Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Malu aje~

Assalammualaikum

Pepagi ni macam biasa aku bersiap pergi kerja lah, so gosok baju, masak air dan siapkan pakaian anak-anak ke taska. So bila dah selesai solat tu aku mula lah kejut ali imran bangun tidur kata nak pergi sekolah kan kang takut terlewat. Nasib baik lah anak sorang ni cepat aje bangun bila dikejutkan bangun tido hari-hari. 

Rutin harian sebelum aku nak pergi kerja memang hari-hari bagi dia duit belanja sekolah RM1 setiap hari lah. Dan selalu ali imran akan simpan duit belanja dia hari-hari sebab dia nak beli mainan yang memang aku tak akan nak beli untuk dia hahahaha. Bukan kedekut ok..ni nak ajar anak cara menyimpan duit. So selesai semua tu aku salam hubby, anak-anak dan siap lah ke tempat kerja. 

Sekali dalam perjalanan telefon berbunyi nampak nombor hubby naik, ingatkan ada apa emergency. Sekali dengar suara ali imran kata...

"mamy ni malu aje, hari ni sekolah abang cuti lah....
buat malu ajee tau.."

hahahah gelak besar ler kan. Aku pun tanya kenapa cuti, mamy tak baca pun surat cikgu bagi suruh cuti (imran baru 6 tahun heheh). Dia kata ada dalam beg angry bird surat dia, kenapa tak baca. Waahh..salah mamy yer tak selongkar beg kamu cari surat cuti hehehe. Imran kata malu aje abang dah siap pakai baju mamy, tapi sekolah cuti hahahhaha...

ayat yang berulang kali dia kata kat aku hari ni "buat malu aje"

yang malu...ali imran hihihih



Peringatan Mesra

Assalammualaikum

Ok mesra mesra..haa ni ada orang email peringatan mesra. Mesra lah sangat kan..ker sentap hahah. Anyway benda baik aku nak share lah supaya kita sama-sama dapat manafaat nyer. Mana tau ada di antara kata-kata hikmah ni tersangkut di sanubari kita ker kan.


koleksi mila

Assalammualaikum

Koleksi mila by alialisa cuma ada 5 warna sahaja yang siap dibeading...
Sila dapatkan sekarang~
email collin3108@yahoo.com untuk tempahan atau sila layari FB Aura Jelita Shoppe.

Terima kasih..












p/s: terima kasih kepada model - Cik Tiramisu...heheheh

Matahari ku~

Assalammualaikum

Hari ini 2 oktober 2012, kecoh satu opis suruh keluar dan tengok matahari macam ada 'ring' dikeliling matahari. Yang kolin duk tengok arah ke depan, maklumlah bilik ni tingkat 13 dengan harapan nampak lah bulatan yang mengelilingi matahari hari ini. Tapi rupanya kene keluar bangunan dan tengok atas kepala...

Sah..menakjubkan..takut pun ada...ntah rasa sangat kebesaran Allah SWT kala itu. Tengok beberapa kali tapi berair mata sebab cuaca agak panas jugak lah. Tapi kawan kolin sempat tangkap gambar ni. Tak tahu fenomena ini dipanggil apa...tapi memang menakjubkan dengan seakan warna pelangi yang mengelilingi matahari ku...

enjoice the picture ~


lokasi: Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam
2 Oktober 2012, Selasa
Jam 1.00 tengahari


Subanallah....

Medan ~ Part 7


Assalammualaikum...

Selesai membeli belah di petang ahad tu kami pun berehat-rehat aje dalam bilik, lagipun susah nak berjalan dengan anak-anak kecil. Dan pada malamnyer kami decided nak makan kat garuda lagi lah. So dihidangkan lah lauk berjenis-jenis atas meja..dan kami pastinya dah mengasing-asing lauk mana yang kami mahu cuba kali ini.

lauk pauk yang ada

kami ada lah order air buah dan order buah-buahan potong jua. Tapi memeranjatkan sebab kali ni kami hanya makan 3 lauk aje dan mahal nyer ..hari pertama kami makan baru 200,000 rupiah kali ini macam rasa tak puas hati aje..tapi malas nak argue..kolin sendiri tak faham dema tulis apa...well takpe lah..nak balik pun esok pagi kann

bil dinner ...RP230,450

Selesai dinner kami decided nak tahan teksi motor (bechak) tuk bawa kami pusing town malam-malam. Nasib kami baik ada jua bechak yang sudi membawa kami dengan bayaran RP50,000 sahaja. Agak murah tuk 3 dewasa dan 2 kanak-kanak lah kan. Lagipun niat memang nak pusing-pusing. Masa pusing-pusing tu memang bole tengok lah ramainya umat manusia di Medan, Agak sesak, nampak jua pusat karaoke untuk anak-anak muda berlibur. Maknanya tak lah kampung sangat pun Medan ni kan...tak sunyi pun malam ahad tu.

bechak!!

medan pun ada JW Marriot Hotel

anak-anak ku

Apabila kami lalu di Medan Fair Plaza terus ternampak pasar malam. Terus kata kat bapak tu..bole ker kalu kami nak singgah sejam sahaja. Untuk lihat-lihat..nasib baik dia setuju. Boleh lah kami jalan-jalan tengok apa yang ada. Hrmmm barang-barangnyer tak berapa memberangsangkan, tapi mama kolin siap amik satu batik cantek giler lah blouse kelawar..siap beading hanya RP150,000 memang lawa. Hubby pulak beli wallet kulit hanya RP40,000. Dan buat kolin dan alisa..
kami beli handbag hahaha

RP15,000

RP35,000 sama dengan RM8 kut...

dah imran beli lah perfume superman RP14,000 kat indomart. Sebab dia tak minat apa pun kat pasar malam tu. Selesai kami dah pusing-pusing jam pun dah pukul 9.30 malam. Di medan memang dah lewat lah waktu tu, kami pun pulang ke hotel. Tapi hubby masih lapar dia ke restaurant garuda lagi tuk tapau murtabak mesir yang sedap tu lah..Makan lagi..lagi dan lagi..

Dan malam tu kami pun tidur lah sebab esok pagi flight jam 11 pagi. Nak ke airport awal sebab takut macet (jem) maklumlah indonesia terkenal dengan itu. 

******

Isnin - 3 september..kami pun breakfast awal..dan bersiap lah kami nak pulang ke Malaysia. Memang terasa tak sabar sebab mcm mana seronok pun negara orang lain tetap teringat Malaysia yang aman makmur nih..

menunggu teksi


ini aje lah gambar kami berdua yang menyambut ulangtahun perkhawinan ke 8....

cer teka sapa tuu

ok siap aje semua..teksi pun sampai yang diminta RP30,000. Tapi sampai aje airport terus takde wang kecil ...dia pun amik duit kami RP35,000. Ini lah tektik orang di sini...semua takde wang tukar...hrmm nasib nasib...amik kesempatan aje.

Sampai airport macam biasa ulat-ulat banyak siap pakai vest tu. Jangan terpedaya sebab mereka memang akan tolong kita tapi nanti sampai aje kat kaunter kita nak cek in kene bayar dema. Bukan murah tau! ada cina tu sampai naik suara mana pasport n boarding pas dia ada ulat duk pegang. Sekali caj haa RP150,000 tu..mengila lah...kat sini kita kena bayar airport tax dalam RP75,000 seorang. Semua ni kolin buat sendiri, memang hubby tak faham. Dia memula macam suruh bagi ulat buat...tapi kolin geleng kepala aje. Lelama dia faham..tu semua berupah ye..dan mahal giler. 

 berbaris tuk cek in

syarikat penerbangan lain..sunyi aje

kecik aje weh..polonia airport nih

selesai semua kami cek in dan terus ke ruangan menunggu. Dan sekejap aje flight kami pun sampai, sempat lah usha barangan yang ada dalam airport nih. Mahal gak ler...tapi memang datang medan bukan bershopping sangat pun. Adalah membeli tapi ala kadar heheh

so kami pun naik laa flight ke Kuala Lumpur...yeay nak balik dah. Enjoice the rest of the pictures yaa...Adios...


Legoland Promo!


Assalammualaikum

Ok Suria City Hotel JB buat promotion yang berbaloi baloi untuk semua. 


Enjoice~