Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

PERCUTIAN KELUARGA SELEPAS PKP Covid19 DI ANCASA RESIDENCES, PORT DICKSON

Assalammualaikum semua. Tempat percutian pertama kolin tuju selepas boleh lintas negeri ialah Port Dickson. Macam rasa rindu sangat nak mandi laut kan. Tidur hotel memang rindu lah, sebab itu kan hobi sampingan. Disebabkan masa tu ada promosi di Ancasa Residence, Port Dickson terus kolin book penginapan untuk sekeluarga. 

Tapi disebabkan bajet yang rendah, kolin ambil 1 Bedroom apartment dan tambah extra bed. Lagipun besar-besar karang tak best. So elok bersempit-sempit. Definasi holiday untuk satu malam bagi kolin sekeluarga. 

Inilah one bedroom apartment untuk penginapan kolin yang pertama selepas PM umum dah boleh rentas negeri :)

 Masuk pintu ada ruang tamu, siap ada set sofa, tv, kipas dan juga aircond. So letak depan tu lah extra bed. Sambil tengok TV leh layan baring kan.

 

ni ruang makan dan terus ke dapur. Memang lengkap ye. Ada kettle, peti sejuk dan rasa kolin macam boleh masa nanti akan datang. Sebab dah ada new installation dapur. Apa pun korang boleh semak nanti dengan pihak hotel. Kolin memang tak kuasa holiday nak masak-masak. Semua konsep free and easy makan kat hotel aje sis. Kita feeling princess :)

 

Bilik utama one bedroom apartment. Ada satu bilik air dalam bilik ini. Siap almari solek dan almari baju. 

Dan apa yang kolin suka ialah balkoni kat sini. Balkoni tu punyalah luas dari ruang tamu sampai ke bilik tidur ye. Boleh main badminton tau. Dan kalau view dari ruang tamu view ini. 

Tapi dari sebelah bilik view dia laut. Dan paling menakjubkan view sunset. Breathtaking!

 

Suka sangat menginap kat sini, sambil minum kopi, makan bersama keluarga boleh layan angin laut. Pool pun luas, nak jalan kaki ke laut pun dekat sangat. Kedai makan tak susah sebenarnya. Cuma PD terkenal dengan susah parking dan jem. So kolin suggest makan sahaja apa yang ada promosi dalam hotel. Promosi sampai 30 September 2020, jangan lupa call untuk booking ye. Very good hospitality kat sini, sesuai untuk percutian keluarga.


Jangan lupa cari mereka di Instagram dan Facebook lah kalau nak tengok semua tarikan kat Ancasa Residence, Port Dickson. 

Dan buat kolin yang kali kedua datang sini, surely akan repeat kalau bercuti kat sini. Balkoni dengan view tu yang MAHAL. Kadang-kadang melepak pandang alam tu paling menenangkan, betul tak?

Thank you ye baca entri ini. Take care :)


5 comments:

loving me..loving you