Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Resipi: Rendang cili api ayam

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Inilah resipi dari mama kolin iaitu Cik Timah Bibi. Dia orang Negeri Sembilan, so memang lah pedas berapi rendang dia buat. Satu lagi korang perasan rendang cili api ini bukan warna coklat, tapi warna kuning. Dan tahap kepedasan terpulang kepada si tukang masak lah. Lagi banyak cili, lagi lah pedas. Nak yang suka pedas, sila bubuh sekilo cili hahahah. Lepas tu jangan mengadu sakit perut yaaa. So ikut tahap memasing dan resipi ini tukang masak boleh sukat rasa pedas tu. 

Ini resipi untuk 2 ekor ayam. 


dibersihkan dan letak semua sekali dalam kuali.

Kemudian semua bahan-bahan dalam gambar di bawah iaitu bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup dan lebih kurang 60-70 batang cili padi kolin guna. Masa blend masukkan jugak serai. Kolin lagi suka rasa serai dalam kuah rendang. So bila barang-barang kisar ni banyak, kuah rendang kita lagi pekat dan sedap di makan. 




Dah kisar atau blend, korang tuang terus semua tu dalam kuali yang ada ayam tu dan kacau bagi rata. Supaya semua rempah tu kena kat ayam yang ada dalam kuali tu. 



Biar aje sekejap, sebab nak bagi semua rempah tu meresap masuk. Baru nyalakan api dapur. Haa...masa ni korang biar ayam dan rempah ini ditumis sampai naik minyak. Bole nampak naik minyak tu sebab kita memang tak guna minyak kan. So kita nak rempah tu masak. Jaga api dapur jangan lah sampai rendang ni hangit. So biarkan sahaja sampai rempah cili kita ni masak sepenuhnya. 

 Bila dah nampak naik minyak, korang standby lah barang-barang yang dalam gambar ini. 


Langkah seterusnya selepas rempah rendang siap masak, adalah memasukkan santan. Kolin suka santan kotak atau santan perah sendiri. Yang dah siap perah tu tak pekat, tapi malas nak perah. So guna kotak, tak de kolesterol. Tahan lama, susah basi. Haa bab santan terpulang memasing ya..


Lepas tu masuk kerisik kepala pula. Masuk dua paket sebab ayam dua ekor kan. 



Gaul rata-rata dan biarkan seketika. Lepas tu masukkan daun limau purut dan juga asam keping. 



Biarkan masak seketika lagi. Sebelum tutup api, masukkan daun kunyit yang diracik halus dan jua garam dalam masakan. Elok lepas tutup api baru masuk garam dan kacau rata-rata. Dah pun siap rendang korang. Senangkan masak rendang !! Bukan susah pun kan. Haaa...rendang ni lagi best masak weekend hahaha. Sebab boleh makan satu hari. Memang sedap...cicah roti pun terliur oii



Inilah rendang cili api ayam turun temurun dari keluarga kolin. Ni mama kolin punya resipi. Dan memang tak pernah gagalkan tetamu yang datang rumah nak makan. Semua memang berebut. Ikutkan dua ekor satu family licin dah hahahaha. So jangan tak cuba okay, semua barang simple aje. Nak tutorial secara video sila klik sini 


Love, 

Kolin Zainal 

Sheila Majid The Concert Kuala Lumpur 2017 #AnleneHEARTPLUS

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Tak pernah bermimpi kolin akan ke konsert Dato' Sheila Majid tau. Korang tahukan penyanyi jazz yang bertaraf antarabangsa ini tiketnya habis tau jualannya. Tapi rezeki menyebelahi kolin, sebab Anlene Malaysia sudi menjemput kolin sebagai media bagi menyaksikan sendiri Sheila Majid The Concert Kuala Lumpur 2017. Kenangan paling manis !!! Manis sangat-sangat sebab sampai sekarang pun boleh move on tengok video-video konsert yang sempat kolin rakamkan malam sabtu lepas. 



Bertempat di Stadium Negara yang tertutup tu, seawal jam 6.00 petang orang ramai dan membanjiri kawasan luar stadium. Memang kemeriahan dapat kolin rasai dah. Jangan korang tak tahu, pertama kali kolin tengok konsert ada pelbagai kaum yang hadir sama ye. Bestnya, konsert ini menyatu padukan kami. Ye lah kalau korang nak tahu, Dato' Sheila umur dia dah 53 tahun tau. Tapi masih bertenaga, kuat dan kolin percaya dia minum Anlene tu. So korang patut cuba okay. 

Sebelum konsert kolin yang dijemput oleh Anlene, sempat minum dan menyertai aktiviti di booth mereka. Sedap la yang coklat tu, yang terbaru tu. Korang nanti cuba ye. Kolin dapat cek kepadatan tulang dan syukur tulang kolin masih OK !! Yelah dah nak masuk 4 series weii..kena lah cek. Kolesterol, darah tinggi dan pelbagai penyakit lain tu akan mula menjengah kalau kita tak jaga diri kan. So stay healthy people, love your body ya. 




 Konsert yang berlangsung dari jam 8.30 malam sehingga dekat 12.00 malam tu memang menakjubkan. Bayangkan lah lagu jazz aje, tapi semua berdiri menari bersama. Dan lagi seronok, kolin tahu semua lirik lagu dia hahahhah. Kalau nak tahu penyanyi bertaraf antarabangsa ini menyanyikan lebih 25 lagu malam tu. Memang enjoy giler...antara lagu hits pengemis muda, embun, di dalam emosi ini, fikirkan dulu/tua sebelum waktu, warna, memori dan kalau kolin nak list semua sekali memang panjang nih. Tapi yang penting konsert Dato Sheila malam tu memang best giler. Sebelum konsert ini, beliau pernah mengadakan konsert pada tahun 1991 Konsert Lagenda, 1996 Konsert Ratu dan 1999 Konsert Ku Mohon. Dan bertuahnya kolin dapat ke konsert beliau yang ke 4 tau. Terimka kasih kepada semua penaja dan organizer untuk konsert yang sangat hebat !





 Nampak tak betapa lagu-lagu Dato' Sheila membesar sama dengan kolin. Suka sangat masa dia nyanyi lagu kegemaran kolin 'Antara Anyer dan Jakarta". Tapi malam tu ada satu bahagian seleksi lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pun ada. Memang kolin dan kawan-kawan lain seronok!!!  memang berbaloi sangat siap yang datang tengok konsert kali ini.






Terima kasih Anlene !!!


Love, 

Kolin Zainal 

Review: UnBoxing dUck Scarves

assalammualaikum dan salam sejahtera
Maklumlah kolin bukan ikuti sangat fesyen tudung ni. Lagi pulak yang mahal. Kita selalu beli shawl RM10 kat pasar malam aje uolss. So nak dijadikan cerita, kolin ni nak tahu sangat apa yang best dUck Scarves ini sampai boleh habis beratus helai dalam masa beberapa jam. Kagum dengan penjual tudung ini sebab dia berjaya membuat fenomena tudung kat Malaysia ini. So paling murah plain shawl dia berharga RM130 kolin beli di online Fashion Valet. 
Bila sampai memang ada ribbon, tapi masa buat video ini kolin lupa nak pasang balik hahahah. So inilah video kolin unboxing salah satu dUck Scarves yang di beli. Salah satu tau hahaha. Terjebak lah beli beberapa helai buat koleksi peribadi. Tapi masih boleh kontrol nafsu lah, sebab dUck Singapore kolin tak beli pun. Rasa macam mahal lak RM250 untuk sehelai shawl tu. 



Selepas beli dan pernah pakai, inilah review kolin. 
1. Memang agak mahal untuk plain shawl, tapi bila korang terima parcel dalam kotak keras yang dibalut rapi hilang sekejap rasa mahal tu. 
2. Ada greetings card dan lebih manis penjual ini menerangkan kalau korang mencari cara memakai shawl dia macam mana. Siap tulis 'you've been ducked" Comel sangat. 
3. Ada kertas nipis yang selalu ada kalau kita beli handbag kat butik. So korang beli tudung, dibalut rapi macam ini memang lah tampil mewah kan. 
4. Kain setakat ini berkualiti dan cutting tepi eyelash tu yang membuatkan ianya tampak berlainan dari tudung di pasaran.
Dan akhir sekali pada pendapat kolin, pencetus fenomena ini Vivy Yusof yang sebenarnya pandai membuat penampilan rangkaian dUck. Cukup kagum dengan beliau. So korang yang nak tambah jenama koleksi tudung, boleh lah beli sehelai dua untuk merasa. Tak beli pun tak mengapa. Tapi inilah review kolin untuk dUck. 
Sekian terima kasih 
Love, 
Kolin Zainal 

My own YouTube Channel - Kolin Zainal

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Memang tak dapat dinafikan, once u gelar diri u blogger atau social influencer memang akan buat macam apa kolin buat. Dah buat blog, you akan ada Facebook, Instagram dan Twitter. Now ke laman youtube pula hahahha. Tak kisah la nak perasan ker, nak perah santan ker janji kita tak kacau orang kan.  Janji kita buat aje benda yang kita suka. Walau yang subscribed channel kolin tu baru 20 orang aje wei. Janji kita buat apa yang kita suka, sebab 'hidup ini terlalu singkat' ...singkat sangat sampai kita kena buat semua selagi tak melanggar apa-apa betul tak? so why nak kusutkan hati dan perasaan sendiri dengan benda-benda yang merunsingkan. Baik kita happy-happy dan teruskan hidup semanis yang boleh. Tak guna mendongak ke langit dengan jawatan yang kita ada, harta yang kita ada, perkara yang kita ada kalau hati tak gembira. So now, kolin gembira dah ada youtube channel sendiri hahahahhaha. Walau tak trending macam DSV tu kan..trending uolssss..kagum iolsss...

Inilah dia rupa channel kolin 

 Buat korang yang suka rakam video dan sharing apa sahaja. Boleh lah buka channel sendiri dan mula lah keluarkan kreativiti korang tu. Manalah tau tetiba viral dan kalau korang pandai boleh cari pendapatan sampingan tau dengan youtube. Ramai juga kenalan kolin yang buat 'unboxing' aje pun dah dapat RM. So kenapa tidak kita kan. Daripada buat kerja sia-sia melayari internet dan bayar tetiap bulan tu baik korang mulakan kreativiti hobi korang tu kepada mencari pendapatan sampingan. Jadi dropship pun boleh dapat income lebat tau. So jangan bazir masa dan mulakan hari ini. Yang penting usaha dan jangan kenal erti mengalah. Usaha aje, sebab kebanyakkan kita baca semua dari dropship. Macam Safie Ilyas tu, pengasas PerlaShine. Kalau baca kisah dia, zaman sekolah dia buat dropship. Sekarang tengok lah betapa berjayanya beliau kan. So jangan lengah dan mulakan sekarang. 

Korang jangan lupa subscribe channel kolin ye

https://www.youtube.com/kolinzainal 


bagi sokongan kat insan kerdil yang baru nak merangkak ini hahahah. Kolin nak lebihkan menarik kan semua video kolin supaya lebih berjaya lagi dan dapat menarik orang ramai. 

Love, 

Kolin Zainal 

Part 6: Percutian ke Seoul - Naik LRT Sendiri

assalammualaikum dan salam sejahtera

Macam entri sebelum ini, kan kolin dah cakap kami dibenarkan explore bandar Seoul sendiri. Tanpa tour guide memang merata lah kami berjalan dan sampai malam baru jumpa jalan balik hotel hahaha. Kaki lenguh, hidung tersumbat dan penat tak usah lah cerita, tapi berbaloi-baloi lah. So pagi-pagi kami berempat terus keluar dari hotel selepas breakfast. Tempat pertama kami pergi ialah Miengdong (tak tau lah ejaan betul tak) tapi tempat kami pergi tu memang tempat shopping lah. Dari tempat penginapan kami tak jauh pun nak ke stesen LRT mereka. Semua bawah tanah tau, yang best kami minta tolong 'oppa' ini tunjuk kami ke LRT. So dia cakap 'follow me' hahahahha. So kami follow lah 'oppa' tu sampai LRT dan cakap Khamsahamida = maksudnya terima kasih. 

So masa sampai terus buka peta semalam yang kami dah tengok nak kemana. Tiket tu macam kad tau, so bila dah pakai masuk mesin balik boleh dapat refund. Kiranya kad tu macam korang sewa lah. Recycle balik aje. 



Nampak tulisan Korea aje kan, tapi korang jangan risau ada tulisan in English juga. Senang nak tengok, cuma korang kena pastikan stesen apa yang korang nak turun dan keluar pintu mana. Kalau tidak memang sesat !




Paling penting dapatkan peta ini. Menurut kata tour guide kami Ms. Anna korang boleh travel satu Seoul dengan LRT ini sahaja. Tak perlu guide pun sebenarnya. Sebab semua boleh sampai dengan naik LRT sahaja. Maknanya pengangkutan awam mereka sangat friendly dan terbaik. Selesa tau LRT mereka dan kami sempat berborak dengan Korea yang fasih bahasa English. Banyak juga tips yang diberikan. 

Dah sampai !!! Ini lah geng bising dalam bas, bilik hotel dan LRT. Kami ni kawan dari form 1 sampailah sekarang masih kamceng tau. Tak berlawan-lawan siapa hebat pun. Bertiga pun tak terasa tersisih tau. Korang nak cari kawan, cari mcm ini ok. 


Disebabkan pagi lagi, banyak lah kedai tak buka lagi. Tapi tetap posing, Sejuk memang tak ingat laa! Di sebabkan itu kolin dah dilanda demam pun hari ke-4 kat sini. Jadinya pergi 7-eleven mereka dan beli vitamin C.

Minum la bagi kuat sikit dan jomlah kita explore apa ada kat Miendong ini. Memang kami borong mekap, skincare dan pelbagai barangan kat sini. Rambang mata sebab, bila convert kepada RM lagi murah di sini. So memang sebat abis barang-barang kat sini. Tak lupa lah beli face mask buat souvenior kawan-kawan kat Malaysia. Maklumlah kat sini kan mahal, Korea murah wei. Makanan dan buah-buahan pun memang banyak yang kita boleh makan. Yang penting fresh, sedap dan manis okay. Jom kolin kongsi antara gambar yang kolin sempat rakamkan sekitar sini. Tempat ini besar tau ! Ala-ala Bukit Bintang tapi lagi lapang, penat jalan-jalan. 
 Strawberry kat sini besar, sedap dan manis. Memang teringat sampai sekarang. Makan dalam bilik hotel terkekek-kekek sangat. Nikmat sungguh. 


Besar kan saiz, so korang pergi lah dalam bulan 12 tu dapat merasa pelbagai buah-buahan tau. 


penjual ini jual cotton candy yang sangat lawa. Tapi dia cakap 'no, no picture'. So aku tangkap pakai kamera dari jauh hahahahah. Korang kalau pergi nampak dia ni, jalan aje. Jangan cakap cantik n lawa. Dia halau weiiii, orang Korea bukan semua comel pun. Biadab pun ramai weiii.
 Air buah delima yang super lazat !
 Limau besar dan sedap sangat !

Yang ini kolin tak cuba, tapi rasanya sure sedap kan. Fresh tu !
Ini pula antara barangan yang murah dan boleh lah beli bawak balik kat Malaysia. Kat sini berbagai makanan dan barangan. Korang hanya perlu simpan tenaga dan explore satu-satu. Cuma hati-hati dengan skincare yang tidak halal. Cek okay. 



Dah berjalan sakan, kami  pun lapar. Tapi takpe kat sini senang nak cari makanan halal. So kali pertama kami ke restoran makan lunch bayar sendiri huhuhu 


Ini la Potala Restoran, masakan muslim dari Nepal. Sedaplah makanan dia, tapi tak tahan semua portion besar-besar. Jenuh nak abiskan semua yang kami order.




Harga pun berpatutan lah. Kami ber-4 dan makan pun berkongsi. So tak terasa lah sangat bayar bil tu kan. Tapi best masa kat sini kami terserempak dengan keluarga melayu dari Singapura. Ramah sangat !! Kami berborak lah sambil masuk bab politik hahah. Tapi memang besar hati sebab orang Singapura tu sangat peramah tau. Tapi kalau jumpa orang Malaysia kat sini, dema buat tak nampak uollss. Macam lah dema tu kat negara lain hahahha. Padahal sesama bercuti kut, tak salah pun kalau senyum kan.

Selesai makan kami terus berjalan lagi. Banyak sangat nak explore. Selepas itu kami semua ke Hard Rock Seoul. Naik train turun kat mana lupa dah. Hard Rock Seoul kecil aje terletak dalam mall. So dah tengok dan bergambar, kami terus balik ke area penginapan kami. Sebelum balik sempat lah kami makan petang. Makan malam tak pe sebab banyak buah-buahan dah kami beli untuk makan. Maklumlah masa makan lunch dah belasah makan banyak. Cuaca sejuk, badan pun tak sihat. So memang makan lebih-lebih supaya badan tahan sikit.





 Chuross yang sedap heheh. Tapi sebelum tu, kami memang enjoy giler shopping mall di bawah tanah mereka. Sebab tak sejuk dan harga murah sangat. Itu yang shopping selendang, kasut, baju, beg dan pelbagai barangan lagi sembil-sambil nak ke LRT balik ke kawasan Gangnam. 
Contoh macam kedai ini. Beg longok-longok, semua lawa-lawa tau tak dia lelong 10,000 won sahaja. Sah duit Malaysia masa tu baru RM34 sahaja. Memang lah meroyan memilih wei. Beli sorang satu aje, sebab nanti luggage tak muat hahaha. Maklumlah pakaian semua tebal-tebal itu yang beli saja lepas gian. 
Itulah perjalanan kolin ke korea berjalan sendiri tanpa tour guide. Sebenarnya boleh aje ke Seoul tanpa pemandu arah ini. Cuma korang kena rajin bertanya dan explore. Jangan takut sesat, pegang aje map LRT tu dan simpan kad hotel korang. Mesti korang boleh balik punya. 


Saja nak bagitahu semua perjalanan dan pakej yang membawa kolin bercuti ke Seoul Korea adalah di bawah seliaan  KLIA TRAVEL 
KPH Travel Sdn Bhd. call 03-89280457, 03-89280467 
 travel@kliacs.com.my
www.instagram.com/kliatravel
Terima kasih KLIA TRAVEL bawa kolin ke Korea.
Love,
Kolin Zainal