Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Happy Birthday Althea !! #AltheaTurns1

assalammualaikum dan salam sejahtera

Pertama kali kolin diperkenalkan dengan Althea Korea
bagaikan tak percaya shopping mall  pelbagai produk Korea di alam maya. 
Apa sahaja barangan dari atas ke bawah semuanya ada. 
Dan kini Althea Korea dah pun SETAHUN !!!!
 Tahniah #AltheaTurns1   

Happy Birthday to you Althea  !!!!


Bagi orang yang pertama kali melayari Althea Korea memang rambang mata nak pilih. Pelbagai barangan yang ada untuk korang cuba. Jangan risau penghantaran PERCUMA !! Dari Korea ye, tak dapat melancong kat Korea pun tak pelah, janji dapat shopping kan...oversea sangat !!

Segala-galanya ada, nak shampoo rambut pun ada tau. Harga pula sangat berpatutan dan sentiasa ada offer untuk korang pilih barangan yang korang suka.


Sempena Ulangtahun Pertama ini pelbagai pertandingan dan tawaran menarik dari Althea tau. Jangan lupa join sebab ada Macbook, Iphone dan pelbagai barangan best yang boleh korang menangi. Tak rugi dan gunakan Code: ALTHEATURNS1 dan boleh lah dapat goodie bag yang comel tau.



 Buat kolin yang pertama kali shopping online bersama Althea ini lah antara barangan yang kolin sempat shopping. Disebabkan kolin dan alat solek tidak boleh dipisahkan, ini lah pilihan hati yang ada. 
Yang pasti bercirikan KOREA tau..semua shimmer dan berkilat kilat hahahha

Ada BB Cream, Liptick, Shimmer Stick dan juga Aura Highlighter. 
Kolin memang suka eksperimen cara mekap. So ini antara alat solek yang kolin
shopping di Althea.


 Kotak Pink yang membawa seribu kebahagian ini memang best gile. Kolin cadangkan kepada kaki yang suka melawa dan nak tampil menarik. Try lah shopping kat Althea Korea. Semua produk yang mereka ada bermutu tinggi dan yang nak comel macam KPOP tu boleh lah try kan. 

Happy Birthday ALTHEA !!! Kolin sure akan repeat shopping lagi kat sini. Muahhciked !


Ini antara tawaran menarik buat semua yang ingin meraikan ulangtahun kelahiran bersama Althea Korea.
Rugi tak join sebab pelbagai tawaran yang menarik menanti anda sampai 31 Julai 2016.

Althea's Birthday Celebration 20th - 31st July, 2016
  • Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit
    For orders placed on 20/7 onwards. While stocks last.
  • Free Goodies for first 1,500 shoppers
    Full size beauty products. While stocks last.
  • Birthday Giveaway. Pick 3 Top Sellers for 100% REBATE!Rebate will be credited into your account.
  • #AltheaTurns1 Instagram Contest
    - Got your Althea party kit? Wish us a happy birthday with #altheaturns1 and stand a chance to win amazing prizes such as Macbook Air, Ipad Air 2, iPhone 6S, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea credits and beauty hampers from Althea!
    - Prizes total worth KRW10,000,000 to be won.
    - Contest starts from 20th July - 15th August, 2016.

Senang aje kan nak join dan dapatkan semua tawaran ini. Ikuti semua langkah dan menang bersama Althea !


Happy Birthday Althea !!!!!
Stay cute ya...have a wonderful Birthday ya....

Love, 

Kolin Zainal 

Masakan simple cik kolin

assalammualaikum dan salam sejahtera

Selalu sangat kolin share masakan kulat ini kan. Sebab aku ada kawan yang supply kulat atau cendawan sisir ni kat office. So selalu order terus RM50 sebab simpan aje. Nak makan lauk kampung tu, keluarkan dan masak sahaja. Sedap tau, siapa yang tak pernah cuba tu rugi sangat hidup dia.

Selalu kolin share masak lemak cili padi dengan ikan bilis. Disebabkan baru balik dari kampung hari tu, terasa lapar giler masak yang simple sudah lah kan. Lagipun dah jemu makan ketupat rendang. 

Masak nasi panas-panas, ada sardin, ikan kembung goreng dan cendawan sisir tumis ini dah cukup menyelerakan. Untung ko tau !!! Orang sebelah masak tulang hari-hari wat sup !!!
Aku masak sardin tau..untung sangat hehehehhehe


Inilah dia lauk serba sederhana. Tapi nasi habis, lauk habis, satu rumah happy dan boleh tidur dengan tenang. Maklumlah sesekali chef masuk dapur setelah sebulan berpuasa tu memang tak sempat sangat nak masak.

Ini dia resipi simple cendawan sisir tumis:


Bahan untuk menumis:

Bawang besar 1-2 biji - dihiris
cili besar merah - di hiris
cili padi - dihiris
kunyit hidup - dihiris
halia - dihiris
serai- dihiris
daun kunyit - di hiris

Basuh cendawan dengan garam dan tapis sebelum memasak cendawan sisir ni

secukup garam untuk perasa
minyak untuk menumis

Cara nak masak:

Panaskan minyak dalam kuali
masukkan semua bahan hirisan, tumis sehingga naik bau
Masukkan semua cendawan sisir dan tunggu sehingga layu atau benar-benar masak
tutup api, masukkan garam dan gaul rata

Siap untuk dihidangkan kepada keluarga tercinta

Siapa tak faham resipi ngok ngek ini sila komen di bawah.
Cik Kolin buat video DEMO lain kali hahahhaha

Selamat memasak uoollsss


Love, 

Kolin Zainal

p/s: pageview saya dah 10k dah. Terima kasih 'stalker'


Review: Magic Water dari WeCoMed untuk wanita anggun

assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa sangka botol 210ml ini mampu membantu kita dalam semua masalah diri yang ada. 
Dengan sekali spray semua masalah dapat di atasi tau. Pendek kata memang MAGIK !!!

Kolin selalu spray atau sembur sahaja kat muka atau mana-mana anggota badan yang memerlukan.
Dengan Magic Water, ianya dapat membantu melembapkan kulit, mengecilkan liang roma kita yang terbuka, dan kalau nak keluar dari kereta korang sembur sahaja Magic Water dari WeCoMed ini.
Ianya dapat melindungi kulit wajah tau. Memang senang sangat nak kulit sihat sekarang ni.


Kalau perasan, kulit muka yang bermekap akan berminyak kan bila masuk lunch hour. Kolin praktis sembur Magic Water sebelum keluar. Ternyata ianya dapat membantu mengawal kulit yang berminyak. Kulit kalau merah dan gatal pun boleh guna. Yang mana baru nak naik jerawat tu kan. Elok korang try sembur.

Nak lebih banyak testimoni korang layari sahaja www.facebook.com/mywecomed/
untuk lebih banyak informasi mengenai manafaat Magic Water. 


Kalau ada masalah dengan kulit kepala dan rambut gugur boleh juga guna tau. Korang sembur sahaja, masalah akan cepat selesai. Tahu sahajalah dengan pemakaian hijab dan cuaca ni memang kadang-kadang kita ada masalah macam tu. Tapi kolin happy sangat dapat guna produk ini. Kalau ada masalah bau badan sembur sahaja di bawah lengan atau ketiak tu, pendek cerita Magic Water memang dapat menyelesaikan masalah badan kita lah. Kolin dah guna hampir sebulan dan memang botol spray ini selalu dalam beg tangan. 

Kalau korang nak tahu, Magic Water - Nano Aqua for Ultimate Beauty ini dihasilkan dengan mengunakan teknologi Nano yang mampu meningkatkan sel metabolisme di dalam sel sebanyak 3-4 kali ganda, maknanya korang lambat lah dapat kesan penuaan. Kedua memang bebas dari PARABEN, ketiga ianya mengunakan Natural Botanical Enzyme dari buah-buahan seperti nenas dan betik. Itu yang dapat membuatkan kulit kembali segar setiap kali semburan. 


Yang ke 4 pula, ianya full of negative ion, ianya dapat neutralise semua bendasing di sekeliling kita dan membantu membina kolagen dan membina kulit yang cantik. 


Inilah keadaan selepas kita sembur. Jangan risau tak rasa melekit langsung, mekap pun tak basah. Malahan mekap lebih elok dan tidak berminyak selepas semburan. Dah dekat sebulan spray ini ada kat beg kolin, memang menyenangkan betul lah. 

Buat korang yang malas dan tiada masa nak gunakan produk memerlukan kapas muka dan sebagainya. Kolin cadangkan korang gunakan Magic Water dari WeCoMed ini. Cari sahaja meraka di Facebook dan buat pesanan segera.  Mudah sangat, selepas cuci muka, korang 
biar sekejap dan spray terus Magic Water. 
Hasil positif dalam 1-2 minggu dah boleh lihat. Makin lembut, pori kian mengecil, minyak di muka dah terkawal malahan jerawat yang tumbuh kemerahan pun kian hilang. 

Cubalah sendiri dan ceritakan pengalaman korang kepada orang lain.

 Magic Water (210ml) pada harga sebenar RM128, dan kalau tak silap kolin ada promosi RM89 sahaja dan dapat free lagi sebotol Magic Water (60ml) yang berharga RM56. \
Cuba follow mereka di facebook link di bawah ini ok !


Mana tahu masih ada promosi untuk korang miliki. Perempuan mana yang tak nak cantik kan. 
Cubalah Magic Water, berbaloi dan tahan lama tau. 

Love, 

Kolin Zainal

Manik Baju Biru

assalammualaikum dan salam sejahtera

Saja nak up entri ini. Nak share hasil manik yang tak seberapa kolin buat ini.
Masih ada lagi yang sudi hantar baju, syukur sangat.

Kepada  yang nak hantar dah boleh lah Wasap kolin eheheh
hari tu sorry lah, tak dapat nak buat banyak-banyak.
Maklumlah bulan puasa banyak sangat perkara yang nak disiapkan. 


Terima kasih sudi menempah



oh, sticker yang kilat ala dokoh tu bukan kolin tampal.
memang dah ada, by the way...i tak minat wei hahahah
suka dokoh besi dari yang ini.

Sekian Terima Kasih

Love, 

Kolin Zainal

Makan ketam lembut di Kuala Gula, Perak

assalammualaikum dan salam sejahtera

Perjalanan balik dari kampung, kolin sempat singgah ke Penang lah sekejap. Daripada melayan kesesakkan luar biasa kat atas jalan raya tu. Baik kami selekoh masuk Penang. Saja nak Check In Hotel bawa anak-anak bercuti. Tahulah bebudak kan, dapat masuk hotel, padahal tidur dan tengok TV aje pun dah happy sangat dah. Family bonding katanye..

Tengok lah mereka berdua ini, selesa bebenar tidur kat hotel. Maklumlah kat rumah memang tak ade penghawa dingin. Sebab rumah kolin tak panas pun. Bila dapat hotel, katil dan bilik selesa memang pulun habis-habis la.  Ala hotel pun tengah bandar, cukup selesa. Maklumlah raya kan, semua hotel almost penuh, Hotel Malaysia ini cuma RM190 sahaja semalam. Murah sahaja, pemandangan pun lawa ye. 
Siap breakfast untuk dua orang, kanak-kanak kolin top up RM10 setiap seorang. Berbaloi juga lah. Bilik lawa, sebab baru renovate. Bilik air siap bath tub, so setakat nak relak kat Penang, boleh lah korang cuba Hotel Malaysia ini. Staff pun semua peramah sangat.


Pemandangan dari bilik kolin, aras 9 


Kemudahan air panas, kopi dan teh pun ada. Peti sejuk pun ada, nak iron baju pun ada. Kiranya Hotel Malaysia ok sangat dah kalau nak menginap di sini. 

Lebih kurang jam 12. 00 tengahari kami keluar dari Hotel dan niat memang nak tuju balik ke Jinjang. Kami guna jalan lama, sebab awal-awal dah tahu jalan besar semua jem. Laluan jalan lama Butterworth - Ipoh membawa kami ke Kuala Gula. Kami pernah tengok keindahan Kuala Gula di dalam Majalah Tiga sebelum ini. Terus trip balik rumah bertukar arah hahahahah

Inilah makanan tengahari kami Restoran Terapung JS Muara 
Dari jalan lama lebih kurang 30-45 minit masuk ke dalam. Kolin waze tempat ini, kalau tidak memang tak jumpa. Sepanjang perjalanan memang ladang kelapa sawit dan getah sahaja tau. Sunyi




Memang terapung atas laut, bergoyang-goyang lah bila berjalan wei..
Dengan aku sekali seram, nasib baik tak pakai kasut tinggi. 


Rupanya kat sini ada Chalet lah boleh kita menginap dan memancing di balkoni. Tanya orang tempatan lebih kurang RM170 semalam. Nanti boleh lah melepak kat sini, angin kuat. Nampak gak burung helang sekitar sini. Sini terkenal dengan Santuari Burung Opeh.


Ketam Lembut Goreng (3 ekor ini)

Maggie Ketam Lembut

Nasi goreng udang
 Nasi Goreng Sotong


Nasi set ikan bawal goreng

Masakan biasa sahaja, tapi yang sedapnya makanan laut mereka segar. Udang dan ketam memang elok sangat. Cuma nasi goreng tu, biasa-biasa aje lah kan. Tapi cadangan kolin, lain kali korang nak datang. Order lauk dan makan dengan nasi putih ya. Sure meletops..!!! 

Semua hidangan ini termasuk air yang kami order dalam RM66 sahaja. Bagi kolin ok jugak kut. Berpada lah dengan apa yang kita order kan. Kenapa segar, sebab ada yang mereka bela sendiri. 


Nampak tak...semua memang atas laut. 
Seronok sangat melepak kat sini wei...boleh tengok bot nelayan turun dan naik.



Pasti kolin akan datang kembali melepak kat sini.
Disebabkan nak cepat, tak sempat nak pergi merata tengok apa lagi yang ada di Kuala Gula. 
Mungkin lain kali boleh explore kan.

So dah lepas makan, kami lewat dekat 3 jam dari waktu patut sampai ke KL.
Sesak sangat, guna jalan dalam pun agak sesak juga. Tapi guna highway ada yang tak bergerak langsung.
Siapa yang tak pernah merasa jem apabila balik kampung, cari lah jodoh orang jauh ye hahahha

Terima kasih hubby ....!!! Merasa orang bandar balik kampung ya.
 Udah...jom balik Jinjang

WATSONS melancarkan kempen Cun untuk Hari Raya - Raya Ni Mesti Cun

assalammualaikum dan salam sejahtera

Sempena nak menyambut Syawal baru-baru ini, kolin sempat menghadiri event Raya ini Mesti Cun dari Watsons. Mesti korang semua dah tengok iklan kat tv banyak kan. Watsons melancarkan kempen hari raya dengan tayangan muzik video "Raya Ni Mesti Cun' yang dibintangi lebih daripada 20 orang personaliti terkemuka tanah air tau. 


Bertempat di Menara Kuala Lumpur, hidangan berbuka puasa dari Restoran Rebung hasil tangan Chef Ismail sudah tentunya sangat membuka selera. Hidangan masak lemak cili padi dari Nogori memang tak pernah mengecewakan, betul tak. Sambil berborak, dengar Chef Ismail ini membebel-bebel sempat jugak lah kolin selfie dengan dia. Chef yang sangat merendah diri orangnya. Suka !!!




Tak lupa jugak selfie dengan orang yang meneman kita pergi event. Cik Sally Samsaiman ini, terima kasih lah sudi ajak kita. Lepas ini tak boleh lah komen 'tak hajak' hahahhahaha


Muzik video ini terajui oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Mawar Rashid, Sari Yanti dan Raja Ilya, dimana mereka memegang watak Limah Skemah, Kiah Selfie dan Siti Tudung. Ketiga-tiga mereka menjalani transformasi di Watsons untuk menjadi lebih cantik dan menarik tau. Muzik video ini diarahkan dan dihasilkan bersama Urban Ads bersama-sama dengan bahagian pemasaran Watsons Malaysia. Pengambaran muzik video ini dilangsungkan pada bulan April 2016 di Lembah Klang.

Selain itu, ada juga personaliti berbangsa lain pun turut sama. Antaranya Amber Chia, Arja Lee, Dayah Bakar, Kit Mah, Monika Sta Maria, Nadia Heng, Nadine Ann Thomas, Nomad, Shuk SYJ dan Wafa de Korte. Sure korang semua dah tengok muzik video ini masa menyambut syawal hari tu kan. Lagu dia sangat comel, raya ini mesti cun tu. Kolin pasti muzik video ini masih di mainkan di stesen TV terkemuka tu. 

Sure korang dah tengok lah video ini. Kalau belum terjah lah FB Watsons Malaysia tu.



Majlis yang dilangsungkan di Menara KL ini juga menyaksikan Watsons Malaysia melancarkan #KoleksiCun kepada sidang media - cadar dan kusyen edisi terhad yang direka oleh Dr. Eric Leong dengan kerjasama Akemi. Rekaan edisi terhad ini boleh didapati di semua kedai Watsons semasa tempoh penebusan siaitu dari 16 Jun sehingga 31 Ogos 2016. Sempat lagi lah kalau korang nak redeem kan. 

Untuk setiap perbelanjaan RM20 di kedai Watsons dan secara onlin,e pelanggan menerima satu setem. Dengan setem itu lah korang boleh dapatkan cadar dan kusyen edisi terhad ini tau. 


Kempen Hari Raya Watsons sudah pasti menarik weii. Maklumlah Jualan Hebat sehingga 50% di semua kedai Watsons dari 16 Jun di Semenanjung dan 23 Jun di Sabah dan Sarawak. Siapa yang tak suka Watsons kan. Semuanya ada, dari alatan mekap sehinggalah penjagaan diri. 

Pengemar barangan teknologi boleh juga muat turun aplikasi mobil Watsons Malaysia yang baru di Google Play Store atau Apple App Store tu. Banyak promosi raya korang boleh dapatkan. Ahli-ahli VIP kad Watsons pun jangan lupa layari www.watsons.com.my/myrewards atau www.watsons.com.my/rayanimesticun untuk lebih banyak lagi promosi tau.

Kalau shopping tu boleh lah #RayaNiMestiCun #WatsonsMalaysia 
Barulah korang CUN !!! hihih
Love, 

Kolin Zainal