Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

cara wanita berjalan...hihihihi


Assalammualaikum

hari ni mamy tengok lagi email yang lama lama nih
rasanyer best jugak kalu mamy share artikel pasal nih
cara wanita berjalan..

tak tau kebenaran nya betul atau tidak..
tapi kalu nak saja main main haaa..mengusik orang bole gak
mana tau nanti kita leh telek bos kita kaa...kawan kita kaa
bukan apa..tambah ilmu pengetahuan sahaja heheh

moh kita baca ramai ramai
 
Cara Wanita Berjalan

1.          Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
 
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita
yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan
orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap
egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang
tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih
banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini
biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2.          Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri

Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita
seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman
bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon
wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3.   Jika berjalan suka menunduk

Cara berjalan melambangkan wanita seperti
ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang
yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya 
sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang
dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika
ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk
ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat
setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4.          Jika berjalan menatap lurus ke depan. 

Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak
menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak
mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi
dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya
mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5.          Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku.
Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah
itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya
yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat
diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri
.
6.          Jika berjalan badan tampak tegak

Wanita ini tegas menentukan sikapnya
sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya
bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh.
Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang
pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa
meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7.          Jika berjalan seperti zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki
,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini
sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah
tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah
menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah
mengalirkan air mata.

 hrmm...setakat nih..korang jalan style mana eh ahahahha
aku pun tak pasti..yang pasti aku "jalan kucing" selalu hahah
so renung renung kan ye
cara lisa berjalan di pantai...

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you