Sunday, January 31, 2016

Physicians Formula kini di Watsons Malaysia

assalammualaikum dan salam sejahtera

Brand terkemuka dari Amerika, Physicians Formula kini sesuai untuk wanita yang berkerjaya. Mana yang suka mekap glamor tu, amat lah sesuai. Tapi jangan risau, brand ini mempunyai kualiti yang tinggi dan selamat untuk semua. Malahan kulit sensitif pun boleh cuba mekap dari Physicians Formula.


Physician Formula mempunyai kandungan yang selamat. Di antaranya ialah

*Hypoallergenic
*Dermatologist Tested
*Developed for Sensitive Skin
*Safe for sensitive eyes & contact lens wearers
* Created without any of the 123* known harsh ingredients found in make up

Yang ada di pasaran dari brand Physician Formula adalah Premium Face Powders, Mineral Makeup dan Natural /Organic Face & Eye Makeup. Ianya di cipta pada tahun 1937 oleh Dr. Crandal yang merupakan Pakar Allergik di Los Angeles. Kerana isterinya mempunyai kulit yang sangat sensitif produk ini telah dicipta. Malahan beliau lah pakar pertama memasukkan SPF di dalam produk untuk lindungan UV.

Baru-baru ini berlangsung di Shah Alam, Watsons Malaysia akan berkolaborasi dengan brand ini untuk memasarkan di outlet Watsons yang terpiih di seluruh tanah air. Majlis pelancaran yang penuh warna warni ini dihadiri oleh tetamu dari media dan juga bloggers. 


Physicians Formula yang kini berada di outlet terpilih Watsons akan mula dijual dari harga RM39 sehingga RM82 setiap satu. Kalau anda mencari mekap yang glamor tapi sihat. Dan mempunyai dimensi baru ini jangan lepaskan peluang melihat dan mencuba sendiri  ok.


Kolin sendiri tak sabar nak cuba Organic Mascara yang mereka ada. 100% natural dan sememangnya akan nampak lebih glamorous bulu mata tau. Pergi Watsons ok! Try brand baru ini.

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you