DENDA SERIBU RINGGIT KALAU TAK PAKAI MASK!
Kalau tak mahu kena denda RM1000 sila pakai mask di mana jua anda berada okay! Dan sudah tentu yang terbaik adalah 3 ply mask yang digunakan oleh ramai orang tu. Yang biru tu...sekarang senang dah nak beli mana-mana pun ada. Untuk kolin sendiri, face mask atau topeng tutup separuh muka tu buat kulit gatal. Alergik betul, sampai bawah dagu dan pipi penuh jerawat.
Solusi masalah kolin ialah mask dari fabrik. Dan kalau ikutkan ramai aje yang jual dan buat. Saja kali ini nak support designer tempatan kita iaitu Dato' Jovian Mandiage. Sebab masa mula PKP dia dan team sudi hantarkan mama kolin essential kits tau. Baik sangat..FREE!! So kolin balas balik dengan beli mask fabrik dari dia.
Sama juga 3 ply dan boleh masuk filter bahagian tengah mask fabrik tu. Dan paling penting kain tu sangat selesa untuk kolin bernafas. Kebetulan tinggal warna pink sahaja dan harganya RM50. Ikutkan pada kolin berbaloi lah selagi tak lebih RM100 tu. So beli satu..pink color!!
JOVIAN MASK NON WOVEN FILTER
Bagi kolin okay sangat la. Andai kata filter tu dah abis. Kan banyak mask yang tali putus tu. Kolin pakai buh dalam poket fabrik mask tu. Jadinya sama juga, dalam tu ada mask yang 3 ply. Cuma benefit buat kolin, kulit tak gatal dan jerawat tak lah tumbuh kawasan bawah mulut kat dagu tu.
Terpulang pada masing-masing juga kan. Kita kasihan juga pada parent yang ramai anak dan tanggungan. Tak akan lah sekotak 50pcs dan harganya RM30 tu jadi satu beban bulanan pula kan. Kalau anak lima orang, 3 kotak dah hampir RM90 sebulan. Tambah pula satu kat situ...huhuhu gaji tetap sama gaissss.
Jadi korang tepuk dada tanya selera. Ikutkan ramai yang jahit sendiri sama sebiji macam rekaan pereka tempatan. Saja kolin belanja diri sendiri dan support local designer.
Kepada korang yang pandai jahit mask sendiri tu...syabas wei!! Good job, semoga jualan mask fabrik korang laku ya.
Jangan lupa "klik-klik IKLAN blog" belanja kolin okay. Terima kasih sudi baca entri ini :)...jumpa di entri lain ya.
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you