Haaa luar biasa! Sebab apa luar biasa sebab selalu kami sambut di kedai makan, restoran kadang tu kami sambut sambil pergi bercuti. Check in hotel, have a good stay and very nice dinner. Tapi apakan daya, kami kena sekat rentas negeri kali kedua sebab jahatnya si covid19 tu. Meragut semua kebebasan kami untuk ke sana ke sini. Kejutan Hari Jadi Buat Suami, Luar Biasa pada tahun 2020 ini tetap diteruskan lah. Janji kita sambut dan tunjuk kat anak-anak sikap meraikan ini adalah yang terbaik. Life is too short, ini semua memori kami sekeluarga bersama. So korang yang ada family or baru start nak berkeluarga, sila pastikan semua orang ingat tarikh hari jadi memasing okay. Jangan lupa sambut, walau ringkas seringkas-ringkasnya.
Hari Jadi Suami jatuh pada 31 Oktober. Tapi kolin memang suka sambut sehari sebelum dan pada hari jatuhnya hari jadi. Memula kolin ke SACC Mall beli set ayamas. Kami sekeluarga suka sangat ayam percik. Tapi kan...sekarang tak sedap dah macam dedulu. Set untuk 4 pax dalam RM52 tak silap kolin.
Selepas itu beli lah kek baskin robin. Terasa nak makan aiskrim pulak. Asyik kek dan icing kan. So tukar angin tahun ni, kek dalam RM90. ok done...KEJUTAN HARI JADI BUAT SUAMI, LUAR BIASA dah ready. Inilah dia tahun 2020, semuanya luar biasa kan.
Sampai kat rumah, kami makan nasi set ayamas dulu. Lepas makan suami sibuk minta air batu. Kolin dan anak-anak sorok kek dalam peti ais beku, sekali pergi suruh dia pula ambil air batu, terus kantoi hahahahah. Dia gelak bila nampak box kek baskin robin tu. Alhamdulillah tengok orang senyum meraikan hari jadi memang berbaloi kan.
So lepas dinner memang tak keluarkan kek tu lagi. Dekat jam 10 malam, tetiba suami turun bawah ambil barang tertinggal dalam kereta. Masa tu terus suruh anak-anak keluarkan kek dan siap sedia dengan gitar hahaha.
KUNUN..KUNUN hahahahha
So selesai sudah sambutan sehari sebelum hari lahir yang sebenar. Kolin memang perangai suka celebrate banyak kali hahahha. Itu yang luar biasa tu
Dan pada hari lahir suami 31 Oktober tu, kolin buat mihun goreng, air sirap dan order sahaja kek dari baker cottage guna grab. Sambutan macam orang dulu-dulu, kalau buat birthday party mesti ada air sirap dan mihun kan.
Semoga suami dan anak-anak happy. Dan semoga dipanjangkan umur dan sihat selalu encik suami. Tiada apa yang kolin harapkan daripada korang semua yang baca blog ini. Doakan yang baik-baik untuk kami semua ya. Semoga semua doa yang baik-baik ini berbalik semula pada korang semua yang manis belaka ini.
Inilah dia Kejutan Hari Jadi Suami, Luar Biasa!
Seronok kan bila tengok orang yang kita sayang seronok dan enjoy the moment..
ReplyDeletehehehehe...syok la, asalkan keluarga ada disisi dah sempurna dah kak...happy belated birthday incik bossss
ReplyDelete