Happy 10th Birthday Anakanda Ali Imran
assalammualaikum dan salam sejahtera
Dah genap dah usia anak bujang kolin 10 tahun pada 26 Disember yang lalu. Seronok lah Ali Imran bila permintaan nak potong kek di kampung halaman hubby tercapai. Sebelum majlis potong kek kami sempat ke Air Terjun Sri Perigi yang terletak di Daerah Yan, Kedah. Kalau korang nak tahu, kampung hubby dekat sangat dengan Gunung Jerai, so memang Air Terjun Titi Hayun dan Air Terjun Sri Perigi tu dekat aje lah.
Inilah dia air terjun Sri Perigi, memang tinggi betul batu-batuan tu. Selalu kolin datang, air tak banyak, so batu tu semua kering aje, memang orang pun tak ramai mandi-manda. Tapi kali ini mungkin disebabkan musim hujan, air dah banyak dan cantik sangat. Ini lah 'pre-celebration' buat anakanda tersayang. Seronok la Ali Imran main gelungsur kat batu air terjun tu.
Lagi seronok kami semua datang berkelah, masa kat rumah dan datang makan-makan kat sini. Terima kasih lah buat keluarga suami yang banyak melayani kami sekeluarga dengan baik. Budi baik mereka tak akan kolin lupakan.
Selesai kami bekelah, disusuli pulak pada 26 Disember 2016 kami buat sambutan kecil-kecilan sahaja di rumah kakak ipar di Sungai Petani. Tak ramai pun, setakat family kecil kami sahaja, siap goreng mihun, buat BBQ ayam dan potong kek. Permintaan kali ini nak kek Red Velvet. Nasib baik sedap uoolss, sorry lah mami tak pandai nak baking.
Happy Birthday Ali Imran !!!!
Tak ada yang lebih penting dari melihat senyuman di bibir abang. Semoga abang dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Mami doakan cita-cita abang nak jadi pakar haiwan terlaksana satu hari nanti ok. Janji jangan bela ular dalam rumah mami !!! Bela kat rumah sendiri nanti tau !!!!
Tak berhenti kat situ, kami beralih pula ke rumah Abg Ipar yang terletak di Teluk Kumbar. Dapatlah kami cari siput remis dan mandi laut sesikit hahahahha
Tapi yang penting happy. Kolin rasalah kalau tahun depan nak plan ke luar pula. Mana tahu ke sebelah Thailand bersama keluarga. Why not kan !!!
Begitulah kisah sekitar sambutan hari lahir buat Ali Imran. Ini semua permintaan dia, nak balik kampung, nak spend masa dengan semua saudara mara dan having fun !! Ni belum kolin selitkan kisah kami sempat ke rumah lama arwah ayah suami. Memang rindu rumah tu, nanti rasanya nak buat homestay lah. Haa..korang yang teringin nak rasa suasana kampung ada sawah padi, ada sungai dan sejuk angin kampung. Nanti boleh lah menginap di Homestay suami di Yan, Kedah. Doakan lah semua perancangan menjadi tau.
Terima kasih atas semua kenangan ini. Jumpa di 2017 nanti tau.
Love,
Kolin Zainal
Kuala Terengganu: WARUNG YAH
assalammualaikum dan salam sejahtera
Buat korang yang plan nak pergi atau bercuti ke Kuala Terengganu, kolin ada tempat makan yang murah dan sedap sangat. Kedai makan ini kolin discover masa perjalanan pergi ke Galeri Arfa Batik tau. Tepi jalan aje, kedai ini betul-betul terletak tepi jalan selepas masjid putih tu. Masjid Nur Zaharah tak silap kolin ataupun orang panggil masjid terapung. Korang tak akan boleh miss masjid ini sebab cantik sangat.
Warung Yah ini memang penuh sangat kereta dan motor parking tepi jalan. Kedai biasa-biasa sahaja dan menyajikan lauk pauk orang tempatan.
Ini aje pun sempat kolin dan hubby ambil, sebab walaupun baru masuk jam 1 tengahari kebanyakkan lauk pauk dah nak habis. 4 ekor ikan bakar, kuah daging, ulam-ulaman dan jua ayam masak pindang. Semua ini termasuk air sirap 4 gelas RM20 sahaja !!! Murah kan...
Sebenarnya 2-3 kali hubby suruh kak yah tu kira balik, sebab macam tak percaya RM20 sahaja. Ikan pun bukan lah kecik sangat...masak pun sedap aje. Macam tak percaya kami makan RM20 di Kuala Terengganu.
Serius kolin sangat jakun ok, kalau kat Kuala Lumpur makanan macam ini memang dah lebih RM30 tau. Tapi memang rezeki kami cari pengalaman di negeri lain dapat tempat untuk makan berbaloi macam ini. Dan tak tipu, memang sedap tau.
Yang tudung oren tu lah semua orang panggil kak yah. Nampak peramah kan, memang peramah sangat. Masa nak banyar tu ada lah pelbagai kuih muih tu, murah-murah dan sedap sangat. Manalah tahu korang pergi jalan-jalan tahun 2017 nanti, boleh lah cari Warung Yah untuk makan tengahari. Selamat bercuti ke Terengganu ok !
Love,
Kolin Zainal
Masak sup ketam
Assalammualaikum dan salam sejahtera
Perasan tak setiap kali kita dapat beli ketam mesti nak masak lemak cili api, masak bercili, masak goreng telur masin dan pelbagai lagi. Dan kalau korang nampak orang buat sup ketam aje mesti ingat makan disebabkan nak baik dari DENGGI kan. Itu lah dia....kolin nak ubah konsep itu.
Kali ini kolin ke pasar selayang dan beli ketam. Dan siapa sangka, hati terbuka nak masak sup ketam untuk hidangan makan malam. Terus terang kolin tak pernah masak sup ketam pun selama ini. Jadi kali ini saja yang perkenalkan anak-anak dengan hidangan sup ketam. Masakan simple, tapi percayalah cakap kolin, keluarga korang pasti suka. So hidangan sup ketam bukan terhad disebabkan nak baik dari Denggi ok.
Sup ini langsung tidak mengunakan minyak.
Bahan yang kolin tumis.
Bawang merah
bawang putih
halia
dan sedikit halba campuran yang selalu ada dalam sup bunjut.
Semua itu kolin tumbuk sekali dan gunakan air untuk menumis. Tiada minyak langsung.
Kemudian, kolin masukkan beberapa batang cili padi, ubi kentang yang telah dipotong dadu. Semua itu kolin pastikan empuk dan naik bau wangi. Dah lama sikit tambah air lagi, biarkan mendidih lagi. Disebabkan ketam tu cepat masak, kolin saja masuk lambat sedikit. Dah mendidih dan nampak dah sekata kolin masukkan ketam. Ikutlah berapa ekor korang suka. Dan resipi ini kolin akan cuba buat setiap bulan. Sebab apa, nak jadikan menu ini hidangan sihat dan lazat buat kolin keluarga. Nak tukar lah konsep makan sup ketam aje pasal penyakit kan. Kalau lah sup ini betul boleh melawan penyakit, kenapa kita tak boleh jadikan masakan ini sebagai salah satu hidangan mewah keluarga kita, betul tak !
Last sekali masukkan daun sup yang dihiris ok. Bagi wangi meletup sikit bau sup kita.
Siap sudah sup ketam, sayur sawi tumis telur dan sambal belacan untuk hidangan makan malam. Dan kalau nak tahu, semua ini licin, habis, clear dan perabih kata orang. Dan anak-anak siap puji cakap sup ketam sedap. Haa...kepada ibu-ibu kat luar sana, cuba masak dan bagi anak-anak korang makan. Boleh try seminggu atau dua minggu sekali masak ketam.
Asyik masak lemak, masak cili, masak telur masin atau butter kan. Kita pindah ke masakan sihat dan lazat. Kalau lah betul sup ketam boleh sembuhkan denggi jadi patutlah sup ketam ini dikomersilkan kan.
Inilah hidangan dari dapur kolin. Bersiaran lain kali ya...

Yogjakarta Episod 2 - Rumah Roso Homestay
assalammualaikum dan salam sejahtera
Penerbangan yang mengambil masa 1 jam setengah ke Kota Yogja ini tak delay dan sampai tepat pada waktunya. Sekarang ke Indonesia tak perlu lagi isi kad putih yang Visa On Arrival tu dah. Cuma isi borang kastam declare kalau ada yang korang bawa terlebih atau yang terlarang. Selain itu, tak ada apalah. So isi sahaja sorang satu ok, flight attendant akan edarkan untuk korang semua isi masa nak sampai. Nasihat kolin, sila bawa pen anda sendiri jangan nak menyusahkan orang lain pasal ko tak de pen. Unless, jiran ko mamat ensem dan ko memang mencari jodoh boleh lah try pinjam uoollssss...taktik mula ngayat hahahahha
Airport dia lebih kurang macam di Bandung, airport tentera. Kecil dan simple so tak lah penat nak berjalan. Proses imigresen juga senang, alhamdulillah kami tiada apa masalah. Dan disebabkan kami semua backpackers senang aje lah. Tak perlu nak tunggu bagasi turun dari pesawat. Laju aje keluar dari airport.
Macam biasa aksi orang menjerit-jerit mencari penumpang. Tapi kolin kan berempat takut jugak kena tipu, maklumlah kat bumi orang kan. Kami memilih untuk mengambil tiket teksi dari airport. Caj bayaran teksi dari airport ke RUMAH ROSO HOMESTAY 85,000 rupiah.
Inilah dia RUMAH ROSO HOMESTAY. Sebuah rumah teres atau banglo kecil. Simple, ringkas dan bersih. Macam entri kolin cakap sebelum ini, flight dan hotel kolin terus book di airasia.go tau. RM550 sahaja siap flight pergi dan balik dan penginapan bilik 2 malam bagi 4 orang.
Cukup selesa, ada dua katil queen dan kolin saja ambil bilik air di dalam bilik. Kalau korang nak jimat lagi, boleh lah ambil penginapan yang tandasnya di kongsi. Bersih aje, jangan risau. Ala penginapan cuma untuk 2 hari, tak perlu lah berkira betul tak.
Cuma di RUMAH ROSO HOMESTAY ni nak tengok TV kena di luar bahagian ruang tamu dan ruang makan. So memang kolin dan kawan-kawan tak tengok lah TV selama 3 hari tu. Kami berborak mengadap lah satu sama lain. Maklumlah girltrip katanya. Yang penting sarapan pagi ada sekali. Lega otak tak perlu nak keluar cari sarapan setiap pagi.
Inilah dia keadaan RUMAH ROSO HOMESTAY. Simple dan cukup hebat bagi penginapan kami. Rasanya tak salah pilihan kolin memilih penginapan ini di www.airasiago.com
Cuma nasihat kolin, kepada yang menempah melalui AIRASIAGO ini, baik korang email atau call hotel tu memaklumkan yang korang dah booking pada tarikh berkenaan. Kalau korang nak tahu, kami berempat mengelabah gile tau masa sampai cakap kami tiada booking!!! Sibuk memasing call talian AIRASIAGO dan try email ke AIRASIAGO. Memikirkan mana lah kami nak menginap malam ni kan. Dalam kelam kabut dekat sejam tu, nasib baik pekerja tu tanya, booking bulan berapa. Bila kolin cakap Julai, terus dia semak balik dan rupanya ada. Itu yang dapat juga kami menginap kat sini. So lesson learn, book dengan AIRASIAGO tu sila lah hubungi juga hotel berkenaan dan maklumkan. Jangan ikut sangat nota kat situ tak perlu hubungi hotel kerana dah sah ada booking. Silap pekerja tersalah pandang, terus korang meraban mencari tempat nak menginap tau.
Ada banyak dekorasi sekitar Rumah Roso Homestay ini. Boleh lah korang nak feeling-feeling bergambar macam retis tu. Masa ini baru lepas hujan, itu yang semua meja kerusi dilipat dan di salut plastik. So tak lah nampak lawa petang tu, dah semua basah kan.
Bila dah selamat ada penginapan, tibalah masanya kami mencari tempat menarik untuk dijelajahi. Sebelum itu posing lah dulu wei hahhahaha
Dari Kolin, yang tudung hitam tu nama dia Milah, sebelah milah yang sopan santun tu kita panggil dia Kak Intan dan last sekali baju putih tu Sue. Kolin dan Milah BFF dari tingkatan 3 masa sekolah menengah, manakala Kak Intan dan Sue satu Uitm Manjung dulu sama aliran. Inilah dia travel buddy kolin kali. Alhamdulillah semua sama kepala weii..
Boleh dikatakan Rumah Roso Homestay ini sekitarnya aje dah banyak aksi korang boleh posing tau. Lawa sangat .....Ok lah..sesiapa yang merancang nak ke Yogja boleh lah pertimbangkan penginapan ini kalau tak kisah duduk pinggir bandar sedikit. Kalau nak happening banyak tempat shopping kenalah duduk dekat dengan Malioboro tu. Memang boleh lah korang berhabis shopping kat sana.
Dah posing berempat, kali ini nak lah pulak feeling retis kan. Hameekkk
Nanti kolin cerita lagi ok. Trip Yogjakarta semua free and easy aje. Tapi next episod kolin nak share perkhidmatan supir terbaik di Yogja. Hug uolsss

Subscribe to:
Posts (Atom)