Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

BELI TABUNG ECO SHOP RM2.40 - TIPS MUDAH MENABUNG

 Assalammualaikum korang 

Menabung ni sekarang jadi satu 'obsession' untuk kolin kalau korang nak tahu. Suka betul menyimpan tak tahu kenapa. So dalam tahun ini kolin beli tabung kat kedai RM2.40 tu dan mula masukkan duit. Tak perlu tabung mahal-mahal dan kolin tak mahu stress menabung. So tiada carta berapa yang perlu masuk. Masuk ikut hati dan perasaan. 

Sebagai contoh, kalau kolin makan pagi, tengahari tak makan kan, so duit lunch tu RM10 atau RM5 masuk tabung. Kalau rasa nak guna duit lebih, tak lah masuk tabung. Cuma setakat ni memang begitu amalan kolin. Kalau puasa, RM10 atau RM20 masuk tabung. So bajet makan sehari tu kiranya kolin masuk tabung.

Cer teka berapa jumlah dalam tabung tu :)


GUARDIAN Semarakkan Hari Kebangsaan dengan Kempen #LoveforLocal

Pada Hari Kebangsaan ini, guardian menyemarakkan sambutan kemerdekaan dengan kempen #LoveForLocal, yang menampilkan jenama kecantikan terbaik Malaysia. Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, guardian mengangkat 30 jenama tempatan terbaik, demi memudahkan rakyat Malaysia untuk meneroka, menemui, justeru menyokong produk kecantikan tempatan. 

Dengan memberi tumpuan kepada

jenama-jenama ini, guardian bukan

sahaja meraikan kepelbagaian dan

kreativiti usahawan Malaysia

tetapi turut menggalakkan

hubungan yang lebih kukuh dengan

kekayaan warisan budaya yang

diwakili oleh produk-produk ini.

 

TAHNIAH ANAK MAMI - PERJALANAN SELEPAS SPM

 Assalammualaikum korang semua 

Alhamdulillah anak sulung kolin meneruskan pelajaran dia. Dari form 1 sampai form 5 duk asrama. Dan kini kembali duduk asrama. Terus terang cakap, walau bertahun dia duk asrama kolin ni memang rindu aje. So call hari-hari ye ahahahha.

Tahniah Ali Imran!!

Kami sebagai mak ayah bangga sangat!


GKB PRODUK LENGKAP UNTUK KESIHATAN - MEMPERKENALKAN Z-WELL DAN TIGER MILK MUSHROOM

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

GKB produk lengkap untuk kesihatan – memperkenalkan Z-WELL dan TIGER MILK MUSHROOM | Zaman sekarang segalanya kena pantas, gaya hidup kita turut berubah mengikut peredaran masa. Boleh kolin katakan di sebabkan gaya hidup yang agak sibuk dan pelbagai urusan kita sering kali terlupa menjaga diri sendiri dan cenderung terlepas pandang menjaga kesihatan diri dan juga yang tersayang. 

Kolin diperkenalkan dengan produk GKB yang sudah lama berada berada di pasaran dan ianya diyakini. Pegamalan pengambilan supplemen tambahan adalah perlu bagi menyokong tahap kesihatan sendiri.


URIAGE x GUARDIAN - Kinder to Skin Workshop, bye bye dark-spots

 Assalammualaikum semua,

Hujung minggu yang lalu, kolin berpeluang untuk menyertai skin workshop yang di usahasama oleh Uriage bersama Guardian Malaysia di Dheary Event Space, Kuala Lumpur.

 


Aktiviti yang sangat berinformasi ini dihadiri sekitar 50 peserta dan kami berpeluang mengenali produk terbaru dari Uriage iaitu DEPIDERM RANGE. 


 

KEMPEN JOM POTONG 2024 - SKIM PZB JAMIN AGIHAN ZAKAT BULANAN KEPADA ASNAF

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


KEMPEN JOM POTONG 2024 - SKIM PZB JAMIN AGIHAN ZAKAT BULANAN KEPADA ASNAF|Pusat Pungutan Zakat - Majls Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)hari ini telah pun melancarkan Kempen Jom Potong bagi tahun 2024 di ibu pejabat PPZ-MAIWP. Ini merupakan kempen tahunan bagi PPZ-MAIWP bagi menyantuni agihan zakat bulanan kepada asnaf.



KEMPEN JOM POTONG 2024

Kempen Jom Potong atau turut dikenali sebagai Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) ini akan berlangsung selama enam bulan bermula 1 Julai sehingga 31 Disember 2024, menyasarkan jumlah kutipan sebanyak RM90 juta dengan bilangan pembayar seramai 7 ribu orang. 

Menurut Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP berkata, zakat melalui skim PZB amat penting kerana ia membantu dalam menjamin keberterusan agihan zakat oleh MAIWP kepada asnaf di Wilayah Persekutuan setiap bulan. Tambah beliau lagi, skim potongan zakat bulanan ini sangat digalakkan kerana agihan yang dibuat kepada asnaf seperti bantuan kewangan bulanan bergantung sepenuhnya kepada kutipan zakat ini.