Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

FAMILY GATEAWAY 1 - 3 NOVEMBER 2024

 Assalammualaikum semua 

Secara jujurnya, susah betul keluarga kolin nak berkumpul sekarang ni. Sejak anak sulung masuk IPTA dan jarang-jarang balik ni. Adanya cuti panjang bersempena Deepavali baru-baru ini. Kami plan percutian yang tak di rancang hahah, faham tak?

Day 1 - 1 November

Kami keluar dari KL jam 8.00 malam, singgah makan, toilet dan sebagainya kami sampai Tanah Rata Cameron Highland hampir jam 12.00 tengah malam. 

Sampai tanah rata, baru kami cari bilik penginapan untuk berehat. Dapat harga RM130 sahaja, katil queen satu, katil single satu, bilik air, air panas semua ada.

Dah siap basuh muka all, kami pun tidur. Selesai aktiviti hari pertama. 



Day 2 - 2 November

Selesai solat subuh kami keluar dari hotel untuk mencari sarapan. Takut juga jalan jem sebenarnya. Tempat pertama kami ke Agro Market yang mula viral tu. Nak masuk tiket almost RM25 untuk bergambar-gambar rasa tak berbaloi. So kami lepak makan sarapan lah dulu ada cafe walaupun kurang menarik tapi sebab dah lapar kami sebat apa sahaja.