Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Sedapnya hidangan di Aunty Tartlets

assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat semua yang suka mencuba makanan baru, kolin ada tempat baru untuk korang cuba. 
Aunty Tartlets yang terletak di No 173 Jalan S2 B22, Pusat Dagangan Seremban 2, Negeri Sembilan ada banyak pilihan hidangan untuk anda pilih. 


Hampir semua pastry korang boleh rasa apabila ke sini. Tak jauh pun dari tol kalau nak balik kampung arah selatan tu. Daripada buang duit makan tak sedap dan mahal kat R&R baik singgah makan kat sini. Berbaloi sangat tau. Percaya atau tidak Nasi Lemak di sini mengunakan Beras Basmathi masih RM1.00 dan kalau minum sekali dengan teh o ais, korang hanya perlu membayar RM1.50. Jimat kan!!!

 Chicken Wrap RM7.90

Fried Kuey Teow RM6.00

 Spaghetti Carbonara RM10.00

Harga bun/roti ini antara RM2.00 ke RM4.50 sahaja 



 Ini pula pelbagai jenis donut yang ada, tapi ini size mini
Kalau korang datang ke Aunty Tartlets, size donut yang biasa lah ye.
Ada cheese tart, berbagai jenis kek yang boleh korang pilih kat sini. Memang rambang mata kalau datang bersantap di Aunty Tartlets ini. Dari yang bercoklat sehinggalah yang berkeju semua ada. 

Harga pula amat berpatutan, janganlah korang risau. Aunty Tartlets yang dibuka dari 9.00 sehingga 7.00 malam ini ambil tempahan juga tau. Tapi kalau kek kenalah 3 hari lebih awal.

Lagi best, semua pastry yang ada di Aunty Tartlets di hasilkan sendiri. Maknanya 100% bumiputera dan bukan dibeli dari luar. Dihasilkan setiap hari fresh tau. Tak jauh pun dari KL ke Seremban 2 lebih kurang 30 minit sahaja dan ianya terletak betul-betul di belakang Mydin Mall Seremban 2.

Jom kolin belanja korang gambar hidangan yang sedap-sedap di Aunty Tarlets !




 Terliur kan tengok semua manisan yang ada di Aunty Tartlets.

Memang meroyan tengok semua hidangan yang ada tau. Datang lah bersama keluarga melepak ok.

Inilah kami yang happy ketika makan di Aunty Tartlets ...



Sedap punya pasal Tatie sampai begitu gambarnya tau. 
So rugi tak cuba, tempat baru, selera baru, harga berpatutan.
Nanti singgah Aunty Tartlets ok.

Love, 

Kolin Zainal






Minggu Setiausaha

assalammualaikum dan salam sejahtera

Selamat Hari Setiausaha korang semua...setiap 26 April kami semua Setiausaha akan di rai. Kolin dan kawan-kawan memang ramai laa bergelar S/U. Dah memang ambil kos kesetiausahaan semasa menuntut di UiTM dulu kan. 

Happy sebab ada juga kawan yang hargai kolin yang kerja sebagai Setiausaha ini.
Pepagi buta dia dah wasap weii..nak belanja lunch !
U make me happy anak hayam


So kepada bos-bos yang baca ini, tolong lah wish Secretary uolsss..
Tak salah kan...so buat semua yang bergelar PA, Setiausaha, Secretary, Seksatari pun tak pe lah..

Happy Secretaries Week!!! Have a blast uollsss


Love, 

Kolin Zainal

p/s: teringat dapat perfum estee lauder masa kerja dgn YST dulu huhuhu

Mangga Asam Boi dari Kak Senduk

assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa yang tak kenal kak senduk kan. Lawak dia memang menjadi dan mengila aje. 
Kolin dah lama follow blog dia dan now dia ada FB dan IG jugak. 
Dapat tahu lately kak senduk dah mula menjual mangga asam boi tau. 
siap dah ada delivery lagi. Bila kak senduk mention nak masuk shah alam, memang kolin tak berlengah dan terus PM kak senduk kat FB sebab nak rasa sangat mangga asam boi dari kak senduk.

Kak senduk siap dah register SSM lagi. Semoga berjaya kak senduk !!!
I wish you all the best tau.


terus pose tau ajak selpie..
sporting habiss..macam dah kenal lama tau

sila telan air liur anda. Jujur sedap kak senduk. 
Ranggup dan berasa semua. Tak pedas sangat, anak-anak kolin suka sangat makan lepas dinner malam tadi
Ada kesempatan boleh order lagi. RM5 sahaja sebekas...sedap..

So add kak senduk atau nama dalam FB Reez Sham Yasin dan order sendiri mangga asam boi korang. 
Yang ini kolin punya muahahhaa...

Tahniah ya!!! Semoga terus maju dan sukses selalu

Love, 

Kolin Zainal

Keluarga Ali main Bowling

assalammualaikum dan salam sejahtera

Haaa kenapa keluarga Ali pulak kan. Sebab hubby Sazali..orang panggil Ali
Ali Imran..pun orang panggil Ali
Alisa Maisara...nampak tak Ali pangkal nama
Kolin pula Azlin...nama sebenar..dulu panggil Alin..ntah camner masuk zaman Uni terus 
tukar panggil kolin. Ada yang kata muka kolin iras Wan Khatijah..agaknye laa kan
So kira total up...kami lah Keluarga Ali

Weekend boring nak pergi Mall habiskan duit. Now kami sebagai parents perkenalkan Bowling untuk isi masa lapang anak-anak. Hubby dan kolin tak terer pun main hahaha
Tapi tak salah kan mencuba hatta masuk longkang 80%..
kolin adalah pernah main kalau perlawanan persahabatan kat pejabat. sesikit laa tak terer pun.
Lets the Game begin muahahahhaha


Kami main satu frame saja, ok lah tu kan..sebab anak-anak pun tak pernah main. 
Hubby kolin lah jadi trainer untuk malam tu. 


My boy and My Man tengah ajar macam mana nak hold bola bowling tu


Haaa gaya seorang jaguh bowling satu hari nanti. Dia memang minat betul sport yang ini. 
Mungkin nanti mana tahu, boleh wakil Malaysia hihihi


Alisa pulak hubby ajar cara tradisional. Pegang bola dan golekkan hahaha
Sebab bola yang paling ringan pun jadi paling berat untuk dia. Dia kan kurus, jaga makan. 

Sambil tunggu hubby dan ali imran baling kami sempatlah selfie dulu.



Selesai dah habis satu frame, kami wefie lagi



Inilah result kami main bowling malam tu hihih
Tak disangka-sangka, kolin yang kaki bangku boleh menang. Hubby benggang aje, sebab dia ingat dia strike dah boleh menang bergaya. Sekali kalah tipis !! Akan repeat dia bilang dong...


Tapi aktiviti kami tak berakhir kat situ aje, kami pergi lagi karaoke selama sejam
Pufff....kolin dan hubby tak dapat pegang microphone langsung. Ali dan Alisa kuasai habis.
Semua lagu kami pilih dia pandai nyanyi


Balik dari bowling dan karaoke baru pergi dinner. Malam tu anak-anak happy giler
Sebagai parent apa lagi kita nak kan..kebahagian anak-anak paling utama.
So korang jangan lupa plan aktiviti untuk anak-anak ok. Tak perlu spend duit banyak-banyak pun. 
Pergi main layang-layang pun anak dah happy tau.

Love,

Kolin Zainal

Guna Mary Kay MelaCEP Plus+ Luminous System selama sebulan dan lihatlah hasilnya !

assalammualaikum dan salam sejahtera

Bertuah rasa dapat mencuba rangkaian Mary Kay MelaCEP Plus+ Luminous System. Satu rangkaian penjagaan wajah yang terbaru ini mengambil unsur berlian yang menampilkan ketelusan, kecerahan, tulen, kulit muka yang sekata dan juga pelembapan optimum.
  
Kali ini kolin nak share pengalaman kolin yang telah mengunakan rangkaian ini selama sebulan. Rangkaian ini sesuai untuk kulit orang Asian. MelaCEP Plus Luminous System ini ada 5 produk iaitu
Ultimate Serum, Foaming Cleanser, Freshener, Mask dan Ultimate Cream


 Rangkaian dari Mary Kay ini memberikan kesan lembapan dan kecerahan yang kekal lama. Sesuai dengan kulit biasa, berminyak atau pun kulit yang mempunyai kombinasi minyak dan kering. Kolin try pakai setiap pagi dan malam sebelum tidur. Memang nyaman dan tidak ada tegang-tegang kulit pun. 

Mary Kay MelaCEP Plus+ Luminous System telah dicipta dengan baik seperti Ultimate Cream yang boleh dipakai sebelah siang dan malam ini. Kulit lembap dan rasa lembut sahaja. 


Dari kiri: Ultimate Cream, Mask, Freshener, Foaming Cleanser dan Ultimate Serum

Bahan tambahan yang bagus ada di dalam formula MelaCEP Plus+ Luminious System ini antaranya Shiitake Mushroom extract yang mana terkenal dengan kesan ketulenan yang ada di dalam cendawan ini, Edelweiss Extract iaitu tumbuhan bunga di kawasan pergunungan salji, Algae Extract dan juga Vegetables Amino Acids. Selain itu Hexylrescorcinol yang dapat membantu mengurangkan kesan pigmentasi kulit, Maritime Pine dan White Birch Extract untuk mengekalkan melanin 
yang ada di wajah kita. 

Sekarang kolin nak share keadaan kulit kolin sebelum kolin pakai rangkaian 
Mary Kay ini selama satu bulan. Hasil yang memberangsangkan ini membuatkan kolin happy!


sebelum guna Mary Kay

Ada banyak kesan parut jerawat dan juga tona wajah kolin memang tidak sekata. 
Disebabkan kolin mengalami masalah kulit bercampur iaitu berminyak dan kering. Agak sukar nak mencari rangkaian produk yang lembut di muka. Lagi pulak umur dah pertengahan 30an. Memang banyak isu lah.

Kolin ikut peraturan yang telah disediakan maknanya cuci muka, freshener, ultimate serum nipis di muka dan diikuti dengan ultimate cream setiap hari pagi sebelum ke tempat kerja dan malam sebelum tidur. 
Ternyata muka kolin lebih sihat dan sekarang masalah jerawat tak berapa nak ada. Pori-pori di muka kian mengecil. Lagi seronok sekarang kolin tak perlu letak foundation yang tebal nak cover parut. Sebab dengan langkah kecerahan dan ketulenan Mary Kay telah memudarkan parut jerawat kolin secara lembut. Tiada pengelupasan kulit pun berlaku. Dan percayalah, Ultimate Serum dan Ultimate Cream tu tak berminyak langsung muka. Selesa dan lembut sahaja.

Selepas sebulan guna Mary Kay MelaCEP Plus+ Luminious System

Inilah kulit kolin sekarang. Tak perlu letak foundation tebal-tebal. Kalau perasan kesan hitam pun dah mula kurang. Lagi seronok pori yang terbuka besar dah mula mengecil. Terima kasih Mary Kay sebab berkongsi dengan kolin mengenai produk yang hebat ini. Botol semua besar-besar, boleh tahan lama kalau sekali beli. 

Mary Kay MelaCEP Plus+ Luminious System khusus untuk kulit orang Asia. Dermatologist tested, clinically tested untuk kesan alergi atau iritasi kulit dan sesuai untuk sesiapa yang ada kulit sensitif. 

Untuk Mask dari Mary Kay ini kolin gunakan 2 kali seminggu.
Sapu sahaja nipis-nipis dan rehat selamat 15 minit sebelum cuci dengan air suam. 
Buat selama empat minggu ternyata kulit makin segar dan lembut sahaja bila sentuh. 

gunakan mask dari Mary Kay seminggu dua kali

 Kolin bebetul tekun mengunakan rangkaian in dan sekarang kulit kolin nampak lebih baik. 
Terima kasih Mary Kay sebab share dengan kolin.

Untuk korang yang masih mencari produk yang bersesuaian. Jangan buang masa bertukar-tukar produk. 
Kolin dan cuba sebulan dan bukan review suka-suka. Inilah realiti kulit tampak makin sihat. 
Raya nanti berseri-seri lah kulit uoolss sebab guna Mary Kay.


Dapatkan maklumat mengenai produk ini melalui Mary Kay Independent Beauty Consultant bermula April 2016. Untuk lebih pertanyaan sila hubungi 03-7711 7500 atau layari sahaja www.marykay.com.my

Love, 

Kolin Zainal




Restoran Mee Udang Banjir, Kuala Selangor

assalammualaikum dan salam sejahtera

Selalu kolin dengar kawan-kawan cerita mengenai kesedapan Mee Udang Banjir ini. 
Baru-baru ini kolin berkesempatan short-holiday dengan family kat Pantai Indah Seaview Apartment, so singgah lah sini untuk makan tengahari. Dalam 20km juga dari Pantai Remis ke sini. 
Tak berapa jauh selepas Waze kami pun datang juga sebab nak rasa sangat Mee Udang Banjir ni kan.



Ini lah kedai yang terletak di bahu jalan selepas stesen minyak Petronas di Pekan Kuala Selangor.
Senang sangat nak tahu lokasinya di hadapan Masjid Kuala Selangor.


Ini lah mak dan anak dara kolin Alisa. Ambil order kami agak laju, tapi hampa makanan agak lambat sedikit.
Lagi pulak tengahari panas kan, tapi bab tu ok aje kut. Di sini menyajikan pelbagai makanan goreng-goreng.
Kalau yang mee udang banjir tu ada tiga jenis udang. Udang biasa, udang galah dan juga udang laut. Ali Imran pilih nasi goreng paprik, kolin ambil mee udang galah manakala mak dan hubby order mee udang laut.


Ini lah Mee Udang Laut.


Ini pula Mee Udang Galah. 

Ada order dua air sirap, satu teh o ais dan dua lychee kang. 
Semua total kos kami makan tengahari itu dalam RM66.00. Mahal tak? 
3 jenis mee, satu nasi goreng, tiga air biasa dan lychee kang. Terpulang korang nak nilai sendiri mahal atau tidak. Pada kolin agak tinggi harga mee ini. Udang dalam 5-6 ekor, rasa kuah dan mee biasa-biasa sahaja.

Cukuplah sekali pernah makan dan singgah. Kalau nak kata ada tarikan, setakat udang tu sahaja. Tapi itupun tak berapa menarik perhatian kolin. So cukuplah sekadar sekali singgah untuk merasa.
Terpulang pada korang nak cakap apa, ini lah review jujur dari kolin.
 Mak kolin pun cakap, mee nya kurang rasa. Dah kalau orang tua pun kata macam tu.
Memang agak kurang sedikitlah..mungkin dulu sedap kut. Masa zaman popular tu.


Lagi satu kecewa dengan keadaan tandas di sini. Sangat tidak terjaga dan jauh ke belakang.
Alahai....tandas tiada lampu dan tidak dibersihkan secara berkala. 
Rasa kolin untuk peniaga kedai makan ni, tandas kena lah tip top. Maklumlah mana tau
ada pelanggan yang gesa nak guna tandas kan. 

Kesudahannya, kami selesaikan makan dan terus ke pam minyak berdekatan. 
Hampa sedikit lah...bukan nak kondem bisnes orang melayu. Tapi rasanya tak salah kalau kedai ini
bukan dapat sambutan orang melayu sahaja malahan bangsa lain kan. 
Buat yang tak pernah rasa Mee Udang Banjir Kuala Selangor boleh lah singgah dan review sendiri.
Jangan lah kecam kolin pulak. Pergi rasa dan share komen ok. 

Love,

Kolin Zainal