Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

ICE-WATCH anjurkan Larian 'Light Up The Night Run 2016'

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Bagi tahun 2016, ini lah kali kedua penganjuran Larian - ICE-WATCH - Light Up The Night Run 2016 yang bakal mengambil tempat pada Sabtu 3 Disember 2016 2016. ICE-WATCH jenama dari Belgium ini telah kembali menganjurkan larian di waktu malam yang penuh warna-warni  yang menjanjikan lebih keriangan dari tahun penganjuran mereka di tahun yang lalu iaitu pada 2015. 

Larian yang bakal mengambil tempat dari dan balik semula ke Plaza Shah Alam ini ada larian sejauh 5KM atau 10KM. Korang boleh lah pilih jarak larian yang sesuai untuk korang. Tempat pada tahun ini adalah di Plaza Shah Alam sudah tentunya menyediakan tempat letak kereta yang cukup Cafe makanan dan minuman serta tempat membeli belah sebagai pilihan kepada semua peserta selepas larian yang dijangkakan berakhir pada 12.00 tengah malam. Jadi Plaza Shah Alam akan beroperasi di luar waktu kebiasaan lah kan. 


Tahun ini 2ndSkin bakal menjadi penaja rasmi bagi T-Shirt kepada semua pelari. Tapi istimewanya kali ini korang semua boleh pilih warna kesukaan korang. Ada 7 pilihan warna t-shirt yang ada iaitu biru, hijau, kuning, oren, merah, pink dan juga warna ungu. So berlari lah beramai-ramai, pakai baju warna yang korang suka. Kolin pasti larian malam LIGHT UP THE NIGHT RUN 2016 anjuran ICE-WATCH ini bakal menjanjikan kenangan manis buat semua peserta kali ini. 

Majlis perasmian kali ini Dato' Sri Meer Habib, Chairman dari ICE-WATCH Malaysia telah berbesar hati turut bersama-sama menandatangani t-shirt ini sebagai simbolik pendaftaran telah pun bermula. Beliau berbangga dpat sekali lagi menganjurkan acara seperti ini di mana mengajak para pekerja mereka sendiri dan orang ramai menjalani hidup sihat dan buat aktiviti ini bersama-sama keluarga. 


ICE-WATCH - Light up the Night Run 2016 adalah satu tanda sokongan dan bagi menimbulkan minat berlari  kepada rakyat Malaysia terutamanya golongan muda. Kata Dato' Sri Meer lagi ini juga memberikan satu semangat kesukanan dan persaingan yang sihat di kalangan golongan muda.

Untuk kali kedua Mr. Hafiz Md. Khas, Project Director of The Marathon Company berkerjasama dengan ICE-SWATCH untuk acara yang bakal melibatkan 5000 peserta lari. Segala aspek keselamatan dan jua tempat berlari bakal diteliti bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak di ingini. Jangan risau sebab orang-orang The Marathon Company akan berada di sana untuk membantu.

Mesti semua nak tahu hadiah atau ganjaran larian ICE-WATCH - Light Up The Night Run 2016, hadiah RM700 setiap seorang bagi 5 peserta terbaik lari lelaki dan jua 5 peserta terbaik wanita di dalam kategori 10KM.  Manakala yang mendaftar pada tahun ini ICE-WATCH akan memberikan hadiah kepada peserta yang berdaftar dan bertuah dengan jumlah keseluruhan RM1,000,000.00. Setiap peserta yang bertuah bakal menerima jam tangan yang bernilai RM699 setiap satu. Percaya cakap kolin, jam tangan ICE-WATCH lawa.

Inilah dia link untuk korang kumpul maklumat dan berdaftar dengan segera:



Tambahan kepada semua tawaran menarik ini ICE-WATCH juga menawarkan sekali pembelian untuk Ice Style Collection pada RM99 untuk peserta yang berjaya mendaftar dengan ICE-WATCH Light Up The Night Run 2016 yang bernilai pada RM699. Ini semua korang boleh tebus dari 1 sehingga 31 Disember 2016 di mana baucer tersebut akan diberikan di dalam race kit setelah berdaftar. Senang kan, yuran mendaftar pun RM70 sahaja untuk setiap peserta. Ada pakej menarik untuk keluarga yang ramai, jangan lupa cek online ok. Semua ada dan kalau perlu tengok website mereka www.ice-watch.com


Terima kasih ICE-WATCH sebab buat event warna-warni macam ini. Berlari waktu malam tak panas kan, lagi syok dapat berlari bersama keluarga dan juga rakan-rakan. Kolin dah daftar, korang nak daftar sila cepat-cepat ke link mereka sebab kolin dengar dah ramai sangat daftar, takut tutup pendaftaran nanti melepas !!!

Love, 

Kolin Zainal

Happy Birthday Sufia Hafizah !!

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Kolin kali ini meraikan birthday girl of the month !!
Selamat hari lahir Sufia Hafizah

Semoga terus berbahagia,
dipermudahkan segala-galanya,
semoga dimurahkan rezeki 
dan sentiasa di bawah lindungan yang Maha Esa

Birthday girl nak makan sushi laaa





Love, 

Kolin Zainal




Kereta Sewa Terengganu


Assalammualaikum dan salam sejahtera
                                                                                    

Buat yang berkunjung ke Kuala Terengganu, macam kolin yang pergi naik belon atau pun naik bas, boleh lah cuba servis dari Kereta Sewa Terengganu. Kolin dapat maklumat servis mereka dari FB tau. Dari situ kolin pm dan cepat sahaja mereka reply. Ringkas dan yang penting korang kena serius lah kan.  Selepas tu whatsapp, masuk deposit, bagi maklumat diri dan gambar lesen korang. Yang basic aje lahh 

Itulah kereta sewa kolin, yang kolin posing depan kereta tu. Warna biru gelap, tinted yang sangat bagus, sebab tak panas langsung duk dalam kereta. 



Penerbangan kolin dari 6.00 petang telah ditunda oleh Fireflyz ke jam 8.00 malam. Jadinya lambat lah kolin sampai. Tapi mereka tetap setuju dan sampai sahaja di Airport kereta kami pun dah ada. Cepat dan ringkas sahaja.

Buat keluarga kecil kami, kami sewa AXIA Auto sahaja. Selesa sangat dan kereta pun baru tau. Tiada masalah langsung sepanjang 3 hari kami ronda-ronda mengunakan kereta sewa ini. Pendek kata, sekarang tak susah nak cari kereta sewa kalau di Kuala Terengganu. Jika lihat update mereka, banyak kereta sewa dari kecil sehingga lah yang besar mereka ada. Terpulang kepada bajet korang sendiri lah.



AXIA Auto yang kolin sewa ini hanya RM100 untuk sehari dan upah ambil dan hantar ke airport RM20. Deposit yang dikenakan pula adalah RM100 dan akan dipulangkan kembali setelah diperiksa semua dalam keadaan baik oleh mereka, Jumlah yang kolin kena dalam RM220 sahaja. Murah kan !


Maklumlah nak drive dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu kan jauh. Sekarang dengan pelbagai promosi dari syarikat penerbangan semua orang boleh bercuti dan sampai dengan cepat di pelbagai lokasi.


Jangan lupa follow FB dan IG mereka ok. Search sahaja KERETA SEWA TERENGGANU tau. Ucapan terima kasih kepada yang layan kolin menyewa hari tu. Puan Nurul dan suami yang peramah dan sedia membantu kami sepanjang kami menyewa KERETA SEWA TERENGGANU.



Jadi, plan lah percutian anda ke Kuala Terengganu dan selamat bercuti !!! Jangan lupa tag @beautifulterengganu dan #beautifulterengganu juga ya.  Kita support sesama kempen Visit Terengganu 2017 nanti.

 Love,

Kolin Zainal

Pulihkan tenaga dan hidrasi dengan LUCOZADE SPORT LEMON

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kolin nak perkenalkan korang dengan minuman isotonik No. 1 dari United Kingdom. Keluaran Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn. Bhd. (SBFM) ini adalah satu minuman isotonik berperisa lemon dan dipercayai oleh para atlet dan persatuan atletik di seluruh dunia tau. Kepada yang suka minuman tenaga dan beperisa lemon boleh cuba minum LUCOZADE SPORT LEMON yang baru ini.

Bagi kolin yang sentiasa aktif ke sana sini, memang selalu terhidrat dan kekurangan tenaga. Kolin cuba minum LUCOZADE SPORT LEMON dah beberapa hari dah. Ternyata ianya memberi lebih tenaga dan kurang letih akibat selalu ke sana sini kan. Maklumlah kerja di pejabat ada tiga tingkat, sekejap ke bawah, sekejap ke atas. Semua itu memang memerlukan tenaga. 
Satu lagi kita kan perlu nampak cergas di dalam pekerjaan.
Tambahan pula dengan cuaca yang tidak menentu, panas kan keluar lunch tu. Terhidrat tau !

Menurut Mr. Rodney Tan, Ketua Pemasaran SBFM, melalui penyediaan Lucozade Sport berperisa Lemon baru kepada warga Malaysia, mereka ingin membantu warga Malaysia mengekal kadar ketahanan dan prestasi sewaktu aktiviti sukan berpanjangan dan senaman harian. Kemampuan Lucozade Sport Lemon menawarkan manfaat segera penghidratan, serta mengantikan natrium yang hilang dalam peluh, Lucozade Sport Lemon dapat membantu dalam situasi tersebut.


Rasanya yang tidak bergas dan tidak lah masam seperti perahan lemon biasa, itu yang kolin suka. Duduk kat taman sambil berehat setelah penat bekerja seharian memang menyegarkan apabila dapat minum Lucozade Sport Lemon ini. Produk Lucozade Sport telah dirumus khas berdasarkan bukti saintifik yang disokong oleh Lembaga Keselamatan Makanan Eropoh (EFSA), maklumat generik, atau data daripada kajian intervensi manusia. Semua ini di dalam memastikan kualiti dan keselamatan terpelihara. 

Kalau di Malaysia minuman isotonik ini memang baru sangat. Tapi kalau di luar negara persatuan-persatuan sukan utama seperti Pasukan Ragbi England dan Pasukan Bola Sepak Enghlad turut menyokong minuman isotonik ini di dalam aktiviti sukan mereka. Di Malaysia, Lucozade Sport adalah rakan minuman isotonik rasmi bagi lari HSN21KM yang akan di adakan sempena sambutan HARI SUKAN KEBANGSAAN MALAYSIA 2016 yang telah di adakan pada 8 Oktober 2016 yang lalu. 

Buat yang kuat bersukan dan bersenam dan nak cuba minuman ini senang sahaja nak dapatkan. LUCOZADE SPORT LEMON (500ml) ini boleh dibeli di semua pasaraya besar dan jua kedai runcit di seluruh negara pada harga bermula RM2.50 sahaja. Murah kan !!!!


Untuk maklumat mengenai minuman pulih tenaga ini korang boleh klik www.lucozadesport.com atau saluran youtube mereka di www.youtube.com/lucozade untuk lihat berapa ramai atlet sukan memang suka minum Lucozade Sport secara maya.  Apa lagi..yang kuat bersenam tu, jangan tak cuba ok.

Love,

Kolin Zainal

Lauk pauk simple & bajet


assalammualaikum dan salam sejahtera

Kolin selalu buat bajet lauk sekali makan berapa tau. Korang ada buat tak list bajet. Dan selalu weekend kolin akan ke pasar dan terus beli lauk untuk seminggu. Contohnya ikan, udang, sotong, ayam, ketam, daging atau apa saja yang rasa boleh beli lingkungan RM50 ke RM100. Mesti korang rasa macam tak cukup kan. Tapi kalau pergi pasar borong selayang tu memang cukup. Ikan kapak pun dalam RM6 sahaja sekilo, sedap di makan kalau goreng garing. Yang penting kena ke pasar tau. 

Jadi dari situlah kolin berjimat cermat. Tak perlu mewah sangat, tapi setiap minggu merasa jugak lah lauk berlainan. Macam dalam gambar ini, masakan kolin simple sahaja. Tak tahulah korang berselera ke tidak.

Sambal belacan, kos cukup murah sebab semua bahan dan ramuan dah tersedia di dalam peti sejuk. Cuma perlu tumbuk sahaja lah. Petai tu pula kolin beli sekali banyak RM10 untuk sepuluh papan. So memang boleh makan banyak kali. Again...rugi kepada orang yang tak makan petai..sekian.

Petai kali ini kolin bakar sahaja atau salai atas api. Siapa tak pernah makan, sila cuba ok. Sedap sangat. Buat yang nak awet muka kenalah cuba, semua bahan semulajadi dan sememangnya sihat untuk tubuh badan. Tu tengok dah umur dekat 40an pun orang ingat awal 30an tau.

Sup yang cukup senang tu, sup telur. Kolin tumis air dengan bawang, cili merah dan juga udang kering. Tumis air maknanya tak pakai minyak lah. Dah naik bau, kolin pecahkan telur dalam dua biji dan terus kacau rata. Sedap sangat tau, nampak simple kan. Try tengok buat suap kat anak-anak korang. Sure bertambah.

Last ikan kembong atau ikan termenung saiz sederhana ini kolin beli 3 ekor RM7.00. Sederhana dan cukup untuk makan seramai 4 orang rasa kolin. Digoreng garing dengan garam, kunyit dan juga serbuk kari. 
Garing itu wajib sebab memang membuka selera. 

Dalam diam hidangan makan tenghari keluarga kolin anggarkan dalam RM10 sahaja untuk kali ini. Jimat dan boleh makan nasi sampai kenyang. Buat macam ini dah lama dah, sebab asyik rasa sesak aje hujung bulan kan. Ini semua daya kreatif kolin sejak menjadi menteri kewangan keluarga hehehehhe

So jemput lah makan ye korang....
Happy lunchie ~



Love, 

Kolin Zainal

Menginap di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu

assalammualaikum dan salam sejahtera

Tahun ini kolin support panggilan CUTI CUTI MALAYSIA yang disarankan oleh kerajaan. Disebabkan anak-anak dan suami tak pernah ke Kuala Terengganu, kali ini kami realisasikan jelajah ke bumi penyu bertelur ini. Pengembaraan kami kali ini, kami menginap di PRIMULA BEACH HOTEL yang terletak dekat dengan Pantai Baru Burok. Kiranya tengah-tengah bandar Kuala Terengganu lah. Senang sangat kalau pakai waze nak cari lokasi hotel ini. Dekat sangat dengan hospital dan stadium. 

Kawasan hotel ini agak luas dan tempat letak kereta juga banyak disediakan. Jadi tak perlu risau kalau memilih hotel 4 bintang ini.


Inilah tempat kami tidur selama 2 hari. Deluxe Room yang sederhana ini muat untuk kami 4 orang. Selesa dan rasanya kalau keluarga kecil dah ok sangat bilik Deluxe ini. Mungkin kalau korang datang dan keluarga lebih ramai dan besar boleh lah email kepada pihak hotel. Atau ke website mereka www.primulahotels.com






Haa ok kan..nak menginap untuk dua malam. Kalau korang nak tahu PRIMULA adalah salah satu hotel yang terbaik di Kuala Terengganu. Akan tetapi masa kolin menginap di sini mereka sedang menaik taraf bilik. Haa..kalau dah siap mesti lagi lawa kan. Ada sofa, ada meja solek dan balkoni, ok sangat dah kan untuk RM260 nett siap breakfast untuk 2 orang. Untuk kanak-kanak pula RM17 untuk seorang.

Kita beralih kepada bilik mandi pula. Kolin suka yang besar dan selesa untuk anak-anak.
Ada tuala bersih disediakan dan juga alas kaki. 






Rasanya ok kan, semua kelengkapan ada di dalam Deluxe Room di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu ini kan. Tempat tidur ok, tempat mandi ok. Jom kolin share lain-lain kemudahan yang ada dalam bilik ini.


Kemudahan nak buat kopi dan teh pun ada. So mana yang ada anak kecil tu nak masak air panas buat susu malam-malam, senang aje. Kalau nak lepak minum kopi di bilik pun ada disediakan ok.


Nak gosok baju pun ada dah dalam bilik. Tak perlu request dekat housekeeping lagi.


Ada dua almari besar yang boleh kita guna di dalam bilik ini. 

Balkoni ada juga...rasa seronok sangat bila pihak hotel bagi kolin pemandangan laut untuk penginapan kali ni. Dapat lah melepak kat balkoni sambil menikmati udara nyaman dari laut kan. 
Inilah pemandangan selepas subuh dari balkoni bilik kolin. Indahnya kan...

Terima kasih atas layanan dari PRIMULA BEACH RESORT buat kami sekeluarga. Buat korang jangan lupa Visit Terengganu 2017 ok. Datanglah ke Kuala Terengganu, kembara lah segala pemandangan menarik di Negeri Terengganu. Bilik selesa, pekerja peramah dan setakat ini kolin puas hati. 
Lupa nak bagitahu korang, kat Primula ada kolam renang dan jua korang boleh beriadah di pantai juga tau. Nanti kolin share di dalam penulisan yang lain ok.


Jangan lupa Visit Terengganu 2017 dan kalau pergi tempat menarik hashtag di #beautifulterengganu 

Love,

Kolin Zainal