Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

JOM MAKAN SECARA SIHAT SEKELUARGA

Eat Clean! Selalu dengar pasal ni kan. Makan secara sihat dan mula ambil tahu makanan seharian. Mesti time PKP ni semua buntu kan. Dah mula bosan makan lauk pauk, nasi hari-hari. Lagi lah mak-mak pun pening nak masak lauk apa. Lauk pun mahal juga tau, hari ni beli sotong setengah kilo pun dah RM25! Melambung-lambung harga lauk pauk sebab ramai berpusu-pusu nak membeli. 

SALAD 

Mula isnin, kolin dah mula buat salad untuk berbuka puasa intermiten fasting (IF). Kalau kat rumah kolin last makan 8 malam atau 9 malam dan mula makan balik jam 12 atau 1 tengahari. Bukan apa, teringin pula nak jaga makan bila usia dah meningkat ni. Dah mula concern pasal kolesterol, diabetes dan sebagainya. 

Menu 1

Yang ini kolin pakai ice lettuce dipotong kecil dan dua biji telur rebus dipotong empat. Taburan chia seed dan juga olive oil dari Arabian Village. Sedap pula rasanya, memang boleh ditelan. Maklumlah benda-benda macam ini kena mulakan. Kalau terus buat makan gini, nanti terkejut. So buka puasa IF makan tu. Dan kolin tetap jamah nasi sikit dan lauk lah. Nak bagi biasa dulu. 

HARI KEDUA - MENU 2

Yang ini kolin buat sikit. Filamen ketam dan pea sprout kolin stim sesama. Tabur chia seed dan juga olive oil sikit. Sedapppp..abis semangkuk terus. 

HARI KETIGA - MENU 3

Kali ni kolin potong sebatang timun dan goreng pea sprout bagi layu. Tempe pula kolin letak garam sikit, kunyit sikit dan goreng. Macam biasa chia seed ditabur kat sayur tu. Sedapppp...dah kalau nak tahu, hari ini, hari ketiga kolin tak makan nasi lunch. Terasa perut kenyang dan boleh terima. 

Bila lapar, kolin ambil sebiji epal merah dan makan buat snacking. 

Boleh pula ehhh..tak sangka. Nanti nak mix dengan lamb dan juga ayam. Nak bagi salad atau eat clean tu nampak sedap. Mana tau suami dan anak-anak boleh terima makanan macam ini. Boleh lah kami bersama sihat. 

Tapi bukan lah strict wei, kalau ke rumah orang atau berjalan atau balik kampung tetap makan macam biasa. Cuma kalau di rumah boleh berubah menu sihat macam ni memang best. 

Jom korang..buat 1 menu sehari. Introduce atau kenalkan pada keluarga kita. Memula memang mereka mengata hahaha. Mengada laa, diet la tu, bagai-bagai. Tapi lelama mereka akan try makan. Dan korang ada kawan satu rumah join makan eat clean. 

Ini antara misi 2021 kolin tau. Nak ajar sekeluarga makan sihat dan jaga kesihatan. Kalau nak kurus tu lain cerita lak, kena workout juga. Setakat ni senaman ringan dan jaga makan kolin push lebih sikit. 

Masih masak nasi juga dan lauk pauk. Kita jangan bagi mereka terperanjat. Kita go slow....

Jom makan secara sihat sekeluarga!

MAKAN DI NASI BAMBOO SG. KLAH

Semuanya kebetulan bila balik kampung hujung Disember 2020. Jalan highway jem teruk, terus buka waze suruh ikut masuk ke Sungkai gunakan jalan lama untuk ke Ipoh. So kami pun masuk dan teruskan perjalanan. Jam menunjukkan jam 11 pagi dan memang kami semua dah lapar. Sambil bawa kereta tengok kiri kanan jalan apa yang boleh kita cuba makan. Kalau boleh memang nak tempat yang simple dan tak sesak. 

NASI BAMBOO SG. KLAH

Tiba-tiba nampak kedai ini, pernah dengar tapi belum pernah cuba. Disebabkan jam 11 pagi, orang tak ramai, parking pun banyak. Kami terus parking di depan kedai dan jalani SOP seperti biasa. Tempat duduk pun banyak lagi. 

KONSEP AMBIL DAN BAYAR TERUS 

Di sini mereka siap cedok lauk letak dalam bekas. So kita ambil sahaja dulang dan terus letak dalam dulang lauk apa yang mahu. Siap harga dan korang boleh ikut bajet korang. Boleh dikatakan banyak pilihan lauk pauk kampung. Kalau teringin ulam-ulaman dan sambal pun ada pelbagai pilihan. 

Kalau nak daging bakar, ikan bakar atau kambing bakar pun ada juga. Kedai mereka besar, kuih muih, aiskrim dan buah-buahan pun ada. Nasi bamboo tu mereka kukus, dan boleh beli berapa banyak yang korang nak makan. Tapi buluh tu mereka ambil balik untuk recycle. So jangan bawa balik hahahaha

Menjelang jam 12 tengahari, orang mula ramai. Geng motorsikal dan basikal memenuhi ruangan kedai. Kami cepatkan habis semua hidangan dan terus ke kereta semula. 

REVIEW NASI BAMBOO SG. KLAH

Semua biasa sahaja pada kolin, kedai lain pun ada jual lauk pauk yang sama. So tak tahu nak bagitau korang mana satu 'killer menu' mereka. 

Tapi tandas dan tempat mereka bersih, semua tersusun atur dan rasanya sesuai untuk seisi keluarga. 

Harga agak tinggi pada pendapat kolin, sebab kawasan kampung sudah tentu ulam-ulaman boleh didapati lebih murah atau mungkin kolin aje perasan mahal kut. Orang lain rasa berpatutan rasanya. 

Kalau nak bagi rating, memang boleh 4/5 bintang, Insha Allah datang lagi. Tempat menarik, bersih dengan tarikan nasi bamboo kukus tu memang buat orang ramai tertarik. 

Siapa yang belum pernah cuba, boleh lah pergi nanti ya. Singgah laa, kalau dalam perjalanan ke Utara tu. Mana tau selera kita berlainan kan. Kalau kolin kata biasa, korang kata sedap gilerrrr...haaa kann

Semoga kedai ini terus sukses dan maju dalam perniagaan mereka. Jangan lupa makan di NASI BAMBOO SG KLAH yaa

TAHNIAH MYLEA ATAS PELANTIKAN ROZITA CHE WAN SEBAGAI DUTA

 Tahniah Mylea!! 

Buat yang masih tidak tahu mengenai brand produk Mylea, jom baca sampai habis. Jenama Mylea telah memenangi pelbagai penghargaan antaranya Asia Pacific Super Health Brand sejak tahun 2018 sehingga sekarang. Malahan baru-baru ini produk jenama Mylea ini juga berjaya mendapatkan SME100 Awards 2020. Produk Mylea juga telah mendapat kelulusan SIRIM dan melepasi standard piawaian yang diiktiraf. Kejayaan demi kejayaan dikecapi dan kini Mylea telah mengorak satu langkah dengan melantik selebriti terkemuka tanah air iaitu Rozita Che Wan sebagai Duta produk mereka. Syabas buat team Mylea!

PELANTIKAN ROZITA CHE WAN SEBAGAI DUTA

Menurut pengasasnya, Puan Amylia yang merupakan peminat setia selebriti terkenal yang dikenali ramai dengan gelaran Che Ta malahan  sudah lama mengagumi kecantikannya. 

Sejak tahun 2012, Mylea telah diasaskan dan selama 8 tahun dalam industri kecantikan tanahair. Kini jenama ini telah mendapat tempat istimewa di kalangan peminat produk kecantikan. Ternyata produk yang dihasilkan memberikan kesihatan terbaik bagi mendapatkan kulit idaman yang diimpikan. Terbaik dalam menyelesaikan masalah jeragat yang timbul telah menjadikan produk ini terus laku di pasaran. Malahan agen-agen jualan mereka pun dapat menjana pendapatan sampai 5 angka sebulan tau! Ini sudah tentu dapat memberikan satu kemanisan buat seisi keluarga pada zaman pandemik ini. Di samping menghasilkan produk terbaik, mereka juga membantu masyarakat yang mahu berusaha mengubah pendapatan keluarga. Bagus kan! 

SIDANG MEDIA PELANTIKAN ROZITA CHE WAN BERLANGSUNG DI HOTEL ROYALE CHULAN, KUALA LUMPUR

Acara gilang gemilang telah diadakan pada 8 Januari 2021. Besaksikan dengan semua tetamu, kedua-dua pihak bersetuju menandatangani kontrak pelantikan Duta bagi produk Mylea. Ianya sudah tentu satu kenangan manis buat keluarga Mylea kerana berjaya sehingga ke tahap ini. 

Kolin kagum bila tengok pendapatan mereka pada tahun 2020, malah lebih kagum mereka berhasrat untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia satu hari nanti. Pesanan Puan Amylia masa ucapan tu mengenai zakat memang mengusik hati kolin. Berniaga dengan niat murni, membantu orang ramai dan juga berzakat. 

JENAMA MYLEA

Dengan termeterainya perjanjian kontrak Duta bersama selebriti terkenal Rozita Che Wan, sudah tentu dapat meluaskan pasaran Mylea ke tempat yang lebih tinggi. Malahan ianya adalah permulaan yang baik buat Mylea dan jua semua team. Pelbagai strategi pemasaran bakal dibuat dan dilaksanakan sepanjang tempoh pelantikan Duta iaitu yang selalu kita panggil Che Ta. Siapa tak kenal dengan sikap ramah tamah che ta berbahas slang Kedah. Malahan beliau yang bakal menganjak ke umur 50 tahun juga tidak di makan usia. Ini adalah salah satu sebab Mylea memilih beliau sebagai Duta. Nak kulit cantik bersih macam Che Ta, korang boleh cuba gunakan produk Mylea okay. 

Ramai dah cuba dan berjaya, itu sebab produk ini terus mendapat permintaan tinggi walau atas talian mahupun bukan. 

TAHNIAH MYLEA ATAS PELANTIKAN ROZITA CHE WAN SEBAGAI DUTA

Untuk lebih maklumat dan informasi korang boleh terus ke website dan juga laman sosial mereka iaitu:

www.instagram.com/mylea_hq

www.facebook.com/MyleaSkincareMalaysia

www.mylea.my

Semoga perniagaan anak melayu tempatan ini terus maju dan dapat membantu agen-agen terus ke hadapan. Dalam diam, kolin cemburu juga dapat tahu ada antara agen mereka menjana pendapatan sampai 5 angka sebulan!! 

Kalau korang minat nak gunakan produk mereka boleh lah cuba. Minat nak bersama join team mereka pun boleh. Pelbagai penghargaan dah mereka terima dan terbukti produk ini adalah di kalangan yang terbaik untuk digunakan bagi mengatasi masalah kulit.  

Buat team Mylea, TAHNIAH ATAS PELANTIKAN ROZITA CHE WAN SEBAGAI DUTA PRODUK. 

SHOPPING MAKANAN SUNAH DI ARABIAN VILLAGE

Semua rindu nak ke tanah suci kan, lelagi kalau rindu nak makan kurma, kacang, manisan dan pelbagai lagi barangan yang teringat-ingat tu, tak perlu risau dah wei, korang terus sahaja shopping makanan sunah di Arabian Village, KL Traders Square Jalan Gombak. Maklumlah sekarang semua dah tak boleh menunaikan umrah. Jadinya terus aje beli kat sini. Boleh online dan offline juga. Masuk website www.arabianvillage.my terus boleh cari apa sahaja barang dari Arab yang korang teringin. Kalau nak ronda-ronda kedai dia boleh, alamat dia 95-G Block E, 289 Kuala Lumpur Traders Square, Jalan Gombak Kuala Lumpur. 

Madu 

Sebut pasal madu, memang sendiri terkesima tengok pelbagai jenis madu yang ada. Madu Sidr dari Yeman ini mempunyai pelbagai khasiat kesihatan selain dari dapat meningkatkan sistem imuniti badan. 

Dah terbukti pun kan makanan sunah ini memang terbaik. Madu Only for Married antara yang dapat perhatian. Buat yang masih menunggu zuriat, boleh ikhtiar beli madu kat sini. Terbukti dah 10 tahun ramuan madu ini memberikan kesan positif tau. Itu yang laris jualan nya. Madu kesuburan itu diformulasi sendiri dan berkesan untuk pasangan yang sudah berkahwin. Lagi satu, wanita yang usia 40an ke atas sama kolin, sesuai amalkan untuk hormon wanita sendiri. Kalau nak untuk diabetic, usaha elak kanser dan pelbagai lagi pun ada. Memang ada dan kakitangan mereka sudi melayani segala persoalan korang. 

Kurma

Di Arabian Village ada hampir 50 jenis kurma samada kering dan basah. Kurma yang diimport terus dari Madinah, Palestin, Tunisia dan UAE. 

Tapi paling laris ialah Kurma Ajwa yang dikenali sebagai 'kurma Nabi' ini dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Boleh beli kuantiti banyak dan sedikit jangan risau. Harga memang boleh buat korang suka hati. Poket tak rabak, kesihatan terjaga dan paling penting ini makanan sunah tau. Nak diet pun boleh lah tukar makanan sunah. 

Kekacang dan buah-buahan kering

Kalau korang nak tahu, semua kekacang yang ada di Arabian Village semua dipanggang sendiri. Mereka hasilkan sendiri untuk memenuhi kehendak pasaran di Malaysia.

So kalau selalu makan kudapan keropok, kerepek, boleh tukar kepada kekacang dan buah-buahan kering di sini. Lebih sedap, rangup dan segar. Sebelum beli, korang rasa lah satu atau dua, haaa...baru tau sedap sebelum beli sekilo dua kan. 

ROTI 'HOMEBAKED' 

Kalau homebaked atau homemade memang kita suka kan. Tiada pengawet, tiada bahan terlarang dan paling penting disediakan panas-panas tau. Buat sikit-sikit, dah habis mereka buat lagi roti. Paling sedap 'garlic bread' korang kena cuba. Kalau nak merasa roti ala-ala tanah arab pun ada di jual. Boleh cicah dengan serbuk 'thymes' dan minyak zaiton mereka. Sedap weiiii...tak tipu. Cuba lah dulu, nanti korang boleh tukar semua sarapan tak sihat tu, kepada yang lebih sihat dan berkhasiat. 

Ada 20 jenis roti dibuat segar setiap hari. Termasuk manisan BAKLAVA pun ada wei, pelbagai jenis. Manisnya sudah dikurangkan mengikut selera kita orang melayu. Tak manis, tak muak dan paling penting sedap. Korang boleh beli untuk buat hantaran ataupun buah tangan untuk tetamu korang. Memang lain dari yang lain. Baklava yang dijual di ARABIAN VILLAGE dijamin premium dan yang terbaik. Ada kekacang mewah seperti pistachio, walnut, almond dan pelbagai kacang yang bermutu. 

PEWANGI BADAN DAN BAKHOOR

Bab ni paling suka, seksyen kegemaran kolin. Berjam-jam boleh melepak bau macam-macam kat sini. Dan kalau korang nak tahu, kolin beli minyak seribu bunga tu hahaha. Wangi dia memang boleh buat termimpi-mimpi. 

Kalau korang beli minyak wangi ada akohol dan was-was, marilah sini! Minyak wangi dia memang lasting giler...sekali sembur melekat terus. Harga RM100 aje sekitar situ, tak mahal. Kalau minyak seribu bunga tu satu boleh dalam RM25 pun dapat. Jimat dan memang tahan lama. Calit sikit ajeeee

Bakhoor tu adalah terapi aroma tradisi Islam tau. Ianya dihasilkan dari gaharu, cendana, buah pala, kayur agar dan pelbagai bahan lagi. Bila korang bakar dalam rumah, ianya mengeluarkan asap yang memberikan harum satu rumah. Tak payah spend banyak dahhh...Amalan menwangikan rumah ini adalah satu cara meraikan kedatangan tetamu dan kalau nak tahu ianya sunah tau. Sebab Rasullah SAW suka sangat ber'bakhoor'. Satu ilmu baru buat kolin, dan siap beli bekas yang ada tulisan nama sekali. Kalau pandai baca lah.. hahahah. Itu nama kolin tu, special gilerrr

PRODUK JENAMA ARABIAN VILLAGE

Dalam menjual pelbagai barangan dari Arab, mereka juga ada barangan sendiri. Antaranya minyak zaitun, cuka epal, pati kurma, pati buah delima dan pelbagai lagi. Ada 25 jenis produk yang ada keluaran mereka sendiri. Kolin harap semua keluaran ini masuk ke supermarket seluruh Malaysia satu hari nanti. Senang kalau kita nak amalkan. 

Tau kan minyak zaitun atau olive oil kita amalkan setiap hari boleh kurangkan kolesterol badan. Kenapa nak makan ubat, kalau kita boleh elak sakit dengan makanan sunah, betul kan?

MEMBELI BELAH DI ARABIAN VILLAGE

Buat makluman korang, ada 3000 barangan yang ada. Pelbagai jenis dan jenama. Suasana kedai memang selesa dan bersih. Ikut SOP juga tau, datang pakai mask dan jangan lupa periksa suhu badan. Khidmat nasihat secara percuma diberikan kalau korang keliru mana satu makanan sunah yang nak diamalkan. 

Perkhidmatan 'one day delivery' pun ada mereka sediakan. Nak beli online buka website, nak offline pergi kedai kat Jalan Gombak tu. Rindu tanah suci, rindu Madinah boleh lah ke sini terus. 

Ni laman sosial mereka kalau korang nak tengok apa lagi promosi dan barangan yang ada 

www.instagram.com/arabianvillagemywww.facebook.com/arabianvillagemalaysia

Setinggi-tinggi terima kasih buat pemilik Arabian Village iaitu Dr. Homdi Abo Zeed Ibrahim dan semua kakitangan dia yang sudi melayani kolin dan kawan-kawan yang datang. Kedai ini dibuka pada 2019 dan sudah beroperasi selama 2 tahun di situ berniat untuk mempromosi dan mengalakkan makanan sunah di kalangan rakyat tempatan. Rasa kolin, inilah yang terbaik, banyak sangat penyakit kita ni berpunca dari makanan. Pemiliknya Dr. Homdi ada pengalaman hampir 10 tahun dalam bidang perniagaan dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam pemakanan sunah dan juga produk yang dihasilkan. 

Jangan tunggu lagi korang, sila dapatkan makanan sunah dan berubah kepada yang lebih baik hari ini. Hidupkan sunah Rasullah SAW dan kolin percaya hidup kita lebih baik. 

Jangan lupa shopping makanan sunah di Arabian Village. Order kat website aje terus, segala-gala ada di sana. 

CARA SIMPAN DUIT SETAHUN RM3,306.00

Selamat tahun 2021 buat semua pengunjung blog kolin. Dalam diam hampir 10 tahun blog ini kolin bela. Syukur, masih ada yang sudi singgah dan baca. Azam baru, nak menyimpan duit dengan lebih baik. Tahun lepas hangat-hangat tahi ayam, simpan ikut suka. Now nak disiplin dan kolin buat sampul tau setiap bulan dan tulis jumlah yang patut kolin simpan. Gam tutup terus, bagi kawan pegang hahaha. Sebab kalau pegang sendiri nanti, sendiri koyak, sendiri pakai tau. Jom kita belajar CARA SIMPAN DUIT SETAHUN RM3,306.00 nak?

Today baru 4 Januari 2021, sempat lagi kalau korang nak buat sampul dan mula masuk duit yang ditulis tu. Ambil satu sampul raya, terpakai atau apa saja. Tulis depan tu, Jan 2021. Catit semua ini okay. Pastikan tulis jelas dan kemas supaya kita ada semangat nak menyimpan.

RM1 - 31 keping

RM5 - 8 keping

RM10 - 8 keping

RM20 - 2 keping

RM50 - 1 keping 

Lepas tu masuk segala yang korang tulis tu, sampai 31 jan, pastikan semua kepingan duit yang perlu tu ada dalam sampul, gam dan simpan terus. Kalau takut terguna, bagi lah orang lain simpan. Jadinya Januari 2021 dah sukses yeay. Lepas tu buka sampul baru dan tulis lah Feb 2021. Cuma beza RM1 cuma 28 keping dan RM100 sekeping. Lelain semua sama dengan catitan Jan 2021. Sambung pula ke Mac 2021 tau, harap kolin pun kuat semangat nak menyimpan tahun ini. Dapat 3 tahun boleh buat deposit bayar apa-apa kan. Kalau disiplin dalam masa 3 tahun boleh simpan 10k. Best betul!!

Ni yang tulis blog nak hasut korang semua buat juga menyimpan. Seronok tengok kawan-kawan yang berjaya pada tahun 2020. Kolin kecundang, adei. 

Semoga dengan cara ini kolin lebih fokus lah, cara simpan duit setahun RM3,3006.00 dah siap kongsi, tiada alasan dahhhhh..jom menabung untuk masa hadapan.

HAPPY BIRTHDAY, MY SON

Genap anak kolin 14 tahun pada 26.12.2020. Terima kasih buat mami senang hati dan selalu jadi anak yang baik, Ali Imran Bin Sazali. Dalam majlis yang cukup kecil, kita raikan dia.  Dia suka laa dapat belon dan kek tuuu

Suka nak coret sikit memori dalam blog ini, Nanti bila mami dah tua, tak ingat apa-apa jangan lupa baca semua memori keluarga dalam ni tau. 

Doa buat mu anak ku,

Tentang kami Hubungi Kami Sitemap Kebijakan Pengguna Bidanku.com Home Kehamilan Bayi Persalinan Parenting Kesehatan Blog Do’a Ulang Tahun Anak Parenting Tidak ada Komentar Berikut adalah doa ulang tahun anak yang bisa anda lakukan dihari spesial mereka : 1. Do’a ulang tahun untuk anak Ya Allah Ya Karim… Karuniakanlah kepada anak-anak kami akhlak yang mulia dan ilmu yang bermanfaat. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim…. Jadikanlah anak-anak kami, anak yang soleh dan solehah, anak-anak yang berbakti pada orang tuanya, mencintai Rosul, dan taat kepada-Mu. Ya Allah Yang Maha Pencipta…. Karuniakanlah kepada anak-anak kami kesehatan, kecerdasan, dan pertumbuhan fisik yang sempurna. Ya Allah Yang Maha Pelindung….. Lindungilah anak-anak kami dari segala macam penyakit dan musibah. Ya Allah Ya Razaaq…. Bukakanlah pintu-pintu rizki bagi anak-anak kami, baik rizki yang sudah kami duga maupun rizki yang tidak kami duga. Ya Allah Ya Qadir…. Panjangkan usia anak-anak kami dan jadikanlah anak-anak kami manusia yang penuh manfaat bagi sebanyak-banyak umat dikemudian hari kelak…. Aaamiiin… 2. Doa diberikan umur panjang ALLOOHUMMA THOWWIL ‘UMUURONAA FII THOO’ATIKA WA THOO’ATI ROSUULIKA WAJ’ALNAA MIN ‘IBAADIKASH SHOOLIHIIN Artinya : “Ya Allah, panjangkanlah umur dalam mentaati-Mu dan mentaati utusan-Mu serta jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sholeh.” 3. Doa diberikan keselamatan Artinya : Ya Tuhan, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zhalim, dan selamatkanlah kami dengan curahan rahmat-Mu dari tipu daya orang- orang yang kafir. 4. Doa menjadikan anak yang sholeh Robbi hab lii mil-ladunka dzurriyyatan thoyyibah, in-naka samii’ud du’aa’ Artinya : ” Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa. “ Baca Juga Mgid China’s New Coin Is Potentially Bigger Than Bitcoin YuanPay Group Is This The Best Time To Buy China’s Digital Yuan? YuanPay Group How This Investment Model Made My Life Sparkle In Kuala Lumpur Bitcoin Bank Satu-satunya cara untuk membunuh psoriasis Psolixir Invest Now And Profit From Bitcoins While You Can Bitcoin Revolution Bagaimana cara mengembalikan penglihatan 100% tanpa operasi? Сlevue Expert Sekiranya anda menjumpai papilloma seperti ini, berhati-hatilah! Detoxic You Can Still Get Rich If You Invest Now Bitcoin Revolution 0Save Related Posts Gangguan Motorik Halus Pada Anak Anak Kurus, Dicurigai Tanda Menderita TBC? Trik Menciptkan Pola Asuh Yang Meningkatkan Kecerdasan Anak About The Author Metta Leave a Reply Anda harus masuk log untuk mengirim sebuah komentar. Artikel Terkait motorik anak Perkembangan Motorik Anak menghukum anak Jangan Menghukum Anak Saat Kita Marah Mengapa Balita Kidal? Kenali Tanda Anak Mengalami Masalah Motorik Bolehkah Anak Menggunakan Car Seat? Mengajarkan Piano Pada Anak Sejak Dini, Cerdaskan Otaknya Saat Dewasa Tips Pintar Ajarkan Anak Gosok Gigi Bidanku.com Copyright © 2020. Hubungi Kami Facebook Twitter WhatsApp Share

Sumber: https://bidanku.com/doa-ulang-tahun-anak | Bidanku.com

Allaahumma thowwil ‘umuuronaa, wa shohhih ajsaadanaa, wa nawwir quluubanaa, wa sabbit iimaananaa wa ahsin a’maalanaa, wa wassi’ arzaqonaa, wa ilal khoiri qorribnaa wa ‘anisy-syarri ab’idnaa, waqdhi khawaa-ijanaa fiddiini waddunyaa wal aakhirati innaka ‘alaa kulli syai-in qodiirun,"

Artinya:

"Ya Allah! Panjangkan umur kami, sehatkan jasad kami, terangi hati kami, tetapkan iman kami, baikkan amalan kami, luaskan rezeki kami, dekatkan kami pada kebaikan dan jauhkan kami dari keburukan, kabulkan semua kebutuhan kami dalam urusan agama, dunia, dan akhirat. Sesungguhnya Engkau (Allah) Maha Kuasa atas segala sesuatu,"

Semoga semua yang baik-baik sahaja buat anakanda Ali Imran. Tahun ini sambut biasa di kampung lah. Simple tapi meriah konsepnya. Semoga dia happy laa ye..

hadiah dah bagi awal wei...nasib dia suka!

Minta korang doakan keluarga kami terus bahagia dan di bawah lindungan rahmah Allah SWT selalu ya.

Tahun depan dah PT3 cepatnya masa berlalu anak dah remaja pun. Bottom line, mami dah tua hahaha.

HAPPY BIRTHDAY, MY SON 26.12.2006 💗 

Tentang kami Hubungi Kami Sitemap Kebijakan Pengguna Bidanku.com Home Kehamilan Bayi Persalinan Parenting Kesehatan Blog Do’a Ulang Tahun Anak Parenting Tidak ada Komentar Berikut adalah doa ulang tahun anak yang bisa anda lakukan dihari spesial mereka : 1. Do’a ulang tahun untuk anak Ya Allah Ya Karim… Karuniakanlah kepada anak-anak kami akhlak yang mulia dan ilmu yang bermanfaat. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim…. Jadikanlah anak-anak kami, anak yang soleh dan solehah, anak-anak yang berbakti pada orang tuanya, mencintai Rosul, dan taat kepada-Mu. Ya Allah Yang Maha Pencipta…. Karuniakanlah kepada anak-anak kami kesehatan, kecerdasan, dan pertumbuhan fisik yang sempurna. Ya Allah Yang Maha Pelindung….. Lindungilah anak-anak kami dari segala macam penyakit dan musibah. Ya Allah Ya Razaaq…. Bukakanlah pintu-pintu rizki bagi anak-anak kami, baik rizki yang sudah kami duga maupun rizki yang tidak kami duga. Ya Allah Ya Qadir…. Panjangkan usia anak-anak kami dan jadikanlah anak-anak kami manusia yang penuh manfaat bagi sebanyak-banyak umat dikemudian hari kelak…. Aaamiiin… 2. Doa diberikan umur panjang ALLOOHUMMA THOWWIL ‘UMUURONAA FII THOO’ATIKA WA THOO’ATI ROSUULIKA WAJ’ALNAA MIN ‘IBAADIKASH SHOOLIHIIN Artinya : “Ya Allah, panjangkanlah umur dalam mentaati-Mu dan mentaati utusan-Mu serta jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sholeh.” 3. Doa diberikan keselamatan Artinya : Ya Tuhan, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zhalim, dan selamatkanlah kami dengan curahan rahmat-Mu dari tipu daya orang- orang yang kafir. 4. Doa menjadikan anak yang sholeh Robbi hab lii mil-ladunka dzurriyyatan thoyyibah, in-naka samii’ud du’aa’ Artinya : ” Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa. “ Baca Juga Mgid China’s New Coin Is Potentially Bigger Than Bitcoin YuanPay Group Is This The Best Time To Buy China’s Digital Yuan? YuanPay Group How This Investment Model Made My Life Sparkle In Kuala Lumpur Bitcoin Bank Satu-satunya cara untuk membunuh psoriasis Psolixir Invest Now And Profit From Bitcoins While You Can Bitcoin Revolution Bagaimana cara mengembalikan penglihatan 100% tanpa operasi? Сlevue Expert Sekiranya anda menjumpai papilloma seperti ini, berhati-hatilah! Detoxic You Can Still Get Rich If You Invest Now Bitcoin Revolution 0Save Related Posts Gangguan Motorik Halus Pada Anak Anak Kurus, Dicurigai Tanda Menderita TBC? Trik Menciptkan Pola Asuh Yang Meningkatkan Kecerdasan Anak About The Author Metta Leave a Reply Anda harus masuk log untuk mengirim sebuah komentar. Artikel Terkait motorik anak Perkembangan Motorik Anak menghukum anak Jangan Menghukum Anak Saat Kita Marah Mengapa Balita Kidal? Kenali Tanda Anak Mengalami Masalah Motorik Bolehkah Anak Menggunakan Car Seat? Mengajarkan Piano Pada Anak Sejak Dini, Cerdaskan Otaknya Saat Dewasa Tips Pintar Ajarkan Anak Gosok Gigi Bidanku.com Copyright © 2020. Hubungi Kami Facebook Twitter WhatsApp Share

Sumber: https://bidanku.com/doa-ulang-tahun-anak | Bidanku.com
Ya Allah Ya Karim… Karuniakanlah kepada anak-anak kami akhlak yang mulia dan ilmu yang bermanfaat. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim…. Jadikanlah anak-anak kami, anak yang soleh dan solehah, anak-anak yang berbakti pada orang tuanya, mencintai Rosul, dan taat kepada-Mu. Ya Allah Yang Maha Pencipta…. Karuniakanlah kepada anak-anak kami kesehatan, kecerdasan, dan pertumbuhan fisik yang sempurna. Ya Allah Yang Maha Pelindung….. Lindungilah anak-anak kami dari segala macam penyakit dan musibah. Ya Allah Ya Razaaq…. Bukakanlah pintu-pintu rizki bagi anak-anak kami, baik rizki yang sudah kami duga maupun rizki yang tidak kami duga. Ya Allah Ya Qadir…. Panjangkan usia anak-anak kami dan jadikanlah anak-anak kami manusia yang penuh manfaat bagi sebanyak-banyak umat dikemudian hari kelak…. Aaamiiin…