka. Pastikan habis ok. 

Dengan RM38 sahaja anda boleh order apa sahaja dari menu ala carte, manakala air bandung, honey lime atau teh lemon ais diberikan secara percuma dan boleh ditambah lagi kalau mahu. Dapat kek percuma sebagai pencuci mulut tau. Murah dan berbaloi kan...kalau sesak dalam kenderaan tu. Dah hampir berbuka boleh lah singgah di Jalan Telawi Dua, Pretz n' Beanz Cafe




Inilah wajah-wajah yang dah tak sabar nak cuba juadah di sini. Jom kita tengok apa yang ada untuk juadah berbuka puasa di sini. Ingat hanya RM38 sahaja tau !!! Tak boleh la share, kalau datang dua orang maknanya RM38 x 2 orang tau. Tapi bagi kolin still murah dan berbaloi. 

Chocolate Cookie Crunch with Chocolate Dip Sauce

Seaweed Pretzel

Aglio Olio Mushroom Spaghetti



 Aglio Olio Prawn Spaghetti

 Tower Chicken Burger

 Pepperoni Beef Pizza

 Fish & Chips
 Aglio Olio Salmon Spaghetti

 Nasi Briyani Daging

 Garlic Bread With Mushroom Soup

Assam Pedas Fish

Selain air yang Free Flow tu korang boleh juga try juice dan ice blended kat sini.
Banyak sangat dalam menu, tapi sempat kolin try yang ini sahaja. 
 Apple Juice
 Watermelon Juice
Cookies n Creme with Topping Cream

Nampak tak semua selection yang kami order. 
Sedap kan. Yang penting anak-anak kecil pun suka makan di sini. 
Keadaan sangat selesa sesuai untuk seisi keluarga tau. 
Terima kasih Pretz n' Bean Cafe sebab menjemput kami berbuka puasa di sini.


Lihat lah hubby dan anak-anak enjoy gila berbuka kat sini tau.



Jangan lupa datang dan cuba berbuka di sini tau !!
Murah sahaja RM38 untuk seorang. Order sahaja apa yang nak makan. 
Cuma ingat...JANGAN MEMBAZIR tau..

Love,

Kolin Zainal