Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

REVIEW: PES MASAK HITAM SERBUK DARI CHEF'S TASTE

 Assalammualaikum korang semua

Pertama kali kolin memang tak sangka pes serbuk ni sedap rupanya. Nak dijadikan cerita, kolin beli pes ini kat salah satu booth kat KL Sentral bulan puasa yang lalu. Kasihan kat adik-adik yang meniaga tu sebab tak ada siapa membeli. So macam kolin nak support, beli lah satu pes masak hitam ini. Lepas beli simpan terus dalam almari.

Maklumlah bulan puasa kolin kurang memasak. Baru-baru ini teringat kat pes ini. Terus beli udang dan sotong nak masak. Jadilah menu di hujung minggu Sotong Udang Masak Hitam.


SYAWAL 2022

 Syawal 2022 :)

Sememangnya Hari Raya tahun ini yang terlalu istimewa buat kolin sekeluarga. Dah 2 tahun beraya di KL,sebab keluarga kolin kat sini aje. Tapi kali ini giliran suami lah, jom kita ke utara tanahair.

              belakang tu view gunung jerai tau

Kali ini memang merasa betul kesesakan jalanraya, nak masuk toilet beratur, surau pun sendat dan memang boleh dikatakan raya sakan betul. 

MERIAHKAN SYAWAL DENGAN PAKEJ i'Dahlia RAYA

Diam tak diam, kita semua dah nak menyambut bulan syawal kan. Lagi pula setelah beberapa tahun kita beraya dalam keadaan tidak meriah disebabkan pendemik Covid19. 

Tapi tahun ini 2022, confirm raya tau. Bagi meriahkan syawal dengan Pakej i'Dahlia Raya korang boleh bersama-sama menyambut raya dengan penuh kemeriahan. i'Dahlia Corner adalah satu-satunya restoran yang berkonsepkan dalam taman di dalam kejiranan KLCC. Terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur, menyediakan ruang buat syarikat korporat mahupun individu yang mahu menjadikan i'Dahlia Corner sebagai lokasi untuk menganjurkan rumah terbuka nanti. 



Ada 3 ruang di i'Dahlia Corner ada sesuai untuk korang tau.