Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Oh page view Ku!

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Terkadang kita sebagai penulis blogger ini terfikir gak berapa ramai yang sebenarnya baca blog kita kan. Tak akan lah nak syok sendiri, tapi pada kolin apa salahnya. Blog ini kan macam perjalanan hidup kita. Kita berblog untuk berkongsi segala yang memberi kebaikan kepada orang lain, betul tak?

Tapi kalau sambil kita berblog ada pulak kesempatan dan peluang mestilah kita ambil kan. Rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari. 

Ikutkan page view kolin tak lah macam blogger yang hebat tu. Tapi secara peribadi pencapaian 2000 page view sehari tu dah cukup mengembirakan. Terima kasih kepada yang sudi buka dan baca blog kolin. Ikutkan kata kawan, pencarian blog kolin di google pun dah meningkat !! 
Happy dengar weiii..

Inilah dia page view kolin untuk beberapa hari. Belum cukup hebat pun. Tapi cukup membanggakan diri seorang blogger bernama Kolin Zainal. 

Kolin percaya kat luar sana ada yang lebih hebat dan bagus. Tapi saja kolin nak share page view kolin ini. Buat korang yang selalu kata, senang berblog. Cubalah berblog dan konsisten. Kolin bermula dari 2011 dan masih terus menulis dan berkongsi sehingga hari ini sebab minat. Yang sampingan tu, bersyukur sebab keluarga kolin pun dapat tumpang apa yang kolin dapat sebagai seorang blogger. 






Syukur dengan page view yang makin meningkat ini. Thank you korang !!!!

Love,

Kolin Zainal 



Pengalaman shooting sehari !!

assalammualaikum dan salam sejahtera

hari tu kolin ada share pasal casting kan !! Alhamdulillah kolin terpilih untuk tampil dalam satu webfilm di bawah jenama yang besar di Malaysia. Ini bukan lah satu impian kolin pun, tapi inilah rezeki. Siapa sangka percubaan kolin dapat perhatian producer tu. Terima kasih sangat-sangat bagi kolin peluang ini. Peluang sekali seumur hidup.

Oklah, apa yang kolin boleh cakap bukan senang nak jadi Fasha Sandha oii..penat giler berlakon. Tu baru sehari, kalau la hari-hari macam pelakon lain yang hebat tu mau menangis kolin. Disebabkan ini webfilm yang bakal keluar di YouTube jadi pihak production mengambil masa satu hari untuk shooting. Korang tahu kolin mula berkerja dari jam 4.00 pagi sehingga 11.30 malam ye. Awal pepagi dan sampai lah ke malam !!!



Tapi apa yang boleh kolin simpulkan, ianya adalah satu pengalaman yang hebat buat diri kolin dan jua keluarga kolin. Terima kasih jiran-jiran kolin jua yang sporting. Rumah kolin jadi tumpuan la sekejap sebab jadi lokasi shooting. Buat masa ini jangan lah tanya dulu ek. Tunggu kalau dah keluar secara rasmi, kolin share ngan korang. Bukan niat nak glamor pun weiii !! Ini kan peluang....

"Ambil setiap peluang yang datang secara positif aje. Mungkin hari ini tak menjadi, mana tau esok lusa jadi nyata. Setiap yang hadir tu pasti ada manisnya, jadi kenapa perlu berkira-kira"

Ungkapan ini pernah kolin share kat IG lama dulu. Tu lah maksud kolin, apa sahaja yang datang kita kena cuba buat dan bagi yang terbaik. Rezeki yang datang semua ada alasan dan aturan. Alhamdulillah shooting seharian dan di panggil talent oleh semua production krew adalah satu pengalaman yang kolin tak pernah impikan. Pengalaman sekali seumur hidup ini memang manis sangat. Kenangan yang bakal kolin ingat selalu.




Terima kasih kepada yang memberi peluang kepada kolin. U know who you are !!
Kolin bersyukur sangat jalan ini di bukan dan kolin dapat bersama-sama menjayakan webfilm ini. Buat semua krew yang berkerjasama dengan kolin hari tu. Kolin nak mohon ampun maaf kalau ada terlebih terkurang. Yang pasti memang mereka bagus giler!!
Komited sangat buat kerja..kagum sebenarnya. 

Tak sabar nak tengok hasilnya nanti, ntah apa laa yang kolin meraban kan hahahah. 
So tunggu ok, kolin pun kena tunggu. Inilah dia pengalaman kolin shooting sehari !!!
Jadi retis la kunun hahahha. Tapi tak boleh pun anggap camtu, sehari aje pun weii..




Semoga kita semua dimurahkan rezeki ya...terima kasih membaca !

Love

Kolin Zainal 


 

KitKat Mini serba baharu dari Nestle

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Jenama coklat No. 1 di Malaysia, iaitu KitKat telah melancarkan KitKat Mini serba baru untuk korang semua. Snek jejari yang lazat dibungkus secara individu ini senang untuk di bawa ke mana sahaja. Siapa yang tak tahu KitKat kan, ianya lapisan krim lazat dengan wafer rangup bersalut coklat susu yang enak.
KitKat Mini ada tiga variasi untuk korang semua pilih tau. Ada KitKat Mini Cookies & Cream, KitKat Mini Mocha dan KitKat Mini Caramel. Setiap variasi ini menghasilkan rasa yang berlainan tau. Kolin dah cuba pun ketiga-tiga variasi ini dan sememangnya menampilkan satu rasa coklat yang lain dari yang lain.





KitKat Mini Cream & Cookies memiliki lapisan lembut berkrim. Manakala KitKat Mini Mocha pula menampilkan aroma kopi sejati yang sungguh menyelerakan. KitKat Mini Caramel pula dilimpahi dengan rasa mewah caramel yang semestinya pembuka selera kepada sesiapa sahaja ! Kolin suka caramel tau.




Di majlis yang penuh meriah dan warna-warni, Sachin Goel, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Konfeksi (Pasaran ASEAN) Nestle Malaysia berkata, Kami mempunyai kelebihan dalam mencipta sesuatu yang hebat, lazat dan menyeronokkan untuk di nikmati oleh pengemar KitKat selain menambah keceriaan waktu reht mereka dengan KitKat. Dengan KitKat Mini, kami telah berjaya merekacipta jejani bersaiz snek yang sempurna untuk warga urban yang ingin segalanya mudah. Sesuatu yang boleh di nikmati bila-bila masa sahaja.

Menurut Goel lagi, komitmen jenama tersebut dalam pengunaan koko mapan dengan berkata KitKat adalah produk konfeksi global pertama yang dihasilkan mengunakan 100% koko mapan yang diperoleh menerusi Rancangan Koko Nestle. Rancangan tersebut bertujuan untuk mempertingkatn kehidupan komuniti penanam koko di Cote d’Ivoire atau Ivory Coast. Ini adalah sejajar dengan matlamat kami untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat. Sejak Februari 2016, KitKat di Malaysia telah mengunakan 100% koko mapan dalam penghasilan rangkaian produk KitKat di kilang kami di Chembong, Negeri Sembilan.



Punyalah meriah masa pelancaran ini, siap dengan persembahan tarian, pertunjukkan maskot dan jua korang sendiri boleh ke ruang legar Orange di Sunway Pyramid. Break Land di Sunway Pyramid bakal menampilkan persembahan secara LIVE lima kali sehari dan dibuka kepada orang ramai sehingga 9 April tau. Selain dari Sunway Pyramid bakal ada pusat membeli belah yang terpilih pun ada nanti.



KitKat Mini Caramel, KitKat Mini Cookies & Cream dan KitKat Mini Mocha ini boleh dapat dalam pek yang berisi 8 keping pada harga runcit RM12.17.

Jangan lupa upload gambar dengan #kitkatmini ok
Maklumat lanjut klik link bawah ini ok:
Untuk review kolin makan KitKat mini kat Youtube klik sini ya..

Kolin review KitKat Mini

Majlis Pelancaran KitKat Mini di Sunway Pyramid



Terima kasih kerana menyokong !!
“Have a break, have a KitKat’

Love,

Kolin Zainal



Hutang

Assalammualaikum dan salam sejahtera
Siapa aje yang tak pernah berhutang betul tak?! Semua orang berhutang, mungkin yang tak pernah berhutang tu memang orangnya ada kemampuan. Kolin harap satu hari nanti kolin pun berkemampuan untuk tidak berhutang. Kan bagus kalau semua kita bole beli secara tunai kan. Tapi berpuluh ribu lak nak bayar nak cekau tang mana. So kejadian berhutang pun berlaku.
Kolin ada pegang satu kredit kad dari 2004 tau. Dan kolin nak share betapa gembiranya kolin 2017 kolin dah habis selesai semuanya dan tak nak pakai kad kredit dah !!! Alhamdulillah, akhirnya kolin dah boleh berdiri dan berbelanja tanpa mengunakan kad hutang atau kredit kad lagi yahooooo !!!
Memang bukan senang nak let go kad kredit tau. Kad kredit ni memang berhantu. Percayalah cakap kolin, kalau korang nampak orang bayar apa sahaja pakai kad kredit, itu bukan lambang kemewahan ok. Melainkan memang orang bisnes, orang kaya dan memang mereka guna kad selalu. Tak bawa cash !
Tapi untuk orang pertengahan, biasa-biasa, kad kredit adalah lambang hutang. Lagi banyak dia kad kredit, makin berlambak-lambak lah hutang. Sedap swipe kad kredit
Nak bayar tiket melancong- SWIPE
Nak bayar hotel mewah – SWIPE
Nak beli barangan berjenama – SWIPE
Nak makan mewah – SWIPE
Itu yang kalau korang tengok baru-baru ini bank negara dedahkan betapa ramainya orang muda bawah 30 tahun bankrap pasal hutang kad kredit.
Tak salah pun pakai kad kredit ini, cuma korang perlu berhemah sikit aje. Sebelum nak caj atau swipe, fikir lah dulu perlu atau tidak. Nasihat dari kolin yang pakai kad dari 2004 sehingga 2017 ini, jangan pakai.
Do not spend more than you’re earning!


Kolin bersyukur sangat akhirnya kolin berjaya selesaikan hutang yang ini. Terus tak nak guna dah weii. Cukup sudah berhutang bertahun-tahun hahahahha
So tinggal rumah dan kereta, hutang kecik-kecik semua perlahan-lahan selesaikan. Korang doakan lah kolin bebas hutang ye. Memang kolin punya azam 2017 nak bebas dari hutang. Nak jalani hidup sederhana dan simple sahaja.
Semoga kita semua bebas hutang juga kan ! Terima kasih baca entri ini. Jangan lah marah ye, kolin cuma happy sangat nak share yang kolin akhirnya tak ada hutang kad kredit aje. Jangan nyampah tau !!

Babai my gold card, u served me great tru this year's. Arwah banyak jasa uolsss. 
RIP Gold Card huhuhu


MISI BEBAS HUTANG 2017
Love,
Kolin Zainal



Short Interview by FAMEHITZ


Assalammualaikum & salam sejahtera

Terima kasih FAMEHITZ !!!
Masa kolin dapat emel dari mereka memang macam tak percaya. Ada jua orang yang beri perhatian pada blogger picisan macam kolin. To be featured in their web is the most sweet memories I will be keeping as a Blogger. Gitu akak kolin speaking English once a while kan. Well bukan lah interview LIVE, tapi interview dalam email. But ….is the most sweet thing you do for me FAMEHITZ !!!


Tak pernah terpikir ada pihak yang nak interview kolin dan akhirnya iktiraf sebagai seorang blogger. Syukur dengan peluang yang di buka ini. Kolin pasti lebih ramai kawan-kawan blogger kolin yang lain pun bakal dapat tempat di ‘featured’ di dalam website FAMEHITZ.


Inilah dia kenangan manis kolin sebagai seorang blogger. Tiada banyak yang di minta cuma sedikit pengiktirafan atas segala kerja yang telah dilakukan.
Jadi buat korang di luar sana yang nak kolin review, cuba, testing atau apa sahaja boleh lah email kolin direct di collin3108@yahoo.com.
Buat yang nak baca short interview kolin bersama FameHitz boleh lah klik link kat bawah ini.

Semoga ini membawa lebih banyak peluang dan ruang buat semua blogger di Malaysia. Again and again, thank you FAMEHITZ.

Love,

Kolin Zainal 


Tahniah Alisa Maisara !!!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Anak dara kolin dah darjah dua pun !!! Lepas satu kejutan dari anak-anak buat kami berdua. Alisa Maisara telah terpilih salah seorang menerima trofi kepujian. Alisa pandai main computer rupanya kat sekolah. Tak sia-sia selalu pinjam laptop mami buat kerja. Darjah 2 dah pandai guna.



Dengan besar hati kami sekeluarga pergi menyaksikan penyampaian hadiah tu. Memang tak disangka dan rasa bangga sangat dapat tengok anak sendiri atas pentas. Walaupun belajar berlainan aliran tapi Alisa betul menunjukan satu tahap yang boleh dibanggakan.



Tahniah Alisa Maisara !

Semoga Alisa terus menunjukan kecemerlangan dalam akademik mahupun yang lain.  We are sooooo proud of you sayang, love, hug and kiss for u girl !





Love,

Kolin Zainal