Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Dugaan disember

assalammualaikum

minggu ni, hari isnin lalu panik giler kolin..
apa tak nyer ali imran mengadu yang dia kencing berdarah!!

Dia bangun pukul 5 pagi dan kata nak ke toilet. Tapi tak tidur-tidur balik selepas itu. Kolin dan suami agak pelik dan risau tengok imran. Pada masa itu memang raut muka imran dah sayu sangat. Kami relak lagi dan hubby bawak imran pergi beli nasi lemak. 

Hampir jam 6.50 pagi, sambil ali imran makan nasi lemak tu, dia borak-borak dengan papa nya.
Sekali kolin dengar...
"abang pelik laa..kenapa abang buang air ada darah?"

kolin menjerit kecil dengar. hati masa tu tak tau hilang kemana ntah..
tapi disebabkan tuntutan kerja kolin tetap memandu ke shah alam..
tetiba telefon berbunyi "mamy..balik..imran memang kencing berdarah"

lajunya air mata kolin turun masa itu..hati rasa sedih Allah SWT saja tahu
sorry lah, kolin pasal anak-anak memang sangat emosi. Korang nak ngata aku ..ngata lah..
my kids..my biz..

Sampai kat pejabat, selepas menerangkan segala-gala kepada superior, kolin patah balik rumah untuk bawak imran ke klinik. Sampai kat klinik ujian urine dilaksanakan, kami suami isteri berumahtangga separuh hari di klinik demi ali imran. Hati masing-masing risau..hal kerja tak boleh fikir lagi dah. 
Permata hati kami dalam kesakitan...

Selesai ujian makmal..Alhamdulillah semua negatif..
semua ok..kata doktor kadang-kadang hal ini terjadi perkara biasa 
sebab anak-anak kadang kala terjatuh atau suka melompat-lompat...
Doktor suruh observe dalam masa seminggu sekiranya ada lagi maka ujian seterusnya. Kalau tiada maknanya semuanya ok..

Dan hari ini hari rabu..
Dah takde lagi...ali imran dah ok..
Syukur Alhamdulillah...syukur..syukur sangat..


Ali Imran Bin Sazali..semoga anak ini dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan..amin





p/s: sedih bila semua orang bertanya khabar keluarga kita, 
sedangkan yg paling dekat tak bertanya..sigh

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you