Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Pengorbanan Opah Hasnah

Assalammualaikum

Kolin terbaca cerita pengorbanan opah Hasnah ini atau nama sebenar beliau Hasnah Binti Mohd Rais, Sukarela Kebajikan ini dah pun berusia 74 tahun. Beliau sanggup membela serai 18 orang kanak-kanak yang berumur dari enam ke 17 tahun semenjak 2005 selepas kematian anak lelakinya. 10 orang kanak-kanak yang dipelihara adalah cucu opah hasnah sendiri. Manakala selebihnya kanak-kanak ini diserahkan kepada opah hasnah ada yang masa merah dan yang paling membuatkan kolin tersedu, anak kecil berumur setahun setengah yang ditinggalkan begitu sahaja di depan pagar rumah opah hasnah.

kata opah hasnah "biar ditawarkan sejuta ringgit sekalipun opah tidak mungkin melepaskan anak yang dibela ini kepada orah lain". Perasaan tak tahu nak cakap apa kalu kolin di tempat opah hasnah.

anak adalah anugerah

opah hasnah menyifatkan anak-anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT. Opah menjaganya dengan penuh kasih sayang tanpa ada beza walaupun lapan daripada mereka bukan darah dagingnya. Malah setiap wang yang disedekahkan kepada anak-anak ini disimpan udalam akaun masing-masing untuk keperluan masa depan mereka. Bagi menjamin kehidupan mereka, opah sanggup turun naik pejabat pendaftaran bagi memastikan anak-anak ini mempunyai dokuman yang sah. Sakit pening opah hasnah memang mengambil berat membawa anak-anak terus ke klinik atau hospital. 

Adoiyai..sedih nya hati dan besarnya jasa mu opah hasnah terhadap anak-anak ini. Semoga Allah Taala saja lah yang dapat membalas jasa mu ini. Bagi yang ingin membantu opah boleh lah menghubungi opah di alamat di bawah

Opah Hasnah 017-2850576 atau 03-33432397
Alamat rumahnya di Nombor 20, Atas Jalan Dato Sidin,  
Taman Ros, Kampung Bukit Kuda Klang 




Well..kisah ini dibawakan oleh Project Listen Prudential. Projek ini adalah saluran supaya orang ramai boleh berkongsi kisah dan pengalaman mereka. Sekiranya ada yang ingin berkongsi cerita atau membaca kisah orang lain boleh layari www.prudential.com.my mana lah tau ada kisah yang boleh kita ambil sebagai iktibar.

Setiap kali anda berkongsi kisah atau video daripada Project Listen, Prudential akan mendermakan RM1 kepada PRUKasih  iaitu projek tanggunjawab Sosial Korporat Prudential yang memberikan perlindungan kewangan kepada golongan miskin di bandar.

Bersama kita boleh melakukannya!!

p/s: kredit pada akhbar Berita Harian bertarikh 13 September 2012...

Melepakzz...~

Assalammualaikum

Kawan pergi dan kawan baru kita kenali.....

yup..kawan-kawan. Pada hari cuti umum isnin yang lepas kolin sempat lah melepak dengan kawan-kawan masa kolin bekerja sama-sama di The Weld dulu. Siapa lagi kalau bukan makcik janice dan pakcik izzat. Dulu masa kami mula-mula kenal, masing-masing baru aje kahwin takde anak lagi..and then sekarang kami masing-masing dah punye anak tau. Except pakcik izzat yang masih ingat dia bujang hahahha..still young katanyee.

anyway setelah mencapai kata sepakat semua orang nak melepak kat rumah janice aje di BK 9 Puchong. Tempat asal melepak rumah pakcik izzat di TTDi tapi dia kata dia malas nak mengemas sebab dia takde maid. Buat pengetahuan korang, kawan-kawan aku yang ini memang anak manja dan pemalas hahahah..kalu dema baca ni mampus aku...

so meh kolin perkenalkan dulu kawan kolin...

 may kay, kolin, eira dan janice
so yang kolin jumpa..ujung sekali si janice..

gambar pakcik izzat boleh takde laks..takpe lain kali kita hupdate hahahha....masa kami berkumpul hari tu pun tak ingat nak bergambar bagai. Yelah masing-masing bukan kaki posing...sibuk bercerita dan mengata hal satu sama lain aje kerjanya hahah...

masa melepak tu kan..terkenang laa balik zaman kami bekerja..kolin ni dema panggil cacing JLo..hahah kome jangan dengki!! dulu masa kerja memang ler aku jahilliah sangat..pakai nak seksi memanjang ..tapi kome doakan lah kolin berubah yer. Sekarang ni pun dalam proses mencuba untuk berubah..mana tau Allah SWT buka kan pintu hidayah kan...

bile dah melepak ..makan la kuih raya aku yang ada saki baki aku bawak. Minum air coca cola dan 100plus kegemaran aku tue...gelak ketawa dan bersuka ria lah kami macam dahulu kala. Except..kami kene tengok jugak karenah anak-anak aku dan janice..ko tau lah ...dema bercakap macam ayam jumpa itik..hahah tapi takpe..kita kan 1 MALAYSIA..so as a parent it is no boundary for them to be friend like us..!!!

bila dah petang..kita pun pool party!! tapi bukan tuk kami lah..tuk anak-anak aje heheh
melampau lah kan kalu si izzat nak masuk pool join anak-anak kan...memang jakun koo hahhaha

ini lah anak-anak..
ali imran dan alisa maisara
xi xin dan xi shan







seronok lah kami hari tu...tengok saja lah budak-budak ni. Kami pun seronok dapat berkongsi cerita maklumlah kami berkawan since 2006 kalu kolin tak silap...

So janice..thk you for hosting..dan izzat thk u for joining!!!

xoxo~~






Medan ~ Part 3

Assalammualaikum

Masa sampai kat hotel tu..memang lah keadan dia macam rumah kedai ..yang ada lif 5 tingkat dan sunyi sikit. Tapi pembantu di kaunter pendaftaran hotel kesawan tu sangat peramah. Kolin terus mentioned nama Azlin booking melalui e-mail. Terus ada bilik untuk kami, sangat membantu. Lepas tu siap minta bilik sebelah menyebelah lagi..pun ada. Happy...

Kolin amik bilik standard room 2 bilik aje...sebab ingatkan nak suruh ali imran sleep dengan nenek. Tapi dia memang tak mau. So penyudah nyer nenek tido sorang-sorang dan kami anak beranak berhimpit. Memang tak selesa lah kalu dah berhimpit hahahha..dulu kecik-kecik ok le..tapi mak redha.... Bilik standard room di kesawan pulak memang takde tingkap, kecik, tv kat atas dan bilik air pun sempit. Tapi memandangkan hotel ni sangat convience dan berdekatan dengan pasar ikan dan tempat menarik lain. Semua tu jadi perkara kedua hehehhe

toilet yang hado

reception hotel kesawan

bila dah sampai kami ni memang lah kelaparan. Kebetulan waktu tengahari jugak lah kan. Dan para petugas hotel mencadangkan kami ke restoran garuda yang menjanjikan hidangan halal ala nasi padang. Kata mereka berdekatan sangat dengan hotel kami, dan memang betul..pajak ikan hanya di belakang deretan hotel ini dan restoran garuda pun dekat..untung!!

garuda!

lauk pauk yang ada..dekat 10 jenis dema hidangkan

my MAMA

lisa mamammm

aku yg selesai makannn ..sedap ayam goreng dia

siap air buah dan jelly semua ni kos dalam 200,000 rupiah la gak. Consider murah..selesai makan kami terus ke pajak ikan. Sebab kolin dan mama sengaja tak bawak telekung ke sini, so misi mencari telekung ler..nak solat kan. So kami pun pergi lah usha ...Medan panas beb..

sempat posing after lunchie

kami pun pergi lah ronda..tapi imran dan papa dia dah penat. Mungkin sebab kenyang dan panas so dema decided balik ke hotel. So kami yang gegirl semua misi shopping hari pertama. Harga-harga telekung di medan memang agak mahal berbanding di bandung. Pilihan pun agak terhad, takde langsung telekung lingkungan 50,000 rupiah. Sedangkan di bandung dapat yang cantik dalam harga tu. Tapi kami beli jugak ler..sebab memang dah niat nak beli. Kali ni memang membeli untuk diri sendiri lah sebab kami bukan ke Medan untuk bershopping. Lagipun mereka di sini sangat mengambil kesempatan bila tau kita orang pendatang. 

my man..

adalah beli telekung tuk alisa jugak..ye lah sibuk time kita solat dia pun nak solat. So lepas mamy beli ni ni alisa jangan malas solat ye sayang...heheh. Kami hanya beli telekung saja..memandangkan panas dan keletihan. Kolin yang memang tak bawak baju sempat lah beli baju I LOVE MEDAN tu..kome tau..8 pasang RP200,000 memang aku terasa macam kene tipu. Tapi disebabkan tak ada baju so beli aje pejamkan mata. Jalan ke depan sikit ada kedai deretan hotel kesawan tu. Dia jual seluar slim fit yang tak jarang dan memang cantek. Getah aje..so senang sarung dan sangat selesa. RP50,000 sahaja..so aku beli sampai 4 pasang ko hahahha..sebab memang aku tak bawak seluar dan baju..niat beli kat sana aje tuk pakai masa di medan.

So kami pun terus balik semula ke hotel..dekat gile ko. Sampai hotel melepak ler...disebabkan waktu medan yang lambat sejam dari semenanjung..kami dah kelaparan pada jam 8 malam. Padahal medan baru aje pukul 7 malam..hah tak tahan..kami tanya petugas hotel macam mana nak ke Merdeka Walk. 
Kolin dpat tau merdeka walk ni dari blogwalking kawan-kawan lah. So memang happening ada macdonald drive tru, KFC dan memang banyak sangat restoran dan Cafe yang menarik. Masa ni boleh lah tengok remaja Medan melepak. Memang stylo mylo..suka i ok...

ni signature dia!!

kat sini banyak sangat lah pilihan. Kami berjalan dari hujung ke hujung nak cari kedai mana yang kami rasa nak try. ..last sekali kami try lah restoran ini..tempat yang bersih, tak ramai orang sangat, dan rasanya ok kut...


nak tau apa kami makan tuk dinner hari pertama..nantikan Medan ~ Part 4 ye...banyak sangat cerita nak dikongsi. Pengalaman la kununnya..apabila pergi redah tak pakai tour guide. Kolin adalah pengembara bajet..janji sampai tengok tempat orang dah cukup berpuas hati dah...hehehhe


Madah berhelah

Assalammualaikum

Kadang terusik jugak perasaan apabila mendengar cerita kawan-kawan yang menempuh dunia percintaan dan perkhawinan yang penuh pancaroba. Lain orang lain dugaan nya, yang pasti bagaimana kita nak menempuh masalah yang telah diserahkan kepada kita. Kadang tu bila kita mendengar cerita tergamam kita dibuatnya, tergamak nya si dia melakukan sedemikian. Apa ntah lagi kalu kolin kenali dia dengan sifat baik dah belas ihsan. Tak terpikir kalu lah kolin di tempat kawan-kawan tu yang selalu dilanda badai. Ye..sedangkan lidah lagi tergigit apa pula suami isteri...tu lirik lagu P.Ramlee..memang kena kejadian yang menimpa kawan-kawan..

Apa yang kolin boleh buat dengan kawan-kawan nih...kata-kata madah berhelah ini lah. Semoga ianya memberi semangat dan inspirasi didalam meneruskan kehidupan kita seharian. Kadang bila dengar nak aje peluk kawan-kawan kita kuat-kuat. Tak sangka begini kuat dugaan yang mereka hadapi. Dengan suami kaki pukul, pengabaian dan penderaan emosi. Tergamak sungguh...semoga ini semua dijauhkan di dalam rumahtangga yang kolin bina selama ini. Semoga Allah SWT semaikan perasaan kasih sayang sesama kami di dalam melayari bahtera ini.

Kepada semua pengunjung dan jua kawan-kawan, semoga kata-kata ini membawa perubahan di dalam hati dan sanubari masing-masing. Kolin pun copy ni semua dari facebook..ada kawan-kawan share. Rasanya sesiapa yang tengah sedih kehilangan, akan kehilangan dan rasa kejauhan bole kut amik semua madah tu dijadikan inspirasi.

Selalu positif jua penting, menangsi kerana sedih tak salah. Tangis la semahu mana pun, tapi kene fokus atas apa saja keputusan yang bakal kita buat. Tak ke mana kalu bersedihan berpanjangan, jalan penyelesaian memang kene cari dan leraikan. 

Anway..i am glad to share all this...








p/s: wahai sahabatku...semoga kamu tabah menghadapi dugaan ini....

Free Seat! Air Asia kembali !!

Assalammualaikum

hadooi..hadoii..hadooiii..
ni kolin tengan merisik ni..free seat yang best dari air asia. Syok oo..time ni kalu booking murah giler lah kiranya. Sekarang ni tengah deal ke langkawi on 31 ogos till 2 sept 2013

ye tarikh tu memang tahun depan..tapi ok ape..kome tau berapa ringit tuk 5 orang tu..RM275 sahaja pergi dan balik tau. Bermakna RM55 sahaja seorang!! lagi murah dari tambang bas ok!! ..demam and pitam ler aku kan..pantang menda-menda gini dema offer..sakit atii dol!!

so now tengah berusaha booking ke langkawi untuk 8 orang ini...doakan ye...


free seat...free seat...free seat!!!!



Selamat Hari Malaysia ^

Assalammualaikum

well cuti tiga hari yeay! sabtu, ahad dan isnin cuti sempena hari Malaysia. Ye saya pilih Malaysia~
seronok aman damai nye Malaysia. Semoga kami senantiasa aman damai seperti ini dan Malaysia menjadi negara yang terbaik! Dari segala segi, kita bebas ke mana saja...best!

MALAYSIA best!! yeay



p/s: kemarau..rugi x leh p bercuti ..sigh