Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

NASI BRIYANI DARI SURI CATERING & EVENTS SERVICES

Hey korang semua...dah makan ke tu? Kalau belum makan, kolin nak share satu hidangan yang sangat sedap untuk di cuba. NASI BRIYANI DARI SURI CATERING & EVENT SERVICES memang berbaloi tau. Portion besar dan paling penting memang hampir sama kesedapanya dengan nasi briyani md shah di Batu Pahat.


Arwah abah kolin orang Batu Pahat, Johor. Jadinya memang makan nasi briyani dari kecik-kecik lagi. Jujur nak cerita, susah nak dapat nasi briyani ala Batu Pahat. Banyak dah kolin cuba, tapi yang ini memang sedap gila. Menepati citarasa dan memang hilang dendam rindu makan yang ini. 
 
kolin pertama kali makan, tapi rupanya kalau korang terjah IG mereka memang dah femes. Artis pun banyak dah review dan guna servis katering dari mereka ni. Rezeki kolin, ada kawan belanja lunch sebenarnya. Baik betul dia kan. 
 
Siap pepagi wasap kolin "Wei..jangan masak, i nak hantar nasi briyani tuk u sefamily untuk lunch". Terharu sangat tau...Alhamdulillah, semoga murah rezeki dia untuk dapat baby satu lagi. Semoga murah rezeki you sekeluarga Farah, kawan yang baik tuuuu rezeki juga kan. 
 
Berbalik kepada nasi briyani, kolin dapat rasa briyani ayam dan briyani kambing dia. Tapi terbaik ahhhh LAUK KAMBING tu memang sedap, lembut dan cair di mulut. Tak bau ye, memang world class masakan dia. Ada acar buah dan juga kuah dalca yang memang sedap sangat. Kena betul paduan semua tu dengan nasi. Kalau tengok Siti Nurhaliza pun suka tau nasi briyani tu. Sorry, kolin lupa tangkap gambar ayam dan kambing besar dalam tu hahah. Tapi korang boleh ke IG mereka okay. Memang besar weii..berbaloi. Banyak betul isi mereka letak.

Tak pasti ada kat grab atau food panda, tapi korang boleh terus ke IG mereka untuk order. Kalau dah sedap jangan lupa share tau, supaya semua orang dapat merasa nasi briyani letop ni. 
 
Benda elok kita ikhlas share dan review tau. 
Semoga murah rezeki yang baca entri hari ini. Jaga diri okay sayanggg...
 
babai








 

TREND KECANTIKAN TERKINI DARI SELURUH DUNIA KINI DI GUARDIAN

 

Sejajar dengan reputasinya sebagai sebuah destinasi kecantikan, Guardian Malaysia telah mara selangkah lagi ke hadapan dengan menampilkan trend kecantikan terkini dari seluruh dunia agar keperluan pelanggan dalam normal baru dapat dipenuhi.

“Dulu kita boleh berkunjung ke luar negara dan membeli produk-produk kesihatan dan kecantikan terkini yang belum boleh didapati di Malaysia. Namun gaya hidup sebegitu agak mustahil kini akibat daripada pandemik COVID-19,” kata Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Health And Beauty, Malaysia dan Singapura.


“Oleh itu, daripada perubahan gaya hidup yang belum pernah kita alami sebelum ini, tercetuslah satu ilham untuk  mengadakan acara yang pertama seumpamanya iaitu Jualan Kecantikan Global (Global Beauty Sale atau GBS) untuk memberikan pelanggan kami akses mudah yang berterusan kepada produk-produk kecantikan terhebat dari seluruh dunia pada nilai yang hebat,” tambah Anna.

SEKAT ORANG DARI LAMAN MEDIA SOSIAL UNTUK KEBAHAGIAAN SENDIRI

Heyyy korang semua. Assalammualaikum, semoga semua sihat selalu dan jaga diri sepanjang cabaran pandemik ini. Korang ada tak sekat orang dari laman media sosial untuk kebahagiaan sendiri. Ini kolin sendiri buat. Hurmm bukan nak sombong tapi rasanya lagi selamat untuk diri sendiri. Blok wasap, blok dari ig, blok dari fb dan kalau lah boleh nak blok mereka ni dari baca blog kolin. Malangnya susah nak blok haha. Bukan sombong, tapi banyak kesan negatif dari positif. Banyak menda yang tak patut mereka tahu, sebab itu semua akan jadi bahan umpatan. 


Itu yang kolin cakap selalu, kenapa blok! Sebab saya tak mahu tau apa orang tu buat dan dia pun tak perlu tahu apa saya buat. So kita blok orang dari media sosial untuk kebahagiaan sendiri.

Simple aje kan, pastinya bila orang tu kau blok dia akan usaha nak tengok juga. Kelakar bila dapat tahu, tapi nak cakap GET YOUR OWN LIFE. itu sahaja, tak perlu sibuk. Awak jaga urusan awak, saya jaga urusan saya.

Pelik kan, tapi inilah kebenaran. Bila kantoi, saya senyum aje, tak apa laa mesti awak nak tengok apa sharing saya di media sosial kan. Jangan risau all positive sahaja, sebab kita suka happy happy sahaja.

Harap semua gembira selalu dan dapat menjalani tahun penuh cabaran ini dengan baik. Ingat ye, sayangi diri sendiri sebelum orang lain dan selalu positif kepada diri okay.

Sayang selalu🙂

KEJUTAN HARI JADI BUAT SUAMI, LUAR BIASA!

Haaa luar biasa! Sebab apa luar biasa sebab selalu kami sambut di kedai makan, restoran kadang tu kami sambut sambil pergi bercuti. Check in hotel, have a good stay and very nice dinner. Tapi apakan daya, kami kena sekat rentas negeri kali kedua sebab jahatnya si covid19 tu. Meragut semua kebebasan kami untuk ke sana ke sini. Kejutan Hari Jadi Buat Suami, Luar Biasa pada tahun 2020 ini tetap diteruskan lah. Janji kita sambut dan tunjuk kat anak-anak sikap meraikan ini adalah yang terbaik. Life is too short, ini semua memori kami sekeluarga bersama. So korang yang ada family or baru start nak berkeluarga, sila pastikan semua orang ingat tarikh hari jadi memasing okay. Jangan lupa sambut, walau ringkas seringkas-ringkasnya. 


Hari Jadi Suami jatuh pada 31 Oktober. Tapi kolin memang suka sambut sehari sebelum dan pada hari jatuhnya hari jadi. Memula kolin ke SACC Mall beli set ayamas. Kami sekeluarga suka sangat ayam percik. Tapi kan...sekarang tak sedap dah macam dedulu. Set untuk 4 pax dalam RM52 tak silap kolin. 

 


Selepas itu beli lah kek baskin robin. Terasa nak makan aiskrim pulak. Asyik kek dan icing kan. So tukar angin tahun ni, kek dalam RM90. ok done...KEJUTAN HARI JADI BUAT SUAMI, LUAR BIASA dah ready. Inilah dia tahun 2020, semuanya luar biasa kan. 

Sampai kat rumah, kami makan nasi set ayamas dulu. Lepas makan suami sibuk minta air batu. Kolin dan anak-anak sorok kek dalam peti ais beku, sekali pergi suruh dia pula ambil air batu, terus kantoi hahahahah. Dia gelak bila nampak box kek baskin robin tu. Alhamdulillah tengok orang senyum meraikan hari jadi memang berbaloi kan.

So lepas dinner memang tak keluarkan kek tu lagi. Dekat jam 10 malam, tetiba suami turun bawah ambil barang tertinggal dalam kereta. Masa tu terus suruh anak-anak keluarkan kek dan siap sedia dengan gitar hahaha.

KUNUN..KUNUN hahahahha

So selesai sudah sambutan sehari sebelum hari lahir yang sebenar. Kolin memang perangai suka celebrate banyak kali hahahha. Itu yang luar biasa tu


Dan pada hari lahir suami 31 Oktober tu, kolin buat mihun goreng, air sirap dan order sahaja kek dari baker cottage guna grab. Sambutan macam orang dulu-dulu, kalau buat birthday party mesti ada air sirap dan mihun kan. 


Semoga suami dan anak-anak happy. Dan semoga dipanjangkan umur dan sihat selalu encik suami. Tiada apa yang kolin harapkan daripada korang semua yang baca blog ini. Doakan yang baik-baik untuk kami semua ya. Semoga semua doa yang baik-baik ini berbalik semula pada korang semua yang manis belaka ini.

Inilah dia Kejutan Hari Jadi Suami, Luar Biasa!


DRESS MURAH DI IG: ALISA.SARA.BOUTIQUE

Holla semua. Siapa suka pakai dress, memang minat kita sama. Kadang bila plan pergi holiday saja beli dress untuk bergambar, maklumlah sejenis kaki suka ootd. Tapi susah kan nak cari dress murah. Nah kali ini kolin nak share satu IG shop yang korang boleh consider nak beli nanti. 

Design dan color banyak sangat, pilih sahaja suka yang mana.

ALISA SARA BOUTIQUE

Untuk yang ada akaun instagram, korang boleh search terus. Memang banyak pilihan oi, untuk orang kurus dan juga untuk orang yang berisi.



Dress murah memang menjadi pilihan kan. Maklumlah dari segi perbelanjaan kena kawal, kalau di ig alisa.sara.boutique semua harga yang ditawarkan sekali siap pos. Kalau dah RM60 untuk sepasang dress murah dan cantik sekali pos, dan jimat pula masa korang nak berjalan kat mall musim pandemik ni kan. Lagi best jimat tenaga dan duit minyak. Order sahaja mana satu dress murah yang korang suka sampai terus ke rumah. Dah ada baju baru untuk digayakan kalau pergi berjalan atau ke tempat kerja nanti.

Punya la banyak pilihan, sampai kan kolin rasa mesti korang rambang mata tau


DRESS MURAH


Kalau ikutkan semua nak dibeli sebab semua cantik belaka. So kalau korang mencari dress murah, jangan lupa ke kedai ig shop ni. Memang berbaloi..banyak pilihan dan warna.

Dress murah di IG alisa sara boutique