Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Cetaphil Bright Healthy Radiance Melancarkan Duo Hebat Multi-Tindakan Untuk Keserian Segera dan Berkekalan dengan Hasil Terbukti Secara Klinikal dalam tempoh 14 hari

 

CETAPHIL®, jenama penjagaan kulit dermatologi No.1 di Malaysia* dengan bangganya memperkenalkan dua produk tambahan dalam rangkaian Bright Healthy Radiance – Cetaphil Bright Healthy Radiance Perfecting Serum dengan 7x kelebihan dan satu-satunya pembersih muka 3 dalam 1 Cetaphil yang pertama, iaitu Bright Healthy Radiance Gentle Renewing Cleanser. Produk inovatif ini menggunakan Teknologi GentleBright, lantas menandakan era baharu dalam penjagaan kulit. Dengan hasil yang terbukti secara klinikal dalam tempoh 14 hari sahaja, teknologi ini melangkaui tindakan pencerahan kulit dan membina keunggulan dengan Duo Hebat dan faedah pelbagai tindakannya. Memandangkan Cetaphil mengutamakan penjagaan menyeluruh untuk setiap kisah kulit, Cetaphil sentiasa komited untuk mengekalkan profil toleransi produknya oleh semua.

 


BERCUTI KE PULAU PANGKOR

 Assalammualaikum korang

Percutian ke Pulau Pangkor kali ini memang last minute sangat. Semua terjadi bila kawan kolin tengok video viral kat tiktok. So ini list yang kolin buat sepanjang kat sana okay. Gambar bawah ni malam terakhir kami di sana. Makan di Teluk Nipah Cafe, kat sini ada ala carte atau nak makan stimbot pun boleh juga.

 

Ikutkan anyak tempat lain lagi, ikut selera masing-masing. Ini antara yang kolin booking dan buat masa bercuti ke  Pulau Pangkor Mei 2023 yang lalu. Simple aje janji sampai kata orang.

PERASMIAN BUTIK KONSEP COACH AIRWAYS PERTAMA DI DUNIA DALAM PESAWAT BOIENG 747 DI FREEPORT A'FAMOSA OUTLET, MELAKA

Freeport A'Famosa Outlet secara rasminya memperkenalkan Coach Airways yang pertama di dunia iaitu sebuah pesawat Boeing 747 yang telah diubah suai menjadi butik dan kafe yang unik bagi produk jenama Coach. 


Bermula dengan cita-cita dan impian yang tinggi, projek ini telah bermula pada April 2021 dan akhirnya berjaya disiapkan sepenuhnya pada Mei 2023 selepas proses penilaian, perolehan, pemindahan, pemasangan dan ubah suai dilakukan pada pesawat Boieng 747. Dengan panjang badan pesawat 231 kaki 10 dan lebar rentang sayap sepanjang 195 kaki 8 inci, pesawat Boeing 747 ini pada suatu ketika dahulu pernah menjadi pesawat awam terbesar pada tahun lewat pada tahun lewat 1960-an. Pada hari ini, pesawat kemegahan ini telah bertukar peranan menjadi Butik Coach yang pertama di dunia.

LAUK RINGKAS BUAT SEKELUARGA

 Assalammualaikum korang.

Lately ni terasa sangat belanja kasar sebab kerap makan di luar. Akhirnya kolin sekali lagi bersemangat untuk masak hari-hari hahahaa. Kalau korang baca entri yang lepas-lepas berapa kali dah aku ni bersemangat. Tapi gagal istiqhomah. Tapi bila bajet asyik terlebih-lebih rasanya kena patah balik, masak dan makan di rumah sahaja. 

Menu paling simple yang korang boleh tiru ialah ini. Sambal belacan dan timun muda!! Timun muda ni sedap ya, makan macam tu aje. Ketagih sebab ranggup. Siapa tak pernah cuba timun muda atau timun kecik ini, silakan. 


Kolin boleh janji korang akan lepas tu memang akan beli aje. Refreshing sangat bila makan timun tau. Lagi bagus tuk kurangkan suhu badan. Lagipun cuaca kan kerap panas sekarang. 

KONSERT SATU SUARA VOL.3

Dah lamaaa wei tak pergi konsert. Tu bila dapat tiket seronok sangat. Ye lah sejak PKP dan covid semua kan terhenti. So ini lah konsert pertama kolin setelah sekian lama. Itu pun tiket free hahahaha. Thk u yang bagi tuu :)

KONSERT SATU SUARA VOL. 3 adalah inisiatif Yayasan NurJiwa kelolaan Dato Sri Siti Nurhaliza, "Tokti" kesayangan ramai bersama suami dan keluarga. So konsert yang bertujuan murni bagi membantu orang-orang kurang kemampuan ini dapat sambutan ramai juga. 

Konsert ini diadakan di Sungei Wang Mall, Arena Mega Star. Parking dalam mall sahaja dan terus naik ke tingkat 4 tak silap kolin. Senang aje.

BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

Hai korang semua. Masa cuti raya tu, sebelum balik ke KL sempat kami singgah tidur satu  malam di Bukit Merah Laketown Resort

Kolin tempah guna Agoda sahaja, murah sikit. Booking pun dalam perjalanan keluar dari Penang. Hotel dia kolin tak snap gambar lak. Agak suram, hotel lama tapi okay lah buat persinggahan. Nak makan malam atau sarapan banyak aje gerai jualan tepi jalan. So sesiapa nak stop berehat kalu berjalan ke Utara boleh singgah kat Hotel Bukit Merah Laketown Resort tu.

TAMAN TEMA AIR BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

Tiket murah RM25 sahaja untuk seorang dewasa. Macam biasa air dan makanan jangan bawa masuk. 

Hasil pemerhatian, kecik aje taman tema air ini. Dan tak banyak games sangat. Tapi staff dia memang kelas A+. Peramah sangat2 dan juga baik hati. Tak sombong wei..maklumlah orang utara kan memang murah senyuman. 

DAIA MEMPERKENALKAN DAIA HIJAB ALL DAY FRESHNESS

DAIA MEMPERKENALKAN DAIA HIJAB ALL DAY FRESHNESS
Penyelesaian Inovatif bagi Mengawal Bau Peluh: Segar Untuk Hijab, Segar Untuk
Keluarga

Kebanyakan wanita Muslim di Malaysia memakai hijab. Hijab juga telah berkembang dari segi fungsi dan gaya dengan kehadiran trend fesyen hijab yang terkini. Walau bagaimanapun, keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap, serta gelombang haba yang dialami di seluruh negara ketika ini menyebabkan kita berpeluh, tidak kira lelaki, wanita, atau kanak-kanak. Dengan suhu mencecah 35°C di sesetengah kawasan di Malaysia, pemakaian hijab menjadi agak mencabar. Memandangkan pemakaian hijab melibatkanpenutupan aurat sepanjang hari, terutamanya kepala, ia meningkatkan tahap kelembapan rambut, yang kemudiannya menyebabkan hijab dipenuhi dengan kesan peluh. Selain itu, peluh turut mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan dan membuatkan pemakai hijab berasa tidak selesa, resah gelisah, sehingga menjejaskan keyakinan diri mereka.


Sebagai bukti komitmennya terhadap inovasi dan bagi memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang sentiasa berevolusi, Daia, jenama pencuci pakaian memperkenalkan Daia Hijab All Day Freshness, satu penyelesaian inovatif yang menghapuskan semua bau termasuk bau peluh ketika dicuci dan meneutralkan bau ketika dipakai, memberikan kesegaran sepanjang hari.