Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

7 HIDANGAN RAMADAN YANG MESTI DICUBA DI RUMAH

Assalammualaikum korang semua. Dalam diam kita semua menghampiri bulan puasa. Dan masa bulan puasa ini lah pelbagai hidangan akan dipersembahkan. Kadang-kadang dalam masa 30 hari berpuasa tu kita sampai buntu tak tahu nak masak apa kan.

Dalam menjalani ibadah puasa, masa ini lah pelbagai hidangan enak akan dijual. Namun bukan semuanya sihat, ada yang gula tinggi dan lemak yang tinggi. Pada masa yang sama ramai pula orang di pasar ramadan dan membuatkan kita kadang berasa leceh nak membeli belah di pasar ramadan. 

Pernah tak terasa nak makan kuih atau hidangan yang biasa mak atau nenek kita buat. Jom kolin share macam mana nak buat sendiri okay. Mudah sahaja tau, kali ini kuih atau pemanis ini tak perlu pun peralatan khas yang tiada di dapur kecil korang tu. 

SANTAN AYAM BRAND

Semua hidangan yang bakal ditampilkan mengandungi santan yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dengan rasa lemak berkrim yang enak. Ianya di uji dengan mengunakan dengan rapi dalam 3 variasi santan yang ada iaitu Santan, Santan Trim (45% kurang lemak) dan Santan Super Light (75% kurang lemak berbanding Santan Ayam Brand) bersama resipi yang boleh korang cuba di https://www.ayambrand.com.my/raya2020

Untuk memastikan kandungan lemak lebih renda, tiada satu pun hidangan ini yang digoreng. Kebanyakkan resipi ini mempunyai rasa manis yang sederhana. Tetapi jika anda sedang dalam diet kurang gula, kurangkan sahaja rasa manisnya. 


Dan berita baiknya, rebutlah peluang memenangi hadiah menarik jika korang membuat kuih-muih ini. Caranya mudah sahaja, hanya kongsikan di Instagram atau Facebook korang dengan tag @ayambrand di Instagram atau tag @ayambrandmalaysia di Facebook, selain itu gunakan hashtag #beRAYAambrand tau. Beritahu lah kenapa korang rasa ianya merupakan hidangan kegemaran semasa Ramadan atau berhari raya nanti. Peraduan ini bermula pada 5 April dan berakhir pada 14 Jun dengan 16 hadiah mingguan dan dua hadiah utama untuk dimenangi. 

RESIPI PERTAMA YANG BOLEH CUBA DENGAN SANTAN AYAM BRAND

1. Bubur Jagung

pencuci mulut yang paling senang hendak dicuba. Cuma masukkan ramuan ikut turutan dan kacau pada kepanasan yang sederhana sehinggalah bubur siap. Tempoh memasak dalam 20 minit dan boleh makan untuk 4 orang ye. 


2. Bubur Kacang

sama juga yang ini, boleh gunakan santan ayam brand yang sememangnya baik untuk kesihatan. Masak pun senang, masuk kacang, sagu, gula dan santan. Kalau nak wangi, letak lah daun pandan. Kalau ikutkan ini antara hidangan klasik mak dan nenek kita buat untuk berbuka kan. 

3. Puding Jagung

ini selalu arwah abah kolin buat dulu. Sama juga korang gunakan santan. Sejukkan dan potong dan siap untuk nikmati sekeluarga. 



4. Kuih Talam

haaa..kuih yang ada dua lapis ini agak mencabar nak buat tau. Tapi kuih yang susah buat tu lah, paling sedap oi. Satukan semua ramuan untuk lapisan atas dan letak dalam talam di  stim untuk 10 minit. Untuk lapisan kedua, sama juga. Stim juga! Untuk rasa lebih ringan boleh korang cuba gunakan Santan Super Light. Nak lagi sedap hiaskan dengan jagung manis dan kelapa parut untuk jadikan lebih menarik.

5. Agar-agar buah

Ini pun sedap untuk berbuka puasa ye. Makan sekeluarga sure anak-anak suka sangat. Hasilkan jeli laici yang jernih ikut resipi yang ada kat website tu ya. Masukkan dalam acuan dan masukkan buah-buahan segar. Biarkan 20 minit dan sementara itu boleh lah sediakan lapisan jeli santan pandan yang berkrim. Tuangkan di atas jeli buah dan biarkan sejuk dan siap masuk peti sejuk. 


6. Krim SeriMuka

Memerlukan sedikit skil nak buat kuih ini sebab ada lapisan pulut dan kastard santan. Rendam pulut selama setengah jam sebelum masukkan ramuan lain termasuklah santan untuk lapisan kastard santan. Kukus dan jangan masak di atas api yang untuk mengelak ia menjadi seperti telur dadar pula. Kacau campuran pulut, tekan supaya menjadi sejuk dan senang dibentuk. Tuangkan kastard kemudian di atasnya. Stim selama 30 minit lagi, biarkan sejuk sebelum potong. 


7. Kuih Kaswi Labu

kuih yang sihat dan sedap dihidangkan ini pun ada juga dalam website ye. Jarang ada kat bazar ramadan tapi korang boleh buat sendiri dah. Stim labu, lenyek dan disejukkan. Buat satu pelekat mengunaka tepung ubi dan serbuk agar-agar kemudian tambah labu lenyek yang sudah sejuk. Kacau sehingga ia membentuk tepung sadur yang licin. Tapi untuk asingkan ketulan sebelum tuang ke atas talam atau acuan sendiri. Kukus selama sejam, sejukkan dan otong empat segi jika perlu. Tabur kelapa parut dan siap untuk dihidangkan. 

Sekali lagi nak beritahu semua resipi ini ada dalam https://www.ayambrand.com.my/raya2020




No comments:

Post a Comment

loving me..loving you