Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

YAYASAN KEMANUSIAN MALAYSIA DAN TEACH FOR MALAYSIA BERUSAHASAMA UNTUK MEMPERKASAKAN PELAJAR KURANG MAMPU DENGAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN

SEMENYIH, SELANGOR, 29 DISEMBER 2023 – Pertubuhan bukan untung, Yayasan Kemanusiaan Malaysia (“Malaysian Humanitarian Foundation/MHF”) menjalinkan usahasama dengan organisati pendidikan, Teach for Malaysia (“TFM”) dalam mengenalpasti pelajar dari isi rumah B40 dengan menawarkan biasiswa untuk menghadiri program SuperCamp.

Bagi edisi Disember yang dianjurkan dari 18 hingga 22 Disember 2023 di Paradise Valley Broga Resort, Semenyih Selangor ini, tujuh (7) pelajar dari beberapa sekolah dalam Lembah Klang telah disenaraikan dipendekkan oleh TFM untuk menghadiri SuperCamp.

"Kami melaksanakan sebuah sistem untuk memanjangkan peluang seperti ini kepada pelajar dari golongan yang kurang berkemampuan. Kekangan dalam kewangan untuk membiayai program seperti ini tidak seharusnya menjadi alasan yang menghalang mereka untuk terus maju dan mencapai kejayaan pada masa akan datang. Kami berharap, bermula dari tahun 2024 kami dapat menambah bilangan penerima biasiswa ini kepada sekurang-kurangnya 50 pelajar setiap tahun kata Henry Teh Kok Kheng, Pengarah Eksekutif MHF (郑国庆).

MEMPERKASAKAN BAKAL PEMIMPIN MALAYSIA

Vassenthen A/L Devendren, 16 teruja kerana terpilih untuk menghadiri SuperCamp. Pelajar SMK (L) Methodist Sentul tersebut mendedahkan, dia berasa rendah diri apabila mula menghadiri sekolah kebangsaan daripada sekolah jenis kebangsaan Tamil selepas gagal mendapatkan keputusan yang diingininya semasa menduduki UPSR. Dia juga berasa kurang yakin kerana bertubuh besar.

Vassenthen mahu membuatkan ibunya, Mogana Sunthari bangga dengan pencapaiannya di sekolah

MAJLIS GRADUASI #CALONSPM2023

Pantas masa berlalu, siapa sangka anak bujang kolin bakal menduduki SPM 2023 bermula Januari 2024 nanti. Ikutkan debaran memang "merimaskan" tapi ini lah laluan nak berjaya. Kolin ni memang sejenis kaki drama kalau ada benda-benda penting macam ini. Semacam 'gelabah' kalau bab anak-anak. Drama hahahah

Awal bulan Disember 2023 yang lalu, inisiatif pihak sekolah mengadakan majlis graduasi sebelum SPM bermula. Sangat manis kenangan yang mereka cipta. Ucapan tahniah buat semua pengurusan sekolah dan murid-murid yang terlibat. 

KAK HA NASI KERABU, KUALA KRAI

Assalammualaikum semua

Tak ingat berapa kali dah sampai Kelantan. Masa kecik-kecik dulu arwah abah yang bawa tapi masa tu lupa lah jalan dia macam mana. 

Disebabkan ada kenduri adik ipar, memula pikir nak naik flight, tapi bila rasa anak-anak dah besar ini, kami memilih untuk memandu. Selalu travel ke sana memang naik flight aje hehehe.

Adoi, jalan dia memang tak mesra ya. Patutlah balik raya jem selalu. So dah faham, jalan agak sempit pula yang kolin lalu gua musang tu. Harap masa akan datang akan lebih baik.

Bertolak jam 9 malam, syukur kami semua selamat sampai. Dan ini lah tempat sarapan kami yang pertama di Kuala Krai. KAK HA NASI KERABU

Ada aje gerai-gerai lain, tapi kedai ni penuh wei. So biasa lah atas emosi terus masuk hahaha. Nampak la kuih banyakkkkkk, ayam lak bakar bau sedap. Kami pun masuk duduk makan. Kedai simple, kecik aje.