Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

AKTIVITI SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 14 HARI

Assalammualaikum semua, macam lama pulak tak update blog haa padahal duduk kat rumah aje. Kolin rasa lah kan, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni kan, kolin banyak ME TIME. Banyak sangat, ada hikmah dapat duduk rumah bersama keluarga kecil selama 2 minggu ni. Jangan lupa tengok video ni, project kasih sayang bersama semua kawan blogger. 


Antaranya kami berempat dapat solat jemaah besama. Selalu ali imran kan kat asrama, jarang. Yang ini hari-hari, sekurangnya satu waktu kami jemaah sesama, baca doa sesama. Sweet kan. 

Bab memasak, tak usah cakaplah. Semua idea dan keringat dicurahkan, sampai tangan dan kaki kolin kena minyak panas wei. Teruk gak lah...tapi tak mengadu kat socmed...malu hahah. Best dapat tengok macam-macam resipi yang korang semua kongsikan di laman sosial media tu. Membantu lah juga kolin yang duduk rumah ni. Korang jangan hiraukan dema yang kutuk korang masak macam-macam tu. Pada kolin ikut rezeki memasing. Tak akan lah nak murung dalam rumah. Macam kolin rupanya banyak khazanah dalam rumah yang tak masak lagi hahahah. Itu yang macam-macam kolin masak tuuu..padahal memang ada stok hui.





Dan paling kolin bersyukur sepanjang tempoh PKP tu, kolin dah BERSENAM!! Guys korang tahu tak aku bukan lah sejenis suka berpeluh, bersenam dan berjogging. Not me!! Tapi sekarang dah almost 10 hari kolin workout selepas bangun tidur. Tak makan pagi, minum air kosong banyak-banyak dan burn kalori. Alhamdulilah memula memang otot sakit-sakit oi. Sekarang dah biasa, dah rasa fit sikit badan tau. Dan kolin boleh tengok sendiri, badan dah tone dengan baik. Kalau dulu sibuk kerja, buat kerja rumah macam-macam tak sempat nak ME TIME. Sekarang dah ada kesempatan, syukur sangat. Ada juga positif, so korang ikut perintah #STAYATHOME #DUDUKRUMAH. Banyak perkara boleh kita buat sebenarnya, kemas istana kita tu.. habuk lap, sawang buang dan kita buat istana kecil kita macam syurga. 



So korang bermula dah 1 April 2020 sehingga 14 April 2020, PKP kedua akan bermula. Semua terletak di tangan dan sikap masyarakat. Korang duduk rumah, putus rantaian, tak ada kes lagi, kita akan bebas Covid 19. Tapi kalau ada yang degil, ada lagi kes baru. Beraya la kita kat umah. Bulan puasa pun tak ada bazaar, sian peniaga semua. 

Jadinya kolin nak pujuk korang semua (i bukan artis, tapi tak salah cuba kan) DUDUK RUMAH. Kita bersama lah tolong kerajaan kita, sian mereka menanggani musibah ini. Sedihnyaa kan. 

Kolin doakan semua yang tengah berjuang tu 'FRONTLINER' dilindungi. Dan yang dijangkiti tu semoga korang semua cepat sembuh. Yang tak ada apa tuuuu..sila duduk rumah. Babai korang dan selamat menjalani tempoh PKP Kedua bermula dah ni

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you