Siapa yang tak makan durian oiii. Kolin memang gemar makan durian, tapi bukan lah peminat musang king atau black thorn. Pendek cerita kolin makan durian kampung, lagi murah, lagi suka hahaha :). Sebenarnya kolin peminat durian yang pahit-pahit manis gitu. So biasa rasa begitu ada kat durian kampung lah kan. Jadinya masa balik dari kampung hari tu kolin singgah terus masuk ke simpang Taiping. Dua kali dah singgah daerah ini, pertama kali kolin melawat Zoo Taiping. Kali ini kolin masuk terus ke Batu Kurau, lebih kurang 30 minit sahaja dari Bandar Taiping. Ikut aje papan tanda atau korang waze okay.
Jalan siang tak lah takut sangat, sebab ada area yang tiada line telefon tau. So masa sampai kat pekan batu kurau, kami tengok masjid dia dulu. Masa kat situ memang dah banyak orang berniaga buah-buahan dah. Cuma kami nak cari tempat borong buah sebenarnya. So tanya kawan yang duduk di batu kurau, dia suruh masuk satu simpang, terus ke kawasan kampung. Nahhh jumpa satu kedai yang memang jual borong! Plastik pun tak ada wei...
DURIAN BELI SECARA BORONG
Semua timbang kat dalam bakul aje. Dan kalau korang borong hanya lah RM6 sekilo. Tapi kalau ambil 100 kilo tu dapat RM5 sahaja. Kalau nak berniaga korang boleh lah ke sini. Cuma rasa kolin kalau dapat kebun mungkin lagi murah. Cuma mungkin kuantiti tu kena 500kg kut.
petai tu pun 100 papan cuma RM70 sahaja. Kalau nak berniaga memang mudah aje. Itu lah dia kalau korang ke batu kurau ni. Tempatnya sejuk, ada sungai dan buat pengetahuan korang tempat ini selalu sangat hujan, macam kat lembah.
So kolin beli lebih kurang 15 biji aje. Bukan nak berniaga pun tapi nak makan sekeluarga kan.
MEDAN YONG TAU FOO DI BANDAR TAIPING
Selesai membeli durian dan buah semua. Kami terus patah balik ke Bandar Taiping. Masa tu saja masuk bandar sebab dengar cerita terkenal dengan Medan Yong Tau Foo.
antara street art yang sempat kolin snap masa dalam kereta. Banyak lagi sebenarnya. Bandar Taiping ini macam sesuatu yang istimewa sangat. Kolin mencari peluang satu hari nanti nak menginap hotel ini dan explore tempat ni.
kat medan yong tau foo aje ni, boleh bergambar. Comel kan. Medan ni ada terbahagi antara yong tau foo melayu dan cina. So memang banyak berderet-deret. Cuma masa kolin datang ada penguatkuasa lah! Dema duk tengok SOP huhuh. Dengar kata mereka kena saman sebab tak ikut SOP. Kasihan peniaga kecil-kecilan ni, nak buat macam mana kan.
HARGA MURAH DAN BERPATUTAN
Kalau tanya kolin personally, memang berbaloi dan sedap. Kolin try kedai hujung sekali yang ada jual satay. Tapi masa tu satay tak jual, sepinggan penuh dan cukup untuk 4 pax tu harganya tak lebih RM30 pun. So sesiapa yang tak tahun Bandar Taiping ni ada kedai makan sedap, sila lah singgah. Kalau dari highway nak ke utara tu, detour sikit aje. Tak jauh mana, dah makan kenyang-kenyang keluarlah highway balik untuk meneruskan perjalanan. Dari korang makan dekat R&R tu tak berapa sedap dan mahal.
Tak sabar nak kembali ke Bandar Taiping lagi. Hari tu cuma ke zoo aje pun dah seronok. Next round nak menginap satu malam lah.
Terima kasih korang baca story ini, jangan lupa klik iklan sekali okay hahahahaa